2 7 | SMTD

761 37 1
                                    

Nafasku di hela dengan perlahan, abang Raf dan Qaif duduk bersamaku dan cuba menenangkan aku. Ah, aku pun tak sangka emosi aku akan berubah begitu sekali.

"Hey.. nah air." Sir Ariel memberikan aku segelas air sejuk supaya badanku rasa segar kembali. "Thanks."
Aku meneguk air lalu memandang semula wajah sir Ariel yang masih terlihat merah padam.

"Ermm.. Harleen.." panggilnya seperti kedengaran gelisah. "Ya?" Jawapku sambil mengangkat kening kiriku.

"Yang tadi tu betul ke?" Soalnya sambil menggigit bibir, dia mengambil kerusi di belakangnya lalu duduk di hadapanku. "Apa yang tadi? Tak faham." Soalku pula, sir Ariel menggaru belakang lehernya. Baru aku sedar saat kami duduk berdua, abang Raf dan Qaif hilang dari radar, entah pergi ke mana pula.

Dah macam biskut Chipsmore!

"You said we were getting married in two weeks. Is it true?" Katanya membuatku terpaku seketika, perkara itu ke yang keluar dari mulutku? Ya tuhan! Apa yang aku merepek tadi?

"Saya cakap tu ke?" Soalannya dibalas dengan soalan, ah sudah! Sir Ariel mengangguk dengan perlahan.

"Ermm, saya cakap macam tu sebab tak nak perempuan tadi kacau saya atau pun sir lagi. Saya tak yakin saya betul-betul memaksudkannya atau tidak.. hehe.." aku mengusap-usap bibirku yang kering ini, habislah! "Oh iya ke? Haha okay. Ni awak nak saya hantar atau balik sendiri?"

Aku menggeleng kepala lalu menunjukkan tanganku pada motor skuter pink yang di parkir di sebelah keretanya.

"Awak tunjuk apa?" Soalnya lagi, "tu, motor saya. Saya tunjuk motor." Terangku pula. "Cuba awak tengok baik-baik. Saya tak nampak pun motor."

Aku menoleh badanku ke arah motor yang di parkir. "Eh.. mana motor aku!"

Pikk! Pikkk!

Aku terdengar hon motorku berbunyi, tapi dari mana? "Leen! Kau balik dengan dia lah, kami nak rempit naik motor pink ni dulu ya! Tataaa!!" Jerit Qaif yang sudah memakai topi keledar kura-kura aku!

Weh motor kesayangan aku!!

"Errr, saya tumpang sir boleh? Kalau tak boleh saya boleh naik Grab." Aku menundukkan kepalaku separuh, kedua tapak tanganku bersentuh seperti sedang memohon agar dia boleh menumpangkan aku pulang rumah.

"Boleh. Tapi satu syarat." Katanya, alhamdulillah! Syarat pun tak apalah! "Apa syaratnya?" Soalku mahu tahu.

Lelaki itu berjalan mendekati aku, lalu tersenyum miring, "duduk depan, sebelah saya. Boleh cik Harleen?" Dengan cepat aku mengangguk, gementar dia lain macam ya!

"Good girl my sweet angel."

Aku menelan air liur kelat, rasa gementarku mula muncul bersama dengan rasa panas pada pipi aku. Ah, apani! Terkebil-kebil aku berdiri di depan sir Ariel. Kami membuka langkah berjalan ke arah kereta milik sir Ariel letakkan. Aku mendengar arahannya mahu aku duduk di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

Aku memandang ke luar tingkap, radio kereta di buka, lagu God's Menu oleh kumpulan Stray Kid bermain di radio, lagu kegemaranku! Kaki kiriku bergerak-gerak mengikut irama lagu.

"Tak berhenti kaki awak, nak menari ke? Kalau nak saya boleh berhentikan kereta ni. Awak naik atas atap kereta, buat konsert percuma." Sir Ariel menyindir aku dengan kata-kata sarkastiknya itu,

Bola mataku naik ke atas malas mahu melayan dia, biar lah aku mahu berada di dalam duniaku sendiri dengan Felix kesayanganku! "Saya korek biji mata tu kang." Aku tak mengendahkan apa yang dia cakapkan

"Oh palau saya! Okay tak apa, tak apa." Sir Ariel mula fokus memandang jalan raya dari memandang aku tadi, tangan kanannya memegang stereng kereta lalu tangan kiri memegang brek tangan.

Sir Miang itu DUDA?! | NEW VERWhere stories live. Discover now