"Siti betul ke nak pergi jumpa Azmi ni?!" tanya Kak Najah risau sambil memandu.
"Ye kak lagipun dah nak sampai kan. " kata aku dengan nada yang lemah. Kak Najah hanya akur.
Beberapa minit kemudian.....
"Kita dah sampai!" kata Kak Najah lalu keluar dari kereta aku juga turut keluar dari kereta dan berjalan ke tempat Azmi berada.
Aku memandang wajah Kak Najah yang gelisah itu.
"Kak Najah kenapa?" tanya aku pelik.
"Akak risau dengan Siti.Lagipun dah lah tengah mengandung."
"Akak tak payah risau lah ok. Siti ok je, nanti pasti Azmi jelaskan." kata aku, semasa berjalan dari jauh aku melihat Azmi dan wanita itu. Ketawa bersama hati aku sangat sakit sekali.
Kak Najah memegang tangan aku erat dia melihat apa yang aku lihat. Dia menahan amarah nya. Kami pun pergi padanya.
"Assalamualaikum abang... " kata aku.Azmi terus memandang aku dengan wajah terkejut.
"Waalaikumusalam eh sayang buat apa dekat sini?!" tanya nya pelik.
"Salah ke Siti datang sini." kata aku dengan tidak endah.
"Sayang ni lah Deeja! Deeja ni lah isteri saya! " Azmi memperkenalkan kami berdua. Aku hanya tersenyum.Kami bersalaman.
"Duduk lah dulu sayang. " Azmi memegang tangan ku. Aku melepaskan perlahan.
"Terima kasih. "
Aku mengambil telefon pintarku dan menunjukkan gambar mereka berdua.
"Apa ni abang? Apa semua ni? Abang tak malu ke apa yang abang buat ni. Abang dengan deeja bukan mahram tahu tak! Abang juga seorang ustaz ni ke contoh untuk orang dekat luar sana." kata aku dengan rasa kecewa.
"Sayang....abang... "
"Dari jauh ketawa bersama! Abang sedar tak abang suami orang.Kali ni Siti betul-betul kecewa dengan abang.Sanggup abang buat macam ni. Cuba kalau Siti mesra dengan orang lain macam mana, dah lah Siti balik dulu! Assalamualaikum! " aku meninggalkan mereka. Deeja terdiam sama juga Azmi.
"Azmi...Siti tu tengah mengandung jaga lah perasaan Siti akak tak sangka Azmi macam ni .Siti datang dari jauh untuk buat kejutan tapi lain pula yang jadi! Assalamualaikum!" Kak Najah juga meninggalkan berdua. Aku dan Kak Najah pergi dengan keadaan yang kecewa.
"Azmi kenapa awak tak kejar isteri awak? Kenapa tak jelaskan?" tanya Deeja risau.
"Tak apa Deeja. Saya faham isteri saya macam mana. Biarkan dia tenang dulu. Ni memang salah saya sepatutnya....."
"Tak Azmi! Saya yang salah kita ni kawan tapi saya sampai tak sedar yang awak suami orang! Maafkan saya Azmi!" katanya dengan rasa bersalah.
"Saya sebenarnya yang salah.Tak mengapa benda dah jadi. " kata Azmi dengan nada yang sedih.
*****
"Betul ke Siti akak risau ni kalau ada apa-apa cepat telefon akak!" aku menganggukkan kepala.
"Siti ok akak. Kak Najah jangan risau ye." kata aku. Kak Najah mengelap air mataku.
"Dah jangan menangis kalau Siti menangis akak pun ikut menangis." aku ketawa.
"Kak Najah balik lah. Abang Hafiz mesti tunggu."
"Baik lah.Akak balik dulu.Assalamualaikum!"
"Waalaikumusalam!" Kak Najah pun berlalu pergi.Aku menutup pintu rumah. Sudah masuk waktu Zuhur aku pun mengambil wudhu lalu solat. Kemudian aku mengaji lalu aku berdoa pada Allah SWT apa yang aku rasakan sekarang ni.
