Bab 22

76 2 0
                                    

Aku menonton televisyen tapi aku tidak terlalu fokus melihat cerita yang di main di televisyen. Aku terlalu fikir tentang pagi tadi dan teringat sampai sekarang...Soalan yang bermain di kepala ku menerima Azmi atau tidak menerima,aku sejujurnya harus ikut wasiat akhir dari Aisyah untuk aku dan aku juga sayang pada Azmi...

Tiba-tiba telefon di sebelah aku berdering...aku ambil dan tengok tertera nama Kak Najah

"Assalamualaikum..." kata aku

"Waalaikumusalam!" kata Kak Najah pula

"Kenapa kak?" tanya aku.

"Tak ada apa-apa akak saja telefon kamu... Siti tak tidur lagi ke?"

"Oh... nanti je lah kak. Akak kenapa tak tidur lagi?"

"Abang Hafiz baru balik ambil anak akak dari rumah ibu ayah Kak Najah ni baru sampai!"

"Kalau macam tu esok Siti datang rumah akak nak tengok anak akak sebab dah berapa bulan dekat sini tak pernah jumpa baru sekarang jumpa!" kata aku .Kak Najah tertawa perlahan

"Datang je lah Siti... Ni akak tanya kamu dah ok ke?" tanya Kak Najah

"Siti ok je kak... Tapi tu lah macam mana...?"

"Kalau kamu keliru solat istikharah waktu kamu terjaga dari tidur dan biar kamu tahu keputusan apa yang kena buat"

"Baik lah kak... terima kasih nasihat kan Siti"

"Sama-sama...Dah lah kamu pergi tidur sana tenangkan fikiran, Assalamualaikum!"

"Waalaikumusalam... " panggilan pun tamat

Aku mematikan televisyen dan masuk ke dalam bilik .Aku pun terlelap.

Tiba-tiba ada cahaya yang sangat terang di depan aku. Aku terkejut kerana aku berada di taman bunga yang sangat penuh dengan jenis bunga juga, aku berpakaian serba putih , aku berjalan tidak tentu arah dan aku pun duduk di bangku berwarna putih

Aisyah pun muncul di depan aku dengan pakaian serba putih juga...

"Siti... " katanya dengan sedih

"Aisyah!" aku terkejut terus bangun dari duduk

"Aku rindu kau!" katanya dengan mengalirkan air mata .Aku terus peluk nya dan kami berpelukan.

"Aku pun rindu kau Aisyah!" kata aku sambil mengalirkan air mata .Kami pun meleraikan pelukan.

"Siti...kenapa kau tak terima lamaran Azmi?" tanya nya sambil memegang tangan kanan ku

"Aku... " aku tidak tahu berkata apa-apa

"Kau dah dapatkan surat dari aku semua dah tertulis dekat surat tu Siti.. " aku angguk

"Dah tu kenapa tak terima Azmi? Kau sayangkan Azmi kan?" tanya nya

"Tolong Siti jawab dengan jujur!"

"Ye Aisyah aku sayangkan Azmi!" kata aku

"Itu yang aku nak dengar dari mulut kau...lagi satu aku minta tolong sangat kau jadi seorang ibu untuk anak aku Siti dan seorang isteri untuk Azmi!"

"Ini wasiat untuk kau!" aku tunduk tidak tahu bercakap seperti orang bisu

"Aku dah nak pergi Siti... " kata Aisyah

"Kau nak pergi mana Aisyah? tolong jangan tinggalkan aku lagi!"

"Dah sampai masanya!" Aisyah melepaskan tangan ku

"Jangan pergi Aisyah!"

"Selamat tinggal Siti... Assalamualaikum" Aisyah terus menghilang begitu saja

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now