Aku dan Aisyah masuk ke kelas... Ustazah pun tiba...
"Assalamualaikum murid-murid semua... " kata Ustazah
"Waalaikumusalam Ustazah... !!!" kata kami dengan serentak
"Sebelum kita mula kelas...Ustazah ada benda nak cakap"
"Benda apa Ustazah?" tanya salah satu murid
"Kumpulan sholawat yang kamu semua tahu lelaki kan... sekarang kita akan cari sholawat perempuan pula" kata Ustazah semuanya terkejut kecuali aku..
"Ustazah maknanya kita join dengan Azmi lah!"
"Ya... "
"Nak lah ikut tapi suara aku tak sedap..." kata murid itu lagi, semua satu kelas ketawa
"Ustazah yakin dalam kelas ni ada yang boleh!"
"Kalau yang boleh menyanyi yakin pada diri tunjukkan bakat kamu" kata Ustazah, kata Ustazah buat aku rasa semangat, semua tak ada yang bangun, aku bangun...semua terkejut yang berada dalam kelas..
"Siti kau boleh nyanyi?" tanya Aisyah yang disebelah aku ,aku hanya senyum
"Siti cuba kamu nyanyi di sebelah Ustazah.." kata Ustazah, jantung aku berdegup
"Saya nak cuba bakat saya.. kalau suara tak berapa merdu maafkan saya" kata aku semua senyap
Aku menyanyikan lagu nissa sabyan ya habibal qolbi sampai habis..semua bertepuk tangan
"Siti tak sangka suara kamu merdu..lepas habis kelas jumpa Ustazah ok"
"Baik ustazah" aku pergi duduk di sebelah Aisyah
"Tak sangka lah best friend aku ni boleh nyanyi,kenapa tak bagitahu?"
"Malu lah..." dia ketawa kecil
*****
Aku berada di bilik Ustazah di temani Aisyah
"Saya seorang je ke perempuan Ustazah?" tanya aku
"Ya tapi kamu mesti di teman dengan perempuan sebab semua lelaki kecuali kamu tapi Aisyah tak boleh ikut kamu dia mesti lah lebih dewasa iaitu Najah"
"Baik lah Ustazah... "
"Nah untuk kamu!" Ustazah menghulur satu beg plastik untuk aku
"Ni apa ustazah? "tanya Aisyah"Dalam tu ada dua helai jubah yang baru dan tudung baru ni untuk kumpulan sholawat, mereka dah tempahkan untuk wakil perempuan" kata ustazah
"Saya perlu bayar ke?"tanya aku
"Tak Siti.. semua percuma" aku angguk
"Pukul 3 nanti pergi dewan ya..Uztazah tunggu dekat sana nak kenalkan kamu dengan yang lain"
"Ok ustazah!" kata aku
"Kami minta diri dulu, Assalamualaikum!" kata kami serentak
*****
"Apa?!!" kata Kak Najah
"Ya kak sekarang siti jadi penyanyi sholawat perempuan dekat sini.. "
"Wah.. Tahniah Siti!" kata Kak Nurul
"Terima kasih" kata aku
"Sama-sama"
"Nanti Siti nak jumpa diaorang Aisyah tak boleh teman jadi Kak Najah yang temankan Siti bila ada sholawat nanti" kata Aisyah, Kak Najah angguk
"Mesti penuh jadual Kak Najah ni" Kak Najah ketawa kecil
"Kejap ya Siti nak telefon mak dulu nak minta izin" mereka angguk, aku mengeluarkan telefon pintar dari beg, aku pergi ke luar bilik
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...