2 hari kemudian.....
Selepas aku mengajar, aku ingin balik dan datang semula untuk mengajar sebab sekarang masa berehat, rumah aku pun dekat je dengan sebelah madrasah, jalan kaki je
"Assalamualaikum ustazah...." kata murid perempuan yang lalu di sebelah ku
"Waalaikumusalam" jawab aku sambil senyum
"Assalamualaikum ustazah!!" aku terkejut aku pandang siapa yang bagi salam pada aku, aku pandang dari blok lelaki, rupa-tupanya murid lelaki
"Waalaikumusalam!" jawab aku lagi dan dia pun berlalu pergiTiba-tiba aku ternampak Azmi berjalan bersama budak perempuan dan masih kecil lagi ,siapa budak perempuan tu? Aku telefon Kak Najah
Tut...tut...tut
"Assalamualaikum..." katanya
"Waalaikumusalam, Kak Najah ada kat mana?" tanya aku
"Kak Najah ada dekat kantin ni baru je siap makan"
"Oh.... Siti nak jumpa dengan akak boleh? sekarang"
"Sekarang? boleh je, jumpa dekat mana?" tanya Kak Najah
"Jumpa dekat pondok selalu kita duduk dulu"
"Oh... ok!..Assalamualaikum!" kata Kak Najah
"Waalaikumusalam... "
*****
"Assalamualaikum Siti! maaf akak lambat... " kata Kak Najah dan duduk di sebelah aku
"Waalaikumusalam... tak apa lah kak"
"Siti ada apa nak jumpa akak?" tanya Kak Najah
"Siti nak tanya?"
"Tanya je lah... "
"Siapa budak perempuan dengan Azmi? sebab tadi baru je Siti nampak" kata aku
"Kamu tak tahu?" aku geleng kepala
"Tu anak Azmi dengan Aisyah" aku hanya senyum
"Alhamdulillah diaorang dah anak... dah lah comel muka macam Aisyah" kata aku
"Kenapa kamu tak datang masih pernikahan akak dengan Aisyah dulu"
"Maafkan Siti akak mesti akak faham kan... "
"Masalahnya kamu tukar nombor ,instagram pun diaorang semua tak tahu tapi akak tahu instagram kamu dan akak bagitahu nama instagram Siti dekat mereka, akak suruh mereka jangan follow kamu cukup cuma tengok kamu" muka aku menjadi sedih
"Tapi akak faham..." katanya lagi
"Terima kasih Kak Najah sebab faham Siti!" kata aku
"Tak ada apalah"
"Mesti Azmi dan Aisyah bahagia kan? sebab diaorang dah ada anak"
"Siti tak tahu ke?!" tanya Kak Najah dengan terkejut
"Tahu apa kak?" tanya aku lagi
"Aisyah dia dah meninggal..." aku terkejut dan mengalirkan air mata
"Dia meninggal lepas lahirkan anak dia!" aku tetap menangis
"Kenapa kak?" tanya aku
"Aisyah dia ada ketumbuhan dalam kandungan dia salah satu dari mereka tak kan selamat kalau Aisyah gugur kan kandungan dia mungkin dia selamat tapi Aisyah tak nak dia nak anak dia lahir juga" air mata aku mengalir dengan deras
"Sebelum dia pergi dia cakap dengan akak lepastu Azmi pula masuk, Azmi keluar dari wad terus cakap yang Aisyah dah tak ada, dia cakap... mana Siti? dia cakap dia akan berasa bersalah dengan kamu sebab dia dah rampas kebahagiaan kamu"
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...