Aku mengusap dadaku dan istighfar.
Air mata aku jatuh. 'Hati Siti sakit sangat abang buat macam ni' kata dalam hati aku. Entah mengapa badan aku lemah dan sakit kepala perlahan mata aku tertutup.*****
Dalam perjalanan ke rumah Azmi keliru menceritakan semuanya. Ia takut Siti tidak dapat mengawal emosinya.Azmi pun tiba di perkarangan rumahnya lalu keluar dari kereta ia memasuki rumah.
"Assalamualaikum...sayang!" Azmi pelik dengan keadaan rumah yang sunyi ia memberi salam pun tiada yang menjawab nya.
"Sayang.... Sayang...! Dalam bilik rasanya!" Azmi memanggil Siti dan masuk ke dalam bilik. Azmi mendekati Siti dengan perlahan ,ia melihat Siti yang tertidur di atas sejadah sambil memakai telekung nya.
"Sayang.... " Azmi membangun kan nya.
"Sayang...." Siti tetap tidak bangun, Azmi menggoyang kan badan Siti perlahan.
"Sayang.. ?! Bangun... Ya Allah!! " Azmi panik melihat Siti pengsan. Ia pun mengangkat nya dan dibawa ke hospital.
*****
Sampai nya di hospital...Azmi menunggu Siti di ruangan menunggu kerana doktor masih memeriksa dan merawatnya. Azmi tidak tentu arah dan selalu mendoakan isteri dan anaknya.
"Ni semua salah aku... Maafkan aku ya Allah!" kata nya dengan sedih.Selepas itu, doktor pun keluar menemui Azmi.
"Doktor macam mana dengan isteri saya?"
"Alhamdulillah tidak apa-apa jangan risau cuma nya dia terlalu banyak berfikir dan penat saya harap encik jangan biarkan dia stres dan banyak berfikir bagi ia rehat secukupnya.Sekarang saya bagi ubat untuknya agar dapat tidur lebih lama."
"Baik lah doktor, boleh saya berjumpa dengan isteri saya?"
"Boleh sila kan. Saya minta diri dulu.Assalamualaikum!" kata doktor itu.
"Waalaikumusalam..." jawab Azmi. Azmi pun masuk ke dalam wad dan melihat Siti.
"Maafkan abang sayang... Sebab sayang jadi macam ni. Abang lalai kenapa abang tak perasan yang sayang banyak berfikir sepatutnya abang buat sayang tenang dan tidak stres." kata Azmi dengan rasa bersalah.Azmi duduk di kerusi sebelah katil Siti sambil memegang tangannya.
Tiba-tiba telefon Azmi berdering...
Azmi menjawabnya."Assalamualaikum Azmi!" salam Kak Najah
"Waalaikumusalam... "
"Azmi ada dekat mana? Akak datang rumah Azmi kenapa tak ada orang? Siti pun tak ada akak risau ni! Kamu jangan sakitkan hati Siti lagi." kata Kak Najah dengan tegas.
"Azmi dekat hospital kak. "
"Apa?! Dekat hospital? Siapa yang sakit? " tanya Kak Najah.
"Siti pengsan tadi masa Azmi balik rumah terus Azmi bawa pergi hospital. "
"Ya Allah!! Ok nanti akak datang sana dengan Abang Hafiz ye!Assalamualaikum." kata nya dengan risau.
"Waalaikumusalam..." panggilan pun tamat. Azmi membetulkan tudung yang dipakai Siti. Azmi selalu membawa tudung lebih untuk Siti di keretanya apabila ada kecemasan ,ia pun sempat beri pada jururawat perempuan untuk memakai kannya tadi.
Dalam hatinya dia berharap Siti cepat bangun agar dia dapat minta maaf kerana kesalahannya.
Bersambung......
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...