Ariel yang baru siap habiskan kerjanya dalam ofis persendirian dengan baju tidur bertemakan bayi yang memegang botol susu terus berjalan ke arah anak lelakinya yang tertidur di atas sofa dengan teddy yang masih ada di ketiak.
"Tidur dah anak papi ni, tadi cakap nak main sama-sama.." Ariel mengusap rambut anaknya lalu dia mendukung tubuh kecil itu masuk ke bilik tidur.
"Hurmm.. Papi! Jiji nak mami!! Emm" baru sahaja Ariel mahu letakkan kepala Zariq atas bantal dia mula mengigau mahukan ibu. Lama sangat dia tak dapat belaian kasih dari seorang ibu sampai datang ke mimpi.
Ariel mengoyak senyuman, dia baring di sebelah anak lelakinya "Papi pun nak mami jugak tapi tak ada seorang perempuan pun yang sanggup terima lelaki duda macam papi ni.." suaranya mula terdengar sayup-sayup teringatkan satu tragedi yang pernah menimpa keluarga dia
Pedih bila teringat kisah lama yang buatkan anak dia menangis tak berhenti.. Mesti anak papi trauma kan? Papi minta maaf.
6 tahun tapi semuanya tak menjadi apa-apa, ramai perempuan yang tertarik dengan Ariel tapi disebabkan dia ada seorang anak lelaki mereka lari bersama duit dia.
"Kalau I cakap I ada anak lelaki, you terima I tak?"
"Pftt, apa you merepek ni? Tak akan lah I baru kahwin je terus nak ada anak, gelojoh betul. Mesti lah I nak manja-manja dengan you dulu.." dada bidang Ariel di main dengan beberapa jarinya
"Oh, tak apa lah" terus Ariel tinggalkan perempuan itu bila dengar jawapan dari dia
Kenapa tak ada seorang pun perempuan yang sanggup terima dia sebagai lelaki duda anak satu?
"Papi! Papii! Papi!! Bangun lahh! Dah tengah hari pun papi tidur lagi, patut la singlee!!" Ejek Zariq sambil menjelir lidah pada ayah dia
"Eh budak ni, siapa ajar? Tak baik tau cakap dekat papi macam tu. Nanti papi tak nak belanja ultraman, padan muka awak"
"Ish, tak baik la papi ni main ugut-ugut kita pulak! Jiji nak atomen nak atomennn!!" Zariq menarik kuat lengan kekar Ariel berkali-kali, tahu pun takut!
"Tak nak, tak nak"
"Alahh, papi!! Jiji nak atomen.."
"Nak atomenn!"
Makin kuat Zariq menjerit meminta mainan ultraman, semakin kuat juga dia menghentak kaki ke lantai bilik tidur Ariel.
"Tak boleh buu, tak. Bo. Leh. Buuu"
"Hisk.. Jiji, Jiji nak atomen hensem tu.. hisk.. Papi jahat!!" Ha sudah, menangis dah dia..
Ariel perlahan-lahan menarik pinggang anak tunggal dia lalu letak atas peha dia. Ariel menyandarkan badannya pada kepala katil.
"Anak papi ni dah besar pun menangis lagi, hm? Kata nak jadi kuat macam Captain America"
"Jiji tak nak jadi Kepten Merika, Jiji nak jadi Tanos! Dia kuat tau papi! Sekali petik jari je plukk, terus semua orang mati tapi cara diorang mati tu pelik. Diorang jadi habuk-habuk lepas tu terbang" jelas Zariq sambil membuat gaya memetik jari
"Ya ke? Thanos bukan jahat ke? Zariq nak jadi orang jahat jugak ke macam Thanos?" Soal Ariel
"Tanak tanak, Jiji nak jadi streng tulaa. Dia punya baju merah kat belakang badan dia tu boleh terbang terbang! Hebat gilerrr!"
"Cloak of levitation" Ariel betulkan nama yang Zariq katakan tadi
"Dah, kita mandi sama-sama and then makan nasi goreng papi!" Ariel mengangkat badan kecil Zariq duduk di atas belakang leher dia lalu kedua-duanya masuk dalam tandas.
YOU ARE READING
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER
Romance1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya...