Bab 16

49 3 0
                                    

Seminggu kemudian.....

"Sadakallahulazim...bagus Siti mengaji dengan lancar" kata aku

"Ye ke ummi?" tanya nya

"Ya nak" kata aku, kami berada di masjid aku mengajar Siti mengaji selepas solat zohor sambil memakai telekung

"Assalamualaikum..." kata Azmi padaku

"Waalaikumusalam... "

"Macam mana Siti mengaji hari ni?" tanya nya

"Dia dah mengaji dengan lancar sangat" kata aku sambil mencuit hidung Siti

"Terima kasih sebab layan karenah Siti dan ajar dia tentang islam kalau saya.. "

"Awak dah ajar dia separuh sekarang saya pula mengajar separuh lagi" dia senyum padaku

"Dah jom Siti!"

"Jom!! bye ummi!" kata Siti

"Bye!!" kata aku

*****

Sekarang aku ,Kak Najah dan Abang Hafiz berada di tempat latihan untuk berlatih vokal, aku memberikan nasihat untuk mereka untuk kongsi ilmu dan sambil duduk melihat mereka

"Assalamualaikum ummi!" kata Siti yang tiba-tiba datang padaku

"Waalaikumusalam..." jawab aku

"Assalamualaikum!!" kata Azmi pula

"Waalaikumusalam!!!" jawab kami semua

"Siti buat apa dekat sini?" tanya aku pada Siti

"Siti nak tengok abang-abang sholawat ummi..."

"Ummi boleh tak Siti baring dekat paha ummi" aku angguk, Siti pun baring kan kepalanya ke paha aku dan aku mengusap rambutnya

"Nanti buat betul-betul dekat Pulau Pinang nanti" kata Azmi pada mereka semua

"Baik lah ustaz!!" jawab mereka

"Eh akak lupa lah, nak buat air jap!" kata Kak Najah dan berlalu ke dapur

"Hahaha jadi pelupa dah isteri Abang" kata Abang Hafiz ,aku dan Azmi tertawa perlahan

"Abang biasa lah Kak Najah dah jadi isteri dan dah jadi seorang ibu kan" kata aku, Abang Hafiz angguk tanda setuju

Aku diam kembali...

"Kenapa Siti?" tanya Abang Hafiz ,aku tengok Siti rupanya lena dia tidur

"Lahh.. patut lah senyap rupanya tidur" kata aku

"Siti tidur ke?" tanya Azmi perlahan

"Ye... patut lah tak bergerak je" kata aku sambil tersenyum melihat Siti

"Kesian anak Abi..."

"Emmm sembang lah kamu berdua dulu biar abang yang latihkan mereka" kata Abang Hafiz aku hanya senyum

"Terima kasih Siti sebab jaga anak saya" kata Azmi lagi

"Tak apalah lagipun saya dah anggap Siti ni dah macam anak saya sendiri" kata aku sambil mengusap rambutnya
"Kalau saya bersama dengan Siti dah macam saya dengan Aisyah bermain bersama... setiap saya bersama dengan Siti teringat semua kenangan saya dan Aisyah dan saya nak tebus kesalahan saya pada Aisyah untuk jaga Siti... " kata aku muka Azmi menjadi sedih

"Walaupun saya dah kahwin nanti saya tetap akan jaga Siti..." kata aku lagi

"Awak akan berkahwin? ke awak dah ada seseorang dalam hati awak?" tanya Azmi ,aku tertawa perlahan

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now