2 3 | SMTD

696 55 4
                                    

Pada esok harinya Ariel datang ke tempat kerjanya sebagai seorang pensyarah seperti biasa tetapi dengan niat mahu berjumpa dengan cinta hatinya!

Dari rumah lelaki itu tidak berhenti mengeluarkan senyuman manisnya sehingga ternampak lesung pipi yang hanya ada disebelah kiri sahaja!

Ariel tiba di UITM Puncak Alam, Selangor tepat pada pukul 8:00 pagi, dia tak mahu pergi lambat akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas.

Kepalanya tidak henti memandang ke kiri dan ke kanan, mencari dimana cinta hatinya? "Ish, lambatnya Harleen datang.. Dah pukul 8:25 ni." Kata Ariel, dia mengetuk mejanya dengan jari, tangan kiri pula menjadi tongkat kepala.

"Harleen!" Teriak Ariel saat melihat gadis yang dicarinya tiba di hadapan pintu kelas. Satu dewan kelas itu memandang Ariel dengan tatapan pelik. Harleen pula hanya menjeling Ariel, masih lagi berdendam dengan kisah lama.

"Psst! Psssttt! Harleen.. sir Ariel panggil kau tu." Sapa Insyirah, dia menunjuk jari telunjuknya kepada Ariel. Harleen hanya menjeling tidak suka, dia sudah malas mahu berkawan pensyarahnya itu!

"Amboi, jeling nampak. Aku korek-korek biji mata tu baru tahu!" Sergah Arasyah dari meja belakang.

"Aku tak nak pandang dia, dia sakitkan hati aku!" Ujar aku, lalu menyusun barang di atas meja. Mahu sahaja hati ini baling kalkulator kena pada wajah kerek dia!

Tapi kita perlu sabar. Orang baik selalu sabar kan?

Aku langsung tak memandang dia, hanya memandang projektor depan dan mendengar dengan teliti penerangan sir Ariel pada kami semua.

Kelas hari ini menjadi bosan disebabkan kawan terbaik aku Safira tak datang. Walaupun dia pemalu tetapi jika sudah kenal dia dengan lama, malu seorang Safira hilang tiba-tiba! Biasalah introvert. Disebabkan kelas sir Ariel ini menjadi bosan, aku membuat keputusan mahu melukis sebentar menggunakan Ipad.

Tukk! Tukkk!

Sir Ariel mengetuk meja Harleen, apa agaknya perempuan ni buat ya?

"Cik Harleen Sophia, awak buat apa ni?" Soal sir Ariel kepadaku, alamak! Aku nak jawap apa ni?

"S.. saya tengah catat nota apa yang sir sedang terangkan dekat depan." Bohongku, terpaksa lah!

Aku cuba buat muka tak tahu malu di hadapan sir Ariel, sir Ariel memandang aku tak mengelipkan matanya. Tak pedih ke? Ah sudah! Atau pun dia tak percayakan aku ni? Ah ya tuhan! Serabut pula fikir.

"Mana, nak tengok boleh?" Pinta sir Ariel, dia menghulurkan telapak tangannya pada aku tanda mahu melihat skrin Ipad aku ini. "Eh tak boleh! Ini kan hak milik saya." Jawapku dengan berani

"Tak salin lah tu. Dah la tadi saya tegur awak buat-buat tak dengar. Habis kelas jumpa saya, jangan balik dulu." Ujarnya lalu turun ke bawah, dia menyambung menerangkan apa yang patut.

Fuh! Lega dia tak merampas Ipad ini.

Aku hanya merekod suaranya supaya aku tak tertinggal apa-apa pun, waktu begini badanku sudah letih! Nak tidur! Huarghh, mengantuk.

Aku cuba menjatuhkan sedikit kepalaku di atas meja dengan perlahan, lalu dengan beberapa saat tidak sempat aku mahu menutup mata ada pula yang gegarkan meja aku! Ish!

"Apa ni goyangkan meja aku hah?!" Marahku pada seseorang yang menganggu aku mahu tidur sekejap.

"Wah, garangnya cik Harleen."

Aku segera menutup mulut dengan kedua-dua telapak tangan, rupanya aku tidak sengaja memarahi sir Ariel, habislah aku. Habislah. Aku meminta maaf padanya dan menguntumkan sebuah senyuman agar dia tidak memarahi atau denda aku.

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now