Sebulan kemudian.....
Alhamdulillah Kak Nurul sekarang bergelar isteri kepada Abang Ahmad tapi diaorang tak bersanding cuma menikah sebab ni permintaan Kak Nurul .Esok pula mereka berbulan madu ,aku dan Kak Najah tinggal di hotel dah tiga hari dekat sini.
"Terima kasih sangat Siti Dan Najah!"
"Tak apalah kak kitorang nak kena ada juga hari bersejarah akak" kata aku
"Selamat pengantin baru lah ye!" kata Kak Najah
"Terima kasih Najah..." Kak Najah hanya tersenyum
"Habis lah kau Nurul!" kata Kak Najah lagi sambil ketawa ,Kak Nurul mencubit lengan Kak Najah
"Hahahaha" gelak aku
"Abang Ahmad!" panggil aku, mereka datang pada kami
"Kenapa Siti?" tanya nya
"Jaga Kak Nurul tau jangan buat Kak Nurul sakit kalau tak... tahu lah Siti nak buat apa!" kata aku dengan tegas ,mereka semua ketawa
"Nurul...!Ahmad...! jom!" panggil mama Kak Nurul
"Akak kena pergi ni jaga diri korang!" kata Kak Nurul sambil memeluk aku dan Kak Najah kami membalasnya
"Sayang korang!" kata Kak Najah lagi ,Abang Ahmad berpelukan dengan Azmi dan Abang Hafiz
"Kami minta diri dulu...Assalamualaikum!!" kata mereka serentak tinggal 4 orang
"Jap mana Siti dengan Farhan!" kata aku risau, mereka memandang sekeliling
"Siti! Farhan!" jerit aku
"Ye ummi!" Siti datang pada aku sambil berlari
"Farhan pergi mana ni?!" tanya Kak Najah pada anaknya pula
"Farhan main dengan Siti ibu!"
"Farhan....Siti... jangan main jauh-jauh tau kamu berdua kalau nak pergi main kena cakap dulu tau nanti kalau orang ambil macam mana?" kata aku pada mereka .Mereka angguk.
"Baik ummi!" katanya aku senyum padanya
*****
Di dalam kereta....
Kami menaiki kereta Abang Hafiz sebab bilik hotel dekat sebelah je."Tak kan lah esok nak balik?" tanya Kak Najah
"Habis tu kak?" tanya aku pula
"Macam mana kita jalan-jalan?" tanya Abang Hafiz
"Tu lah alang-alang kita dekat penang!"
"Ok kita jalan-jalan esok mesti diaorang ni suka!"
"Yeah!!" kata Siti dan Farhan dengan seronok
"Betul ke kita nak jalan-jalan abang?" tanya aku pada Azmi. Azmi pun mengangguk.
"Terima kasih abang!" kata aku
"Sama-sama sayang... "
"Tak pernah tak sweet kamu berdua ni!" kata Kak Najah sambil tersenyum .Aku dan Azmi tertawa
*****
Malamnya.....
Aku hanya bersama Siti, Siti pula baru sahaja tidur Azmi keluar sekejap bersama Abang Hafiz.Kak Najah pun dan tidur dekat bilik dia tadi ada di bilik aku, kami berbual.
Aku bermain telefon pintarku dan melihat instagram milik suamiku, aku tengok semua ada gambar aku dan Siti bila aku baca komen
"Astaghfirullah!" terkejut aku sambil istighfar ,macam-macam komen diaorang buat fitnah dan keji suami aku dari dulu tak pernah nak insaf asyik dengki je. Dulu Azmi pernah nak give up tapi kami sentiasa menyokong dia nasib baik Azmi seorang yang penyabar dia hanya buat tak endah.
'Kenapa lah Siti tu boleh jatuh cinta dekat kau yang duda ni? pakai apa entah 😒' aku membaca salah satu komen dan aku mengusap dadaku
"Ya Allah sampai macam ni sekali!" aku pun pernah sama macam Azmi tapi aku buat tak tahu biar lah diaorang nak cakap apa ,sebab mulut lah banyak orang masuk ke neraka.Tanpa aku sedar air mata aku jatuh.
"Assalamualaikum...." kata Azmi dengan perlahan yang baru sahaja datang dan duduk di sebelahku
"Waalaikumusalam" jawab aku dan terus tutup telefon.Aku terus mengelap air mata.
"Sayang kenapa? sayang menangis?" tanya Azmi dengan risau.Aku memeluknya dan kepalaku di dadanya.
"Macam mana abang boleh bertahan?"
"Bertahan apa?" tanya nya lagi
"Siti tengok komen dekat instagram abang!"
"Oh tu....biar lah mereka nak cakap apa pasal abang atau kita" kata Azmi.Kami meleraikan pelukan.
"You're strong!" Kata aku dengan tersenyum
"I know that..." Kata Azmi pula sambil tersenyum
"Dah jom kita tidur dah malam ni tengok Siti lena tidur " kata Azmi, aku angguk.
"Baik abang" aku pun baring,Azmi menyelimut kan aku.
"Selamat malam..." katanya dan mencium dahi ku
"Selamat malam juga,I love you!"
"I love you to" balasnya dan mengucup bibirku .Aku tersentap.
"It's not first time!" Kata Azmi sambil tertawa aku juga ketawa
*****
Keesokannya.....
Selepas kami membeli-belah dan jalan-jalan kami singgah di tasik, Kak Najah dan Abang Hafiz juga anaknya Farhan pergi membeli makanan hanya aku, Azmi dan Siti.
"Best kan Siti?" tanya aku pada Siti sambil kami berjalan melihat pemandangan tasik
"Best sangat ummi boleh tengok ikan!" kata Siti yang berada di dukungan Azmi,aku ketawa.
"Anak abi tengok ikan ada ke?" tanya Azmi pula sambil tu sebelah tangan nya memegang tangan ku
"Ada lah abi!" kami ketawa
"Sayang....
"Ye abang"
"Kalau lah abang boleh putar balik masa" katanya dengan nada yang sedih
"Kenapa?" tanya ku
"Mesti kita dah ada anak 10!" katanya sambil ketawa besar
"Amboi banyak nya!" kata aku dan ikut ketawa.
"Takdir abang..." Azmi memandang ku dan memegang tangan ku erat
Tiba-tiba Kak Najah pun datang
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumuasalam!" jawab aku dan Azmi
"Ni makanan nya jom kita makan!" kata Kak Najah kami pun duduk di meja bulatan
Selepas makan...
"Ummi Abi... Siti nak main dengan Farhan"
"Boleh sayang" kata Azmi
"Boleh tapi jangan main jauh-jauh" kata aku ,dia hanya angguk
"Dengar tu kata Cik Siti kalau nak main. Jangan jauh ye main dekat sini je" Farhan juga mengangguk ,mereka pun bermain.
"Esok dah nak balik kan!"
"Tu lah..." kata aku pula
"Tak payah sedih sangat nanti kita bercuti lah lagi" kata Abang Hafiz
"Kalau ada masa kita pergi sama-sama lagi" kata Azmi
"Ajak Kak Nurul sekali!"
"Betul tu!"
Bersambung.....
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...