Bab 13

58 3 0
                                    

Hari ini aku akan pergi ke madrasah semula, Ya Allah kau kuatkan lah hati aku, sebelum tu aku buka almari pakaian ku, aku lihat baju kumpulan kami, terdetik teringat semua kenangan dan aku mengambil kotak kecil yang dalamnya banyak dengan polaroid gambar aku dengan mereka semua

"Siti!!" panggil mak aku, aku menyimpan semula kotak itu di dalam almari, aku keluar dengan membawa beg

"Ya mak!"

"Lambatnya kamu dalam bilik nanti lambat sampai" kata ayah aku pula

"Yelah Siti nak pergi ni" aku menyalam mereka berdua dan peluknya

"Hati-hati ya dan jaga diri kamu" kata mak aku

"Ok, Siti pergi dulu Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam!!" jawab mereka,aku berlalu masuk ke dalam kereta dan memandu sendiri ke madrasah

*****

Setibanya aku di depan madrasah...
Terdetik memori aku masa di sini dahulu

Aku buka tingkap kereta

"Assalamualaikum pak cik boleh saya masuk..." kata aku

"Waalaikumusalam kamu siapa ya?" tanya pak cik itu yang merupakan security di madrasah

"Saya ustazah dekat sini, saya orang baru pak cik nama saya Siti"

"Oh.....kalau macam tu pak cik buka kan pagar ya"

"Terima kasih pak cik..." kata aku

"Sama-sama" pak cik itu senyum padaku ,pagar pun dibuka ,aku masuk ke perkarangan madrasah dan memarking kereta ,ramai murid yang memandang dan ustazah yang lalu

Aku masuk ke dalam pejabat, ada orang lalu

"Assalamualaikum" kata aku

"Waalaikumusalam, ya boleh saya bantu?"

"Dekat mana tempat ustazah Farhana?" tanya aku

"Tu biliknya" dia menunjukkan pada aku

"Terima kasih"

"Sama-sama" katanya dengan senyuman ,aku terus pergi pada bilik itu dan mengetuknya

"Masuk!!" laungnya,aku pun masuk

"Assalamualaikum" kata aku

"Waalaikumusalam,ya ada apa?" tanya nya

"Ustazah tak kenal saya ke?" tanya aku

"Siapa?" ustazah bingung dan memandangku

"Ustazah saya Siti lah!" kata aku ,ustazah terus bangun

"Ya Allah Siti!!" ustazah terus memeluk ku erat aku juga membalasnya

"Ustazah apa khabar? sihat?" tanya aku lagi

"Sihat Alhamdulillah...kamu?"

"Alhamdulillah sihat"

"Kamu dah banyak berubah tambah cantik ustazah pun tak kenal" kata ustazah

"Ada-ada je lah ustazah tapi terima kasih" kata aku

"Sama-sama silakan duduk Siti" aku pun duduk

"Kamu boleh mula mengajar hari esok ,minggu depan pergi khusus ya" aku angguk

"Ingat apa yang pernah ustazah ajar" kata ustazah Farhana

"Insya Allah ustazah saya ingat"

"Dan nanti ada yang bimbing"

"Siapa ustazah?" tanya aku, tiba-tiba pintu diketuk

"Masuk!!" dia masuk ke dalam

"Assalamualaikum ustazah..." aku ingat suara ni tapi aku tetap pandang depan

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now