Bab 21

39 2 0
                                    

"Assalamualaikum!" laung seseorang di depan rumah ku

"Waalaikumusalam... !" jawab aku dan membuka pintu

"Oh... