"Harleen Sophia! Lambat lagi ke kau nak siap ni ha? Berjanggut dah aku duduk dekat luar tunggu datin lembab macam kau"
"Ish, sabarlah la sikit Qaif"
Pweett!
Kedengaran bunyi seakan bunyi tikus dibuat-buat oleh abang Raf
"Dating berdua ke tu? Gila dah la tak ajak aku.. Sabar jap aku nak ambil topi, korang berdua rilek jap"
"Semua dah ada dalam kereta? Budak kecik tu tak nak ajak ke?" soal abang Raf sengaja, kening dijongket berkali-kali
Harleen yang duduk di tempat duduk belakang memutar bola mata nya ke atas. Pagi-pagi buta dah buat orang naik menyampah
Enjin kereta dihidupkan lalu Qaif pandu keretanya keluar dari rumah "Walaupun aku ni anak angkat tapi aku langsung tak setuju kalau budak tu ikut kita! Nanti banyak benda dia nak beli.. Perangai sama macam ibu dia" ujar Qaif
Memang tak perlu terkejut atau pelik dengan apa yang Qaif katakan baru tadi, dia dengan Harleen mempunyai pendapat yang sama
"Betul.." balas Harleen pula
15 minit berlalu dan ketiga-tiganya berdiri menghadap kedai buku yang Qaif beritahu semalam tetapi malang kedainya tutup..
"Alaa, tutup.."
"Membazir masa aku je pakai cantik macam ini, tak ada jalan lain jadi jom pergi makan!!"
Harleen dan Qaif mengangguk tanda setuju dengan permintaan abang Raf, terus mereka bertiga berjalan pergi ke parkir kereta mereka semula, niat sebenar Qaif bukannya nak beli buku tapi..
"Kenapa nak pergi kedai buku tu?"
"Nak beli novel lah, lembab"
"Sejak bila kau minat baca novel ni Qaif? Tak silap aku kau suka tengok sinetron pukul 7 atau melahap dua puluh empat jam. Kan abang kan?"
Abang Raf mengangguk setuju dengan apa yang Harleen katakan tadi sambil menyilang tangan
"Biarlah, semuanya sebab kau tahu tak"
Serentak Harleen dan abang Raf mengalih wajah mereka memandang ke arah Qaif, "Lah, tunding salah pada aku pula?"
"A- aku, tak ada apalah.. Dah jangan kacau aku nak bawa kereta"
"Abang.."
"Abangg.."
"Aabanggg.."
Panggilan isteri keduanya tak dibalas dengan sengaja, pakcik Jamaluddin atau dipanggil pakcik Jamal dia teruskan membaca surat kabar dan membelek-belek beberapa muka surat untuk menghiraukan si isteri kedua.
"Abang tak dengar ke saya panggil ni?"
"Nak apa?"
"Nak abang lah! Nak apa lagi" isteri keduanya terus menjeling, sekilas wajahnya memandang anak tunggalnya yang berseorangan duduk di sofa sambil bermain iPad 20 pro max
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...