Bab 36

60 2 0
                                    

Aku ingin mengambil penyapu tapi sayang ditahan oleh Azmi.

"Sayang nak buat apa ni?" tanya Azmi padaku dengan wajah yang pelik.

"Siti nak menyapu lah abang." kata aku pula.

"Tak boleh." kata Azmi.Dia memegang aku erat dan membawa aku duduk di sofa.

"Sayang tak boleh buat kerja berat-berat." aku senyum padanya.Azmi sangat ambil berat padaku dan sentiasa menjaga aku.

"Baik lah abang!" akur pun aku. Air mata aku jatuh tapi aku terus mengelap nya supaya Azmi tidak mengetahuinya.

"Sayang kenapa menangis?" tanya Azmi risau yang ternampak air mata mataku jatuh.

"Siti tak sangka abang,macam mimpi je Siti jadi isteri abang sekarang ni." kata aku dengan sedih.Azmi memegang tangan aku.

"Sayang kalau jodoh tu tak kemana!" kata Azmi sambil tersenyum padaku.

"Tapi abang bukan Siti seorang yang nak abang jadi imam Siti tapi ramai lagi! Siti tak sangka yang Allah dengar doa Siti selama ni!" air mataku jatuh sekali lagi. Azmi mengelap air mata aku yang mengalir di pipi sambil tersenyum.

"Yang abang nak dari dulu hanya Siti yang akan jadi makmum abang selamanya!" aku terharu dan terus memeluk nya erat.

"Siti cintakan abang!" kata aku.

"Abang pun cintakan sayang juga!" kata Azmi.

"Ouch!" kata aku.Kami meleraikan pelukan.

"Kenapa?" tanya Azmi panik.Aku ketawa.

"Lupa pula kan dah ada baby!" kata aku sambil memegang perut ku. Azmi ketawa dan memegang perutku.

"Maafkan abi sayang!" kata Azmi sambil mengusap perutku.

"Mana anak dara kita ni? Tak nak balik dah!" tanya aku pada Azmi.

"Dia masih main dengan Farhan tu." kata Azmi dengan lemah lembut.Aku hanya mengangguk kan kepala.

*****

Alhamdulillah alahan aku semakin berkurang dan dah tak sedar kandungan aku dah nak masuk 2 bulan.Hari ni aku akan mengajar semula walaupun Azmi tak bagi tapi aku nak juga mengajar Azmi pula akur dengan aku.

Aku berjalan untuk masuk ke dalam kelas aku. Sampai saja di kelas murid-murid memandang ku sambil tersenyum.

"Bangun!!" kata Hidayah, ketua kelas.Murid lain bangun dari duduk.

"Assalamualaikum ustazah!"

"Assalamualaikum ustazah!!" yang lain juga turut ikut.

"Waalaikumusalam! Baik semua sila duduk!" kata aku sambil tersenyum.Rindu sangat nak mengajar. Mereka pun duduk semula di kerusi.

"Tahniah ustazah!" kata dua orang murid ku serentak yang lain pula hanya senyum.

"Tahniah untuk apa?" tanya aku pelik pada mereka.

"Ustazah kan mengandung! Mesti anak ustazah comel!" katanya dengan nada yang gembira.

"Memang lah ummi dia cantik abi dia pun hensem!" kata murid ku yang lain pula. Aku tersenyum dengan kata-kata murid ku.

"Terima kasih!" kata aku pada mereka.

"Tapi kamu semua tahu dari mana?" tanya aku pelik.Yelah macam mana mereka tahu tak kan dah tersebar? Tapi tersebar pun siapa bagitahu? soalan yang bermain di fikiran aku.

"Semua orang tahu ustazah." kata Hidayah pula.Aku terkejut.

"Ok lah kita sambung belajar, hari ni kita belajar tajwid!" kata aku. Mereka semua mengeluarkan buku masing-masing dan letak di atas meja.

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now