Aku berjalan ingin ke blok lelaki...tapi tak pergi seorang lah dengan Kak Najah lah tapi tu lah mana Kak Najah??
Tiba-tiba ada tangan memegang bahu aku sampai membuat aku terkejut
"Assalamualaikum instafamous!" kata Kak Najah
"Astaghfirullahalazim.... Waalaikumusalam Kak Najah..... buat orang terkejut je" kata aku sambil mengusap dadaku
"Hahaha maaf Siti akak terlambat!"
"Tak apalah kak... "
"Banyak ke buku yang kena ambil tu?" tanya Kak Najah
"Tak tahu lah kak ,dah lah kena masuk blok lelaki!" kata aku ,Kak Najah pula ketawa
"Siti...akak ni tak apa dah kahwin kamu tu yang single lagi siapa-siapa je boleh mengorat tau" aku gelengkan kepala
"Dah jom lah kak!!" sambil menarik tangan nya
Kami pun sampai ke blok lelaki dan kami memasuki sebuah bilik
"Sini ke bilik dia?" tanya Kak Najah
"Rasanya ni lah sebab kata Ustazah Farhana dekat bilik belah kanan"
"Assalamualaikum!" kata Abang Ahmad yang tiba-tiba datang
"Waalaikumusalam!!" jawab kami
"Buat apa dekat sini?" tanya nya
"Kitorang nak ambil buku dekat bilik ni Ustazah Farhana suruh" Abang Ahmad cuma oh
"Buku yang baru tu ada dekat meja biru masuk lah sebab tak ada siapapun"
"Ok lah kalau macam tu kitorang ambil dulu dekat dalam" kata Kak Najah pula
"Saya minta diri dulu... Assalamualaikum!" katanya
"Waalaikumusalam" Abang Ahmad pun berlalu pergi, kami memasuki bilik itu dan mengambil buku-buku itu ,kami pun keluar dari bilik itu
Tiba-tiba... 4 orang murid lalu di depan ku
"Assalamualaikum ustazah!!" kata mereka semua
"Waalaikumusalam!!" jawab kami sambil memegang buku pelajaran
"Ustazah ambil buku ke? nak saya tolong?" kata salah satu dari mereka padaku
"Eh tak apa ustazah boleh bawa sendiri"
"Betul ni ustazah? ustazah dah kahwin ke belum?" kata yang lain pula ,aku angguk dan kawan di sebelahnya menolak lengannya
"Ustazah belum kahwin lagi" kata aku sambil senyum
"Kau ni kan kita dah tengok dekat instagram masa tu" kawannya pula menggaru kepala
"Ustazah....nak je saya masuk meminang ustazah sekarang sebab ustazah cantik, baik dan sholehah lagi" aku hanya tersenyum, Kak Najah tersenyum ingin ketawa
"Kamu semua buat apa dekat sini, masuk kelas!!" kata Azmi yang tiba-tiba datang, mereka angguk dan berlalu pergi, Kak Najah ketawa, aku berkerut
"Tak Siti diaorang tu ada-ada je"katanya aku hanya oh kan
"Maaf lah kalau diaorang tu dah ganggu awak dan Kak Najah"
"Tak apalah dah biasa terkena" kata aku
"Memang lah ustazah cantik dan hot kan" mata aku membulat pada Kak Najah
"Saya dari tadi ada dekat situ dengar semua apa yang mereka cakap dekat Siti" sambil tertawa perlahan
"Siapa lah yang ajar tu?" tanya Kak Najah
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
Roman d'amourSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...