2 tahun kemudian....
Sedih sangat hati aku dan berat nak tinggalkan madrasah, kumpulan aku dan sahabat sebab minggu ni minggu terakhir aku di sini aku hanya belajar selama 2 tahun sahaja, mereka juga sedih aku akan pergi ,aku dan Azmi? kami menjadi kawan dan rapat tapi masih jaga jarak kerana bukan muhrim tidak sangka perangai kami ni sama juga
"Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul dah lah jangan menangis..." kata aku kerana mereka menangis kerana tidak lama lagi aku akan pergi tinggalkan mereka
"Ingat pesan Siti ni" kata aku lagi
"Siti jangan lah pergi" kata Aisyah
"Aku bukan pergi sekarang pun ada masa lagi kan" kata aku
"Kak Najah tak kan pernah lupa kan kamu Siti... " kata Kak Najah
"Akak juga akan simpan kenangan akak dengan Siti" kata Kak Nurul pula, aku pula yang menangis, kami semua saling berpelukan
Malamnya....
Aku dan Aisyah tak boleh tidur jadi kami duduk di luar
"Siti esok kau pergi latihan kan ,sedihnya terakhir kau akan sholawat dengan diaorang"
"Emmm nak buat macam mana" kata aku dengan nada yang sedih
"Siti aku nak bagitahu sesuatu dengan kau?"
"Apa dia?"
"Tak ada apalah"
"Kau ni kan suka sangat macam tu"
"Tak ada aku dah lupa" aku gelengkan kepala
"Tapi Siti kau ingat satu benda je ni" katanya lagi
"Apa?"
"Jangan anggap aku ni pengkhianat sebab aku tak ada niat, aku terpaksa kau tetap jadi sahabat aku sampai bila-bila" kata Aisyah
"Sebenarnya kenapa Aisyah?" tanya aku
"Tak ada apalah dah lah aku nak tidur mengantuk pula" Aisyah terus masuk ke dalam bilik, pelik kenapa dengan Aisyah?
Keesokannya....
"Ok sampai sini latihan esok lagi ya" kata Abang Ahmad ,kami angguk
"Semua saya ada benda nak bagitahu" kata Azmi
"Apa dia Azmi?" tanya Abang Hafiz
"Azmi akan bertunang minggu depan!" kata Azmi tapi bukan nada yang gembira, hati aku terus hancur berkecai
"Wah tahniah!!" kata aku,aku hanya berpura pura, Kak Najah di sebelah dah rasa sedih dengan aku
"Dengan siapa?" tanya Abang Hafiz pula
"Dengan Aisyah sahabat Siti" aku terkejut sama juga dengan Kak Najah air mata aku ingin mengalir sakitnya hati aku
"Kalau macam tu kami minta diri dulu, Assalamualaikum!" kata aku dan terus pergi tak tahan mengalirkan air mata, Kak Najah mengejar aku
"Waalaikumusalam...!!" jawab mereka ,Azmi juga ingin menangis
"Sabar lah Azmi!" kata mereka semua
"Kami tahu kamu sudah lama sukakan Siti tapi nak buat macam mana ,semua kehendak orang tua kamu" Azmi mengalirkan air mata
Aku duduk di pondok yang tidak ada orang aku menangis sepuas puasnya tiba-tiba Kak Najah duduk di sebelah aku
"Kenapa Kak Najah?kenapa semua terjadi dekat Siti?" Kak Najah juga turut menangis
"Sabar lah Siti akak faham perasaan kamu ,kamu sudah lama pendam perasaan ni"
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...