Seminggu kemudian....
Aku dan Kak Najah berjalan kaki ke kedai yang tidak berapa jauh dari madrasah untuk membeli barang dapur...tiba-tiba,
"Assalamualaikum!" kata Azmi yang muncul di hadapan kami
"Waalaikumusalam!!" jawab aku dan Kak Najah
"Akak dengan Siti nak pergi kedai ke?" tanya Azmi
"Ya akak dan Siti nak beli barang dapur "
"Oh... sebelum tu maaf boleh tak saya nak cakap dengan awak Siti?" aku angguk
"Errr akak jauh sikit"
"Terima kasih kak" kata Azmi, Kak Najah hanya senyum
"Alang-alang terjumpa awak dekat sini, saya nak cakap terima kasih dekat awak sebab jaga Siti macam anak awak sendiri bawa dia jalan-jalan,bagi makan dan pakaian maaf kalau selama ni Siti susahkan awak"
"Azmi macam awak tak kenal saya je, Siti tak pernah susahkan saya lah sebab saya dah janji kan yang saya nak jaga dia" kata aku ,dia senyum padaku, Azmi yang dulu bukan sekarang dulu berlagak....tapi berlagak dia pun ada sebab sekarang dia dah murah untuk senyum memang dah berubah
"Maaf kalau saya tanya macam ni sebelumnya tak kan lah awak nak jaga Siti sampai awak dah kahwin?" tanya nya
"Insya Allah saya tetap jaga Siti" kata aku
"Awak dah ada....? " aku terus potong pertanyaan Azmi
"Saya belum ada lagi Azmi... " kata aku ,dia terkejut
"Macam awak tahu saya nak tanya tentang ni?" tanya nya lagi
"Saya kenal awak Azmi....kalau tak ada benda nak cakap lagi saya pergi dulu"
"Oh ye maaf"
"Tak apa... " aku dan Kak Najah pun berlalu pergi
'Aduhhh Azmi kenapa lah susah sangat nak cakap dekat Siti yang aku nak dia jadi isteri aku sebab sampai sekarang aku masih sayangkan Siti dia lah cinta pertama aku' kata dalam hati Azmi
*****
"Sekarang kamu semua buat latihan muka surat 30 dan 31 ye" kata aku pada murid-murid
"Na'am ustazah!!" kata mereka serentak ,sebelum aku nak duduk
"Ustazah!" panggil murid aku yang bernama Hidayah
"Ye Hidayah?"
"Saya nak tanya boleh?"
"Boleh...silakan"
"Ustazah betul ke kalau perempuan melamar lelaki tak salah?" soal Hidayah padaku
"Hidayah... kita tak salah kalau melamar lelaki memang zaman sekarang lelaki dahulu melamar perempuan tapi pada zaman Nabi Muhammad SAW, Siti Khadeja isteri Nabi Muhammad SAW bahkan dia melamar dahulu pada Nabi Muhammad SAW setelah melihat Nabi dan jatuh cinta dengan Nabi Muhammad SAW" kata aku
"Oh.... macam tu ustazah"
"Jadi tak salah kalau perempuan melamar lelaki" kata aku lagi
"Baik ustazah!" katanya
*****
Selepas aku solat maghrib di rumah...
Tiba-tiba telefon pintar ku berdering"Assalamualaikum nak! apa khabar kamu sihat kan? "
"Waalaikumusalam mak.... Siti sihat alhamdulillah"
"Baguslah kalau macam tu!" aku terdengar suara mak aku dengan suara yang gembira
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...