5 minggu kemudian.....
Sekarang aku berada di pejabat beri markah tajwid kelas murid ku
"Kenapa lah dari tadi berdenyut je?" tanya aku sendiri sambil memicit kepala dari semalam sakit dia tak berhenti.
"Assalamualaikum!" tiba-tiba Kak Najah datang.
"Waalaikumusalam..." jawab aku pula
"Kenapa ni lemah je? tak sihat ke? "tanya Kak Najah padaku
"Tak tahu lah kak dari semalam kepala Siti asyik sakit je sampai sekarang"
"Lah... dah makan ubat ke belum?" tanya nya.
"Dah kak tapi tetap juga" kata aku lagi
"Dah lah kamu balik sana dan berehat!" kata Kak Najah
"Tapi kak... tak apa ke?"
"Tak apalah pergi je lah balik" aku pun akur sebelum pergi aku menyalam tangan Kak Najah
"Assalamualaikum!" kata aku
"Waalaikumusalam" jawab Kak Najah. Aku pun berlalu pergi meninggalkan nya.
Sampai di rumah...
Aku duduk di birai katil dan memegang telefon pintar ku, aku mesej Azmi
To: Assalamualaikum abang Siti dah balik dari madrasah sebab Siti tak berapa nak sihat Siti tak ambil anak kita sebab Siti tak larat sangat.
Aku pun terus jatuhkan kepala di bantal.
Aku terasa pipi ku disentuh...aku membuka mata
"Eh abang dah balik?" tanya aku dan terus duduk.
"Maaf ganggu tidur Sayang..."
"Tak apalah bang" kata aku dengan senyuman
"Abang balik sekejap je nak tengok sayang..."
"Abang kenapa berpeluh ni?" tanya aku sambil mengelap peluh di dahinya
"Abang terlampau risau dekat sayang tu lah abang cepat-cepat balik" aku terharu mendengar nya.
"Sayang sakit apa ni? pucat je muka" kata Azmi dengan risau.
"Cuma pening je dari semalam sampai sekarang tak hilang"
"Sayang dah makan tak?" aku angguk
"Jom pergi klinik!" ajak Azmi
"Tak apalah abang... nanti hilang lah abang pergi je madrasah ye"
"Betul ni?"
"Betul"
"Kalau macam tu sayang rehat ye abang nak pergi madrasah dulu" aku angguk dan Azmi mencium dahiku
"Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam" Azmi pun keluar dari bilik
*****
Azmi menghidangkan makanan di meja untuk makan malam.. Alhamdulillah sakit kepala aku dah berkurang.
"Abang terima kasih tolong Siti masak!" kata aku
"Sayang kan tak sihat sangat...abang panggil Siti dulu ye" aku angguk, Aku menyediakan lauk di piring masing-masing.Azmi pun datang bersama Siti dan dudukkan Siti di kerusi ,Azmi pun membaca doa makan.
Semasa makan, tiba-tiba aku ingin mengeluarkan segala isi perut...aku menekup mulutku
"Sayang ok?" tanya Azmi panik
"Ok" kata aku dan membuka kembali mulut aku
"Abang risau lah dengan sayang" aku kembali menekup mulut dan berlari masuk ke dalam bilik air .
"Sayang tunggu tau abi nak tengok ummi dulu" kata Azmi pada Siti ia terus pergi pada Siti
Aku mengeluarkan semua isi perut aku dan Azmi di belakang aku sambil mengusap belakang ku
"Sayang kenapa ni?" tanya nya dengan risau
"Mungkin tak sedap badan" kata aku
"Kita makan dulu takut nanti sayang tambah sakit kalau perut kosong" aku hanya akur, Azmi membawa aku ke meja makan
"Ummi ok?" tanya Siti
"Ummi ok sayang...." aku senyum padanya
*****
Keesokannya.....
Aku berjalan masuk ke kelas tiba-tiba sakit kepala ku datang lagi
"Assalamualaikum ustazah!!"
"Waalaikumusalam semua duduk!" kata aku
"Syukron ustazah!" tiba-tiba aku ingin pitam aku memegang meja sambil memegang kepala ku juga.
"Ustazah ok tak ni?" mereka semua datang padaku.
"Ustazah ok cuma tak berapa sihat je"
"Betul ni ustazah?"
"Betul....dah lah kita sambung belajar ok tak payah risaukan ustazah ye" mereka angguk dan duduk di kerusi semula
*****
"Baru berapa hari diaorang tak jumpa dah rindu!" kata Kak Najah, aku sekarang berada di rumah nya bawa Siti bermain dengan Farhan
"Tu lah kak... "
"Azmi ada bagitahu dengan akak yang Siti muntah-muntah dan kerap sakit kepala tapi kamu tak nak pergi klinik"
"Tak tahulah kak.... tak sedap badan kot" kata aku
"Apa pula tak sedap badan? dah tiga hari asyik tak sedap badan je" aku pun tak tahu nak cakap apa.
"Siti nak pergi toilet!" kata aku dan menekup mulut aku
"Kenapa Siti?" tanya Kak Najah, aku tak jawab dan terus berlari ke bilik air .Aku memuntahkan semua isi perut. Selepas tu aku pun keluar dari bilik air dan Kak Najah menunggu di luar.
"Siti ok?" tanya Kak Najah risau ,aku hanya angguk
"Mungkin Siti... Mengandung!" kata Kak Najah, aku terkejut dan mata aku pun membulat
"Tak mungkin lah kak... " kata aku dengan tak berapa yakin
"Pergilah periksa ataupun bila last datang bulan"
*****
Malamnya.....
Azmi menonton tv dan Siti pula dah tidur baik aku tengok kalendar
"Maknanya 5 minggu lepas lah aku tak datang bulan biasanya dah datang" kata aku dengan pelik
"Siti buat apa tu?" tanya Azmi yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik.
"Cuma tengok kalendar je" sambil tersenyum .Tiba-tiba mual aku datang lagi.
"Sayang ok?" tanya Azmi
"Ok cuma mual je"
"Dah malam ni kita tidur ye" aku angguk dan baring di katil ,azmi juga baring dia menghadap ku
"Sayang kita pergi klinik ye abang risau sebab sayang dah berapa hari tak sihat"
"Abang...Siti ok lah kalau Siti rasa nak pergi klinik Siti cakap"
"Are you sure?"
"Sure" lepas tu kami membaca doa sebelum tidur
"Selamat malam sayang..."
"Selamat malam abang" kata aku, Azmi pun mencium dahiku.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
عاطفيةSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...