Aku duduk diam di dalam dewan kuliah yang masih sunyi sepi tiada satu pun bunyi seseorang yang bersuara, maklum la aku datang awal
Waktu berganti waktu, sir Ariel hanya mengajar kami yang hadir ke kelasnya tanpa henti. Tamat sahaja waktu pelajaran, sir Ariel memanggilku untuk menunggu dia dari mengemas barang dia di atas meja
"Harleen, jom balik."
"Ha?" Aku, Safira dan Insyirah serentak terkejut
"K- kau balik dengan sir singa ni ke Harleen?" Safira bisik di telinga aku, aku hanya mengangguk walaupun aku sendiri tak tahu akan pulang ke rumah bersama dia.
"Singa? Siapa singa?" Soal sir Ariel menaikkan kening kirinya pada kami bertiga lalu serentak aku dengan kawanku menggeleng kepala
"Jom lah sir, kita balik ye." Aku menarik dia keluar dari dewan kuliah dan berdiri di luar. "Apa masalah awak ni? Kenapa ajak saya balik depan kawan-kawan saya? Kalau mereka fikir benda bukan-bukan macam mana?"
Sir Ariel berdiri tegak tetapi wajahnya tidak memandang aku, dia ralit membelek-belek tapak tangan dia dan memandang tangan aku pula. "Sir tak dengar ke apa yang saya cakap sekarang ini?" Dia memandang aku-
"Lembutnya tangan awak.. cuba pegang tangan saya lagi, nak rasa lagi tangan awak ni." Dia memberikan tangannya pada aku namun aku tidak menyentuh kerana aku tahu haram bagi aku yang perempuan menyentuh lelaki tanpa benang di tubuh mereka
Aku menggeleng kepala lalu menyilang tangan
"Kenapa?" Soal dia
"Haram tau, saya yang berdosa nanti."
"Ekhemm.. Tak bukan s- saya cuma nak.. tak apa lah, tak ada apa. Jom pergi dekat kereta."
Apabila kami berdua sudah masuk ke dalam perut kereta, dia hanya duduk diam sahaja di tempat duduk dia sambil memandang aku tanpa mengedip mata. Dah kenapa ni? Perangai sewel dia datang semula setiap kali masuk kereta ke?
Aku menepuk-nepuk tangan di depan muka dia tapi dia tak memberikan apa-apa tindak balas. Ish
"Sir!!" Aku menjerit sekuat yang mungkin
Dan akhirnya dia tersedar dari lamunan yang mungkin sudah sampai ke planet marikh agaknya
"M- maaf, tak sengaja.." dia memandang ke hadapan semula lalu memakai tali pinggang kereta, entah apa yang difikirkan oleh dia sampai lama sangat melamun pandang aku
"Kenapa awak pandang saya lama sangat?" Aku bertanya pada dia sambil melirik wajahnya yang santai membawa kereta
"Awak lah cantik sangat, sebab itu saya sampai terpegun tengok kecantikkan awak. Kalau saya pandang awak sambil bawa kereta ni mungkin kita berdua akan terbabas." Jawap sir Ariel pada soalan aku
"Tak baik doa macam tu! Dah la doa perkara bukan-bukan dah dapat dosa lepas tu awak pandang saya lagi la berdosa."
"Dosa apa?"
"Dosa zina mata."
Sir Ariel mengangguk, "nanti tak dosa dah." Tutur dia dengan senyuman melebar
"Kenapa?" Soal aku
"Nanti awak jadi milik saya sepenuhnya dah tak dosa." Jawapnya membuatkan aku bingung...
"Hah? Kenapa saya milik sir Ariel sepenuhnya? Saya kan milik tuhan. Dari mana saya diciptakan dari situ lah saya kembali, sama seperti awak. Jadi kenapa saya sepenuhnya milik awak pula?" Soal aku panjang
"Masa awak kecik awak tak sekolah agama ye?" Sir Ariel menggeleng kepala, apekehei?
"Tak, semua tu abang Raf yang ajarkan"
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Roman d'amour1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...