Aku terbangun daripada tidur sebab aku mual, aku tengok jam pukul 3 pagi aku menekup mulut dan masuk ke dalam bilik air juga menutup pintu. Aku pun muntah.
"Jangan-jangan aku mengandung?" tiba-tiba pintu diketuk
"Sayang ok tak tu?" tanya nya dari luar .Aku membuka pintu.
"Siti dah ok! abang tak payah risau" kata aku muka Azmi sangat risau
"Abang alang-alang kita dah bangun kita solat!" kata aku, Azmi angguk.
*****
"Abang dah hantar Siti?" tanya aku pada Azmi baru sahaja masuk ke dalam rumah.Aku pun dah bersiap untuk pergi kerja.
"Dah... sayang betul ke nak kerja ni? kan tak sihat muka pun pucat"
"Tak apalah abang..." aku menekup mulut aku lagi dan pergi bilik air. Aku pun muntah lagi. Azmi sentiasa di sisi aku. Kami pun keluar dari bilik air.
"Sayang kita pergi klinik ok ,dengar cakap abang... " kata Azmi, tiba-tiba aku nampak semua gelap kepala aku kembali sakit
"Abang... " panggil aku lemah
"Sayang!?" aku pun rebah.
Azmi sempat menangkap Siti dari jatuh ke lantai
"Sayang!"kejut Azmi
"Sayang!" tiada sahutan
"Allah!" Azmi mengangkat Siti bawa masuk ke dalam kereta dan berlalu ke klinik
*****
Doktor memeriksa aku lagi, aku tersedar semasa doktor memeriksa aku dan ia memeriksa sekali lagi
"Ok dah Puan Siti!" kata doktor perempuan yang lebih berumur, aku pun bangun dan duduk di sebelah Azmi doktor pun duduk, Azmi memegang tangan ku erat.
"Macam mana keadaan isteri saya doktor ?" tanya Azmi
"Alhamdulillah awak akan bergelar ayah!" kata doktor itu dengan senyuman, Aku dan Azmi terkaku.
"Isteri encik mengandung 4 minggu!" kami terkejut seakan dunia berputar.Aku tak percaya aku akan jadi ummi muka Azmi sangat gembira
"Terima kasih doktor!" doktor itu pun hanya senyum
*****
"Sayang kena berehat sebab sekarang dah ada baby" kata Azmi yang duduk kan aku di katil sambil memegang perut aku, Azmi juga duduk di sebelah aku.
"Alhamdulillah abang" kata aku dengan gembira
"Abang suka?" tanya aku
"Mesti lah abang suka sebab abang dapat anak lagi!" kata Azmi dengan teruja
"Terima kasih sayang!" kata Azmi dan mencium tangan ku
"Terima kasih untuk apa?"
"Terima kasih sebab mengandung kan anak abang" aku hanya senyum
"Ni tanggungjawab Siti dan sebagai seorang ibu...." Azmi senyum padaku
"Sayang pergi berehat ye jangan lupa makan ubat yang doktor bagi untuk kurang kan muntah sayang" aku angguk
"Assalamualaikum!" katanya dan mencium dahi ku
"Waalaikumusalam... " aku menyalam tangan nya .Azmi pun berlalu pergi.
' Ya Allah terima kasih kau telah memberi rezeki pada aku dan Azmi' doa aku .Tak sangka seperti mimpi dalam rahim aku terdapat nyawa lagi. Alhamdulillah puji syukur aku padamu.
*****
"Assalamualaikum warahmatullah..."
"Assalamualaikum warahmatullah" selepas solat maghrib kami berzikir selepas itu kami berdoa.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...