Bab 31

27 1 0
                                    

Alhamdulillah cepat je masa berlalu. Aku dan Azmi berada di dalam kereta dan juga Siti sebab hari ni hari bersanding aku dan Azmi.Kami dalam perjalanan pergi ke dewan yang dah disewa oleh ibu Azmi. Persandingan kami diadakan di Kedah rumah Azmi akad nikah di Kuala Lumpur.

"Cantik sayang hari ni!" kata Azmi dengan tersenyum .Pakaian ku tak ketat dan tudung menutupi dada

"Abang pun!" kata aku dengan malu

"Anak ibu pun comel sangat!" Siti ketawa dengan gembira.

Sampai di depan pintu masuk dewan ,aku, Azmi dan Siti keluar dari kereta Kak Najah dan Kak Nurul sebagai pengapit aku menunggu kedatangan kami juga pengapit Azmi iaitu Abang Hafiz dan Abang Ahmad, keluarga Azmi dan aku juga menunggu kedatangan kami. Tema kami berwarna hijau muda.

Kami berjalan ke pelamin dan diringi paluan kompang ,Siti dan Farhan berjalan di depan aku dan Azmi, comel sangat! Kami pun duduk di pelamin.Kami buat majlis sederhana je yang membuat persembahan pun dari kumpulan sholawat madrasah kami. Selepas itu aku dan Azmi membuat persembahan juga dengan menyanyi sholawat berjudul Ya Habibal Qolbi ,kami masing-masing memegang mikrofon dan muzik di mainkan Azmi yang bernyanyi dahulu

"Ya habibal qolbi ya khoirul baroya...Ya lijitta bil haqi rasullal hidayah... "

"Ya Rasulullah...ya habiballah..."

"Yaumal wiladah kal bidaya... lil hidayah kal bidayah... "

"Yaumal wiladah kal bidaya... lil hidayah kal bidayah... "

"Lil hidayah.... kal bidaya...."

Alhamdulillah sholawat pun habis dinyanyikan part tarik yang pertama Azmi yang kedua pula aku jangan ingat Azmi je boleh tau aku pun boleh dari dulu lagi jadi Azmi dah tahu aku mesti boleh tarik

Tiba-tiba pula banyak orang nak aku dan Azmi membaca ayat suci Al-Quran...

Azmi membaca surah Al-baqarah manakala aku membaca surah Al-maryam tanpa kami memegang al-Quran sebab aku dan Azmi dah hafal.
Kami masing-masing mendengar antara satu sama lain.

Selepas itu majlis pun tamat orang ramai beransur pulang...

Keluarga aku dan keluarga Azmi masih melayan saudara-saudara kami, Kami semua berkumpul.

"Masya Allah cantik sangat Siti hari ni!" kata Kak Najah dengan gembira

"Untung lah Azmi!" kata Abang Ahmad pula ,aku ketawa.

"Terima kasih!" kata aku mereka senyum padaku

"Assalamualaikum!" kata Wardah yang tiba-tiba datang pada kami

"Waalaikumusalam!!" jawab kami semua

"Saya nak cakap sikit dengan Siti dan Azmi boleh tak?"

"Boleh" aku Azmi dan Wardah duduk di meja lain ,Azmi duduk di sebelah ku dan aku duduk di tengah

"Sebelumnya saya nak minta maaf sangat dekat akak masatu abang Azmi tak salah pun saya yang tergedik gedik masuk dalam rumah dia sampai buat akak marah dan salah faham" kata Wardah dengan rasa bersalah sambil memegang tangan ku

"Tak apa...akak dah lupakan semua tu" senyum aku dia pun membalas senyuman aku

"Dan Abang Azmi wardah pun nak minta maaf sebab buat abang macam tu, wardah sebenarnya memang dah lama sukakan abang tapi abang dah anggap wardah macam adik sendiri sampai Wardah tak sedar. Wardah tahu Wardah bukan perempuan yang baik" katanya sedih

"Wardah abang pun dah maafkan...Wardah jangan cakap macam tu sebenarnya wardah perempuan yang baik" kata Azmi, wardah pun senyum.

"Mesti Wardah akan jumpa dengan lelaki yang baik dan sayangkan Wardah... Insya Allah" kata aku lagi

"Terima kasih kak... "

"Sama-sama"

"Wardah nak berubah.." katanya lagi

"Alhamdulillah....!" kata aku dan Azmi serentak

*****

Malamnya.....

Di bilik kami di rumah Azmi, aku duduk di birai katil dan tersenyum sendiri teringat zaman dulu aku dan Azmi macam cepat je masa berlalu

Flashback

Lepas kami membuat persembahan sholawat kami di jemput makan dan aku keluar mencari toilet sebab toilet dia dekat luar, dah jumpa aku pun masuk selepas tu aku pun keluar tiba-tiba pula ada sekumpulan lelaki tengah duduk

"Hai awak!" aku terkejut, aku cuma buat tak tahu dan jalan

"Merdu lah suara awak!" aku tetap tak peduli aku terus kan berjalan di depan mereka

"Cantik-cantik nak pergi mana?!" jerit mereka lagi, aku terus berlari dia punya toilet tak lagi jauh tadi tak ada orang tiba-tiba ada dah lah bahaya macam aku ni seorang nak suruh Kak Najah teman tengah makan kesian pula. Aku pun berhenti dari berlari aku pun pandang ke belakang dah jauh daripada mereka .

"Nasib baik... " kata aku sambil mengusap dada ku nafas jadi laju, bila aku pandang ke depan...aku terlanggar seseorang ianya lelaki aku pandang wajah lelaki tu

"Azmi.... maaf saya tak nampak"

"Macam mana awak tak nak nampak kalau awak tak tengok depan..." katanya dengan selamba

"Kenapa ni?" tanya Azmi padaku

"Saya pergi toilet lepastu ada sekumpulan lelaki saya pun lari lah dari diaorang"

"Lain kali hati-hati" kata nya dan terus berlalu pergi

"Sombong tapi caring!" kata aku dan aku tersenyum sendiri .Tak pasal-pasal terlanggar dah lah terasa tersentuh badan dia bukan muhrim pula tu, tiba-tiba terkejut...pelik

"Pertama kali dia cakap panjang dengan aku kalau biasanya kalau panjang pun 3 perkataan je" kata aku dan terus masuk kembali

End Flashback

Aku tersenyum sendiri teringat peristiwa tu masa tu memang pertama kali Azmi cakap panjang dengan aku ,tiba-tiba Azmi masuk...

"Sayang kenapa senyum sendiri ni?" tanya nya dan duduk di sebelahku

"Teringat masa kita dulu-dulu ,abang ingat tak masa Siti terlanggar abang yang Siti lari daripada sekumpulan lelaki ni"

"Ingat! oh sayang tersenyum tu sebab ni lah!" aku angguk .Azmi mencuit hidung aku

"Sayang gembira dengan abang?" tanya Azmi

"Mestilah gembira abang!" Azmi senyum bahagia. Aku jatuhkan kepala di bahu Azmi sambil memeluk tangan nya.

Bersambung....

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now