Seminggu kemudian....
Alhamdulillah aku semakin sihat dan membaik ni semua berkat mak dan ayah ku yang menjaga aku semasa sakit tapi..."Mak nak balik ni...kamu jaga diri dekat sini dan jaga kesihatan kamu ye nak" kata mak aku, kami berada di luar rumah ku ada Kak Najah juga
Azmi"Betul tu kamu kena hati-hati lagi ye" kata ayah aku pula, aku angguk
"Mak dan Ayah jaga diri dekat sana dan hati-hati semasa memandu"
"Ye nak" kata mak ku
"Sebelum tu mak cik nak cakap sikit dengan Azmi, boleh?"
"Boleh mak cik" kata Azmi
"Jap mak dan ayah nak cakap dengan Azmi" aku angguk, mak dan ayah ku pergi jauh sikit dari aku agar aku tidak dengar
"Ada apa?" tanya Kak Najah
"Tak tahu" aku pun pelik dan kebingungan
"Mak cik tahu Azmi sayang kan Siti kan tapi kenapa Azmi lama sangat nak melamar Siti ,lagipun tak elok lama-lama"
"Maafkan Azmi mak cik tapi secepat mungkin saya akan melamar Siti dengan izin mak cik dan pak cik" kata Azmi
"Mak cik dan Pak cik izinkan sebab mak cik pun tahu Siti masih ada perasaan yang sama dengan kamu tapi dia pendam"
"Terima kasih pak cik dan mak cik!" muka Azmi sangat gembira
"Kamu tengok kan anak pak cik ye"
Azmi angguk"Mak cik dan pak cik minta diri dulu, kirim salam pada abah dan bonda kamu"
"Baik mak cik!" Azmi pun menyalam pada orang tua Siti
"Mak dan ayah balik dulu Siti" mak dan ayah ku pun datang dekat aku dan Kak Najah .Aku pun salam pada kedua orang tuaku dan Kak Najah juga menyalam mereka.
"Hati-hati ye mak ayah" kata Kak Najah, Kak Najah seperti kakak kandung aku sendiri mak dan ayah aku yang suruh memanggil mereka begitu sebab Kak Najah yang selalu menjaga aku di sini
"Assalamualaikum!" kata mak dan Ayahku
"Waalaikumusalam... " jawab kami semua, mak dan ayah masuk ke dalam perut kereta dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah ku
"Azmi mak ayah saya cakap apa dengan awak?" tanya aku"Tak ada apa-apa, saya minta diri dulu Assalamualaikum!" kata Azmi dengan senyuman
"Waalaikumusalam!!" jawab aku dan Kak Najah
"Macam ada benda yang sembunyikan je" kata aku dengan pelik
"Tak ada apalah jom masuk dalam" kata Kak Najah .Aku angguk dan kami masuk ke dalam, Kak Najah akan tengok kan aku lepastu baru balik dengan izin suami .Aku sudah suruh Kak Najah untuk tidak menyusahkan diri tapi tidak apa-apa katanya
*****
Alhamdulillah sekarang aku dah boleh mengajar seperti semula .Aku pun berjalan ke kelas dan aku pun masuk ke dalam kelas
"Assalamualaikum!" kata aku
"Waalaikumusalam!! semua duduk " kata murid-murid ku ,mereka akur dan duduk
"Yeah ustazah dah boleh mengajar lagi! ustazah dah sihat?" kata salah satu murid aku
"Alhamdulillah ustazah sihat"
"Ustazah tak ada bosan lah sebab ustazah lah yang paling bagus mengajar" kata yang lain pula ,aku ketawa perlahan
"Ustazah yang lain pun lebih bagus dari ustazah" kata aku
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...