Bab 8

60 1 0
                                    

Keesokannya...
Di lapangan terbang....

Sebelun menunggu kapal terbang tiba aku dan Kak Najah duduk sambil berborak

"Siti kamu dah telefon mak dan ayah kamu?" tanya Kak Najah

"Dah...cuma Kak Najah je tak tahu" Kak Najah hanya ketawa

"Siti akak nak tahu lelaki idaman Siti tu macam mana?" tanya nya lagi

"Mesti lah dia seorang yang soleh dan boleh bimbing Siti ke jalan Allah juga jadi imam Siti"

"Hehehe macam akak lah"

"Mesti lah Kak Najah perempuan mana je yang tak nak" kata aku

"Hahahaha!!!" kami terkejut ,aku pandang mereka

"Kak serius lah diaorang yang gelak?" tanya aku

"Memang diaorang lah perangai diaorang sebenarnya gila-gila" aku oh kan je

*****

"Alhamdulillah selamat sampai juga dekat Terengganu" kata aku

"Kan alhamdulillah!" kami mengikuti mereka semua menaiki kereta ada 4 buah kereta turun dari kapal terbang dah ada yang jemput

"Kita makan dulu!" kata ustazah Amira kami turun dari kereta untuk makan dahulu ,semua duduk satu meja tapi perempuan jauh dari lelaki ,kami semua memesan makanan

"Siapa yang pesan nasi goreng?" tanya Abang Hafiz pesanan yang sampai dahulu

"Saya!" kata Kak Najah

"Ouh ni awak punya" kata Abang Hafiz dengan malu-malu, Kak Najah pula tunduk

"Ehem!" aku berdehem

"Kalau dah suka cakap takut Kak Najah di ambil orang" kata aku

"Betul tu jangan lama-lama kata nak cari jodoh" kata Ustaz Hakim pula ,semua ketawa sama juga Azmi, errr kenapa pula Azmi

"Insya Allah saya akan meminang dan jumpa dengan orang tua Najah" kata Abang Hafiz mata aku membulat, pipi Kak Najah dah macam merah tomato aku tolak sedikit lengan nya

Aku pula yang berangan dan senyum-senyum....

"Kenapa Siti pula yang senyum-senyum?" kata dalam hati Azmi, eh aku pula yang senyum

*****

"Ni bilik untuk perempuan dekat sebelah bilik kita semua, sekarang kita rehat dulu sebab malam ni ada majlis" kata Ustaz Hakim

"Baik ustaz!" kata ustazah Amira ,kami pun masuk ke dalam bilik hotel

*****
Malamnya....

Kedatangan kami disambut dengan baik ramai orang yang datang Alhamdulillah.....

Aku dan Kak Najah naik ke pentas sama juga yang lain, tiba-tiba aku juga yang duduk di sebelah Azmi, kenapa tak ada orang lain ke?

Sholawat kami pun dimulakan sekarang Abang Hafiz dulu baru aku semasa aku nak bersholawat mikrofon aku tak berfungsi ,Azmi terus menyanyi menggantikan aku

Seterusnya.... kami nyanyi bersama-sama tapi aku sahaja yang tidak boleh masih membetulkan mikrofon ,tiba-tiba Azmi menghulur kan tangannya

"Sini mikrofon tu" aku menghulurkan padanya ,dia test dan masih tak boleh ,dia terus memberikan mikrofon digunakan dia untuk menyanyi pada aku, aku teruskan bersholawat bersama yang lain, Azmi hanya diam

Setelah lagu habis datang lah orang menggantikan mikrofon yang rosak itu

Alhamdulillah majlis pun dah selesai....sekarang aku dan Kak Najah ingin masuk ke kereta, aku lihat Azmi

"Kak Najah! teman Siti jap" kata aku

"Nak pergi mana?" tanya nya

"Jumpa Azmi" aku terus menarik tangan nya kalau tak banyak soalan yang dibagi, aku pergi padanya

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam... "dia menjawabnya

"Terima kasih Azmi!" kata aku dan terus pergi

"Tu je?" kata Kak Najah

"Tu je lah kak cuma nak ucap terima kasih je dekat dia"

"Yelah dah jom"

"Sama-sama..." aku tersenyum

*****

Keesokannya....

"Kita jalan-jalan kat mana ustazah?" tanya Kak Najah

"Ustazah pun tak tahu"

"Siti nampak cantik sangat lah!!" kata Kak Najah

"Mana ada lah kak...Siti biasa je" kata aku

"Betul lah tu Siti" kata ustazah pula

"Siti nampak muslimah sangat walaupun Siti hipters, ni dipanggil hijabsters" kata Kak Najah lagi

"Hahaha Siti memang suka gaya macam ni,tak nampak macam terlaluan sangat kan"

"Apa pula Siti kamu walaupun berfesyen tapi aurat kamu terjaga sangat" kata ustazah lagi

"Yelah terima kasih ustazah dan Kak Najah"

"Sama-sama!!"

"Dah jom mesti mereka dan tunggu dekat bawah" kami pun angguk dan turun ke bawah, tiba-tiba mereka pandang aku dengan pelik

"Ustazah diaorang pandang saya ke apa?" tanya aku

"mesti lah terpukau dengan kecantikan Siti" kata ustazah

"Betul tu" kata Kak Najah ,aku hanya diam dan gelengkan kepala

*****

Kereta pun berhenti di tepi jalan, ramai orang berniaga di tepi jalan...
aku terus menarik tangan Kak Najah untuk pergi membeli keropok lekor

"Mak cik bagi rm5 ye" kata aku

"Ok"

"Ni keropok lekor nya" kata mak cik itu

"Ni ya duitnya mak cik"

"Terima kasih ya nak"

"Sama-sama"

"Akak dah agak dah mesti je beli ni" kata Kak Najah

"Kak kalau kita datang sini kita kena beli keropok lekor sebab sedap sangat rugi lah kalau tak beli" kata aku

"Yelah macam budak-budak dah" aku ketawa aku pandang di sebelah, Azmi dekat situ aduhhh pasti dengar aku cakap apa

"Kak diaorang nampak tenang je kan" kata aku sambil berbisik

"Mesti lah diaorang semua dah banyak kali pergi" mata aku membulat

"Semua negeri diaorang dah pernah pergi" aku hanya oh je

"Hari ni hari terakhir esok dah nak balik"

"Betul tu..."

*****

Kami tiba di suatu tempat yang indah dan tenang

"Semua berkumpul kita nak ambil gambar bersama-sama" kata Ustaz Hakim

Kami pun berbaris untuk ambil gambar ,lagi pun hari ni hari terakhir di Terengganu

Bersambung.....

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now