Najah dan Hafiz pun datang melawat Siti di hospital ,mereka datang pada Azmi dan Siti.
Mereka sedih melihat Siti yang di katil dan dipakaikan oksigen.
"Assalamualaikum...." kata Hafiz yang berdiri di sebelah Azmi.
"Azmi! Kenapa Siti boleh macam ni Azmi!" kata Najah dengan geram.
"Astagfirullahalazim sayang... Salam mana? Tahan marah tu jangan ikutkan nafsu. " nasihat nya. Najah pun cuba untuk menahan amarah nya.
"Kak... Azmi minta maaf ni semua salah Azmi... Azmi sampai rumah je dah macam ni!" kata Azmi.
"Tak apalah Azmi benda dah jadi. Tapi abang dah cakap kan suruh jaga perasaan Siti jangan sampai macam ni dan jaga pergaulan kamu walaupun hanya kawan. " kata Hafiz.
"Akak sebenarnya kecewa sangat dengan kamu.Kamu tak sepatutnya macam tu dengan perempuan lain yang pertama mungkin Siti boleh sabar tapi yang kali kedua....tidak!" Azmi meraup wajahnya dengan wajah yang perasaan bersalah.
"Nasib Siti tak ada kat sini kalau dia ada mungkin dia sedih tengok ummi nya sekarang. Siapa Deeja? " kata Najah lagi.
"Dia kawan Azmi sebenarnya kak dari kecil lagi.Deeja tu juga isteri orang dia dah kahwin..."
"Lepas Siti sedar kamu kena jelaskan semuanya.." Azmi mengangguk lemah.
*****
Masa pun berlalu jam menunjukkan 9:00 malam.
Azmi pun tertidur di sebelah Siti kepalanya di letakkan di katilnya.Najah dan Hafiz dah lama pulang.
Tiba-tiba....
Aku membuka mata perlahan lahan melihat di sekeliling aku.Aku melihat sebelah aku iaitu Azmi yang tidurnya sangat lena.Aku cuba tidak bergerak agar dia tidak terjaga. Aku membuka oksigen aku.
Aku ingat apa yang terjadi.Itu sangat menyakitkan tapi aku tidak boleh macam ni dengan Azmi aku takut jadi isteri yang derhaka.
Aku melihat air kosong yang di meja sebelah katil ku. Aku cuba mengambil nya. Tapi....
"Alamak... " cawan aku ingin ambil jatuh dengan sangat kuat. Aku bangun dari baring ku.
"Sayang... Dah sedar! Kenapa sayang tak bangunkan abang kalau nak minum!" Azmi terjaga dengan bunyi cawan yang pecah.
"Siti tak nak bangunkan abang.Siti haus. " kata aku.
"Nanti abang belikan sayang air ye." katanya lalu mengutip kaca yang di lantai.
"Abang hati-hati tajam tu."
"Argh!" aku baru sahaja cakap tapi dah terkena.
"Ya Allah abang sini sayang tengok.Dah biarkan je dulu tangan abang berdarah tu." risau aku. Azmi tidak peduli dengan tangan nya yang berdarah tetap mengambil kaca pecah itu lalu membuangnya.
"Tangan abang berdarah ni! Cepat pergi nurse!" aku memegang tangan nya.Azmi tersenyum lebar. Aku memandang nya.
"Abang sayang tengah serius yang abang senyum ni kenapa?" tanya aku pelik.
"Sayang risaukan abang?" tanya nya.
"Tak pun!" kata aku selamba.Azmi hanya ketawa.
"Abang gelak pula?! Cepat pergi nurse sana kalau tak Siti tak nak kawan abang. " kata aku.
"Yelah abang pergi sekarang." Azmi akur ia pun keluar. Aku tersenyum.
Beberapa minit kemudian Azmi datang membawa seorang doktor perempuan dan memeriksa aku.
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...