Akhirnya sampai di madrasah,aku turun dari van...
"Kak sekarang dah pukul berapa?" tanya aku
"Pukul 1:05" kata Kak Najah
"Lama juga jom lah kak masuk bilik diaorang pun semua dah nak masuk bilik diaorang" Kak Najah angguk
"Abang Ahmad saya dengan Kak Najah pergi dulu ya"
"Ok, hati-hati" aku senyum, aku dah Kak Najah pun masuk ke dalam bilik
AZMI POV
Sampai di bilik....
"Lepas diaorang mandi semua dah tidur,kenapa aku tak boleh tidur? duduk luar je lah" kata dalam hati aku ,aku duduk di kerusi luar bilik
"Kenapa aku ingat dia, petunjuk apa ini Ya Allah..!" kata aku
"Kalau jodoh tak kemana lah" aku terkejut, rupa-rupanya Abang Hafiz
"Apa pula abang ni" kata aku
"Kita datang ke madrasah ni dalam niat nak belajar kan ,niat semua orang semua nak belajar agama dan nak dapatkan syafaat Rasulullah SAW tapi bila berjumpa dengan seseorang walaupun kita ada perasaan dengan dia tetap tak kan ubah hati kamu!"
"Tapi abang macam mana? Azmi nak belajar je, Azmi tak tahu kenapa dengan hati Azmi pertama kali nampak Siti" kata aku
"Azmi suka Siti?" tanya Abang Hafiz
"Azmi pun keliru walau ada perasaan Azmi pendam dan utamakan agama" kata aku
"Lagipun dia tadi nampak lain cantik sangat dengan baik hati tolong atuk yang dalam kesusahan"
"Ehem!" Abang Hafiz berdehem, aku terus tersedar dan istighfar
"Sedar pun..dia memang baik dan cantik untung siapa dapat dia" aku hanya diam
"Dah lah jom tidur" aku angguk dan masuk ke dalam bilik semula
Tiba-tiba aku terbangun aku tengok jam di sebelah pukul 3:10 ,alang-alang solat tahajud lah dan mengambil wuduk
Selesai solat...
Assalamualaikum warahmatullah
"Kenapa dengan aku, Ya Allah?"
END POV
Aku tiba-tiba terbangun,aku tengok jam pukul 3:10, aku dah terbangun baik solat tahajud
Aku mengambil wuduk dan memakai telekung
Selepas solat...
Assalamualaikum warahmatullah
"Kenapa dengan aku, Ya Allah?"
*****
"Lambat lagi ke?" tanya Aisyah
"Kejap lah akak belum siap" kata Kak Najah
"Kau ni cuba sabar" kata aku
"Aku lapar" katanya
"Korang semua pergi lah dulu" kata Kak Najah
"Betul ni?" tanya Kak Nurul pula
"Betul kesian Aisyah...."
"Ok kalau macam tu kitorang pergi dulu!" kata Aisyah
"Aku nak teman Kak Najah jap"
"Ok!" mereka pun berlalu pergi
"Kak Najah..."
"Ye kenapa Siti?"
"Siti keliru lah?" tanya aku
"Apa yang keliru?"
"Azmi tu dia memang macam tu ke? sekejap ok sekejap tak walaupun dia tak suka rapat dengan perempuan sekurang kurangnya boleh lah anggap ni Siti ahli kumpulan dia juga,yang lain ok walaupun diaorang tak suka ada perempuan"
"Oh... tu ke? Azmi tu memang macam tu dia mula-mula tak layan kamu nanti kalau dah rasa selesa dia akan bercakap dengan kamu juga ,akak rasa Azmi tu ok je dengan kamu sebab dia masih cakap dengan kamu"
"Emmm ok Siti pun diam je lah bukan apa Siti rasa tak selesa kalau ada yang tak suka Siti"
"Siti tak payahlah risau ok,akak dah siap...jom pergi makan! " kami ketawa dengan perangai Kak Najah seperti buat gaya budak di ayat akhir sekali
Kami pun sampai di kantin...
"Lambatnya borak apa je?" tanya Aisyah
"Biasa lah Kak Najah" kata aku
"Maaf Kak Najah lambat pula"
"Ni dah makan dulu nanti sejuk pula" kata Kak Nurul pula
"Siapa yang belikan?" tanya aku
"Akak lah...tak apa akak belanja?"
"Betul ke ni Nurul? "
"Betul lah Najah! "
"Terima kasih!! "kata aku dan Kak Najah serentak
"Aku sebenarnya rindu kau Siti walaupun sehari tak jumpa"
"Hahaha ye aku pun rindu dengan perangai kau tu" dia hanya hehehe
"Kenapa lambat sangat Najah?" tanya Kak Nurul
"Mesti borak pasal Azmi?" kata Aisyah ,aku dan Kak Najah berpandangan
"Mana adalah borak kosong je" kata aku
"Ingat aku tak tahu ke? kau kan suka Azmi" aku terus tersedak ketika minum
"Kamu ok Siti?" tanya Kak Najah sambil menepuk belakang ku perlahan
"Maaf Siti aku tak berniat nak cakap macam tu"
"Eh tak apa" aku terus kan makan
Di dalam kelas....
"Sadakallah ulazim...!!!"
"Alhamdulillah semua dah hafal" kata Ustazah Farhana
Tiba-tiba pintu diketuk
"Assalamualaikum Farhana boleh saya jumpa dengan Siti kejap?"
"Boleh" aku terus keluar dari kelas
"Siti kamu kena kemas-kemas"
"Kenapa ustazah?" tanya aku
"Esok kamu kena pergi terengganu sebab ada majlis dekat sana nanti kamu jumpa dengan mereka semua nak bincang sesuatu lepas asar, ustazah dah bagi tahu Najah"
"Oh... baik ustazah!" kata aku
"Kamu ada pasport kan?" tanya ustazah Farhana
"Ada ustazah"
"Baik lah kalau macam tu ustazah pergi dulu, Assalamualaikum"
"Waalaikumusalam" dalam hati "nasib bawa pasport" aku masuk ke dalam kelas
*****
"Assalamualaikum...Siti lama ke tunggu akak?" tanya Kak Najah yang baru sahaja datang
"Waalaikumusalam... Tak lah kak baru je, jom lah kita pergi" kami terus pergi tempat kumpulan kami ,kami pun sampai nampaknya mereka dah berkumpul
"Assalamualaikum!!" kata kami serentak
"Waalaikumusalam!!!" kami pun duduk
"Siti esok pukul 9 kita dah nak naik kapal terbang ,siap-siap packing ya" kata Abang Hafiz ,aku angguk
"Ni ada 4 helai jubah dan baju kurung kumpulan baju Siti baru saja siap" dia menghulurkan baju itu aku ambil
"Terima kasih!" kata aku
"Najah awak pun ada" Kak Najah terkejut
"Saya pun ada?" tanya Kak Najah
"Ye awak pun ada"
"kita dekat sana 2 hari 2 malam tau" kata Abang Ahmad pula
"Ok"
Bersambung.....
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...