Bab 3

79 4 0
                                    

Alhamdulillah dah 2 bulan aku belajar dekat sini, aku pun dah mendalam belajar agama

"Oi termenung apa tu?! " sergah Aisyah sampai terkejut aku nasib tak melatah

"Aisyah kau ni kan kalau tak terkejut kan orang memang tak sah"

"Aku gurau saja" katanya sambil hehehe

"Dah kenapa lah korang ni" kata kak Najah sambil menggeleng kan kepalanya

"Hahaha biar lah diaorang nasib lah ada dua orang ni kalau tak sunyi je" kata Kak Nurul pula kami tergelak kecil

"Lusa diaorang dah mula kan kak? " tanya Aisyah kepada kak Najah

"Haah jom lah kita tengok!" kata Kak Najah

"Apa ni tak faham lah? "tanya aku

"Lusa ni budak lelaki semua buat persembahan silat" kata Kak Najah aku ouh kan je

"Kita tengok sama-sama ya Sarah" kata Aisyah pula

"Ok!" kata aku

******

"Tak sabar nya nak tengok" kata Aisyah

"Kau ni kenapa tak sabar sangat" kata aku

"Diaorang punya silat tu hebat tahu tak" ada-ada je aku diam sahaja sementara tunggu, aku terpandang seseorang...Azmi? dia pun silat juga ke sebab dia pakai baju hitam untuk bersilat

"Kak Najah Azmi tu pun silat juga ke? " tanya aku kepada Kak Najah nak tanya si Aisyah tu dah macam cacing kepanasan

"Haah dia pun hebat juga tau tu dah nak mula" kata Kak Najah aku pandang ke depan

Mata aku terbeliak memang dia punya silat tu hebat sampai lawan dia pun boleh kalah

Selepas itu....

Kami bersurai semasa Azmi berjalan, tiba-tiba ramai perempuan berpusu-pusu pergi dia nasib ada yang halang ,aku Aisyah Kak Najah disebelah menengok mereka ,aku memandang Azmi dia memang lelaki yang hensem ,Azmi terus memandang aku 'alamak dia perasan' aku terus pandang ke tempat lain

"Eh kenapa semua ada dekat sini cepat balik!! " kata ustazah kan dah kena marah

Aku tak boleh tidur, aku tengok jam 10:30 aku tengok semua dah tidur kecuali Kak Najah, mana Kak Najah?

Aku keluar, aku nampak susuk tubuh Kak Najah yang duduk di kerusi sambil memegang cawan aku pergi padanya

"Kak Najah.."aku menegurnya... Kak Najah terus memandang aku

"Siti.. tak tidur ke?"

"Tak boleh tidur lah Kak, tak ada orang ronda ke Kak? tak kena marah?"

"Oh... tadi ada tapi akak dah cakap akak tak boleh tidur dia pun bagi ,duduk lah sini teman akak sama-sama tak boleh tidur kan" aku duduk di kerusi kosong di sebelahnya

"Nak minum?" sambil menunjuk ku cawannya, aku geleng

"Akak...Siti nak tanya boleh?"  tanya aku

"Nak tanya apa?  tanya je lah"

"Akak boleh tak ceritakan pasal Azmi sebab Siti kurang tahu lah pasal Azmi dekat sini" kata aku

"Boleh je.. " kata Kak Najah

*****

Baru aku tahu nama panjang dia Muahammad Ulul Azmi umur pun sama yang Azmi tu memang terkenal rupanya aku tak tahu pula terkenal sebab dia terkenal dengan sholawatnya katanya suaranya tu merdu sangat bila ada ceramah kat mana-mana Azmi dijemput untuk bersholawat ada you tube pula tu sebenarnya madrasah ni pun terkenal, aku memang tertinggalan zaman lah hahaha

"Siti"

"Siti!!" aku terkejut

"Ah kenapa aisyah?" tanya aku

"Kau ni fikir apa? semenjak ni aku tengok kau macam ada masalah je" kata Aisyah sambil memegang bahu aku

"Tak ada apalah...jom lah dah habis makan kan kita pergi mana-mana dulu kelas lambat lagi ni" kata aku pula

"Nak pergi mana eh? ah jom tengok Azmi" kata Aisyah lagi ,aku meminum air dia sebut 'Azmi' aku terus tersedak
"kau ok tak ni?"

"Aku ok..tengok azmi?"

"Ya hari ni dia ada latihan dekat dewan...jom tengok!!!" aku angguk dia terus menarik tangan aku pergi

Sampai lah di dewan...rupanya ramai yang tengok latihan dia

"Siti jom tengok dekat sana?" Kata Aisyah

"Tak nak lah" kata aku

"Alahhh... aku nak pergi sana boleh?" tanya Aisyah

"Boleh....pergi je lah aku tengok dekat sini je"

"Terima kasih Siti aku pergi dulu.." Aisyah pun berlalu pergi semua tengok dari dekat aku pula tengok dari jauh je...aku tersenyum

"Dah kenapa dengan aku ni?" kata aku sendiri

Tiba-tiba... Azmi menyanyikan sholawatnya, Subnallah..dia menyanyi lagu ya asyiqol nissa sabyan punya sampai habis dinyanyikan

"Wei Siti!!" aku terkejut,rupanya Aisyah

"Kau ni kenapa? aku panggil dari tadi asyik termenung je" katanya

"Tak ada apalah Aisyah"

"Kau pandang Azmi ke?" tanya Aisyah sambil menolak lengan aku perlahan

"Memang tak lah..jom lah balik lepasni ada kelas kalau lambat macam mana" kata aku

"Yelah ustazah, jom!"  kami ketawa bersama

*****

"Azmi!" tegur kawan Azmi yang bernama Muhammad Hafiz

"Apa?!!" terkejut Azmi

"Kamu kenapa? fokus latihan kita Azmi" kata Hafiz

"Tak ada apa-apa... "

"Kamu pandang orang baru tu ke?Siti eh?" tanya nya

"Mana ada lah..."

"Eleh.. nak berahsia pula"

Bersambung.....

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now