Bab 24

34 1 0
                                    

"Ya Allah Siti! nasib baik ada Azmi!" kata Kak Najah dengan risau

"Tu lah kak" kata aku

"Akak terkejut lah tadi pagi terserempak dengan Azmi lepastu dia cerita pasal malam tadi" kata Kak Najah yang berada di ruang tamu rumahku

"Alhamdulillah Siti ok kak"

"Alhamdulillah...kamu tengok tak dekat instagram Azmi?" tanya Kak Najah

"Tak pula kak"

"Azmi kan post gambar kamu berdua yang berdiri jauh-jauh tu masa pertunangan kamu" mata aku membulat

"Betul ke kak?" tanya aku pula

"Ya dengan caption 'tunang' semua perempuan patah hati tapi ada yang doakan hubungan kamu berdua mana taknya mereka doakan kamu dengan Azmi dari dulu lagi nak tengok ada jodoh sekarang dah termakbul" katanya

"Alhamdulillah kalau dah jodoh tak kemana kak... tapi kalau Siti cuma post dekat story hantar gambar cincin je sambil tu tulis 'bertunang' semua reply Siti bertunang dengan Azmi" kata aku lagi sambil ketawa perlahan

"Kalau jodoh kan... video cover berduet korang yang romantik tu dah viral ,cepat je"

"Alhamdulillah kak... dah lah jom pergi madrasah nanti lambat pula"

"Ye lah jom!" kami pun berlalu ke madrasah

******

"Beratnya buku ni..." rungut aku sambil memegang 21 buah buku dari murid kelas ku, aku suka bawa balik periksa dekat rumah takut nanti tertangguh pula ni pun jalan kaki dekat je buat apa naik kereta

"Aduh!" aku terlanggar orang sampai semua buku jatuh ke jalan. Aku pandang siapa orang yang aku langgar

"Siti awak tak apa-apa?" tanya Azmi

"Saya tak apa-apa...Awak? "

"Saya ok je maafkan saya Siti saya yang tak nampak" katanya dengan rasa bersalah

"Bukan salah awak pun" kata aku dan terus mengutip buku-buku yang terjatuh itu, Azmi juga turut mengutip

"Biar saya tolong awak" kata Azmi

"Eh tak apa biar saya" kata aku dia tetap mengutip buku-buku yang jatuh. Semasa tengah mengutip aku dan Azmi terpegang buku yang sama ,aku dan Azmi berpandangan lama kami tersedar dan terus mengucap

"Astaghfirullahalazim!" kata aku dan Azmi, nasib tak bersentuhan .Aku dan Azmi sama-sama memegang buku.

"Maafkan saya" aku hanya boleh tunduk dan malu

"Siti.... " panggil nya

"Ye Azmi" jawab aku

"Biar saya tolong awak bawa buku ni sampai rumah"

"Tak kan susahkan awak ke? " tanya aku

"Eh tak lah apa yang susah, awak kan tunang saya" aku tersenyum kami berjalan bersama dengan jarak jauh

"Siti saya nak tanya boleh tak?" tanya Azmi sambil kami berjalan

"Boleh!"

"Kenapa awak boleh jatuh cinta dekat saya?" soalan dia terus membuat aku terkejut

"Saya jatuh cinta dekat awak pertama kali saya dengar awak azan dan suara awak yang merdu ,kalau awak pula? "

"Saya jatuh cinta masa saya pertama kali awak pandang saya dengan suara awak juga" katanya

"Saya pandang awak? bila masa?" tanya aku lagi dan aku masih tertanya-tanya di dalam hati

"Awak tak ingat ke? Masa awak keluar dari masjid dan awak tengah cari selipar awak sempat lagi pandang saya" aku teringat lagi masa lalu aku bila terkenang lagi buat malu je

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now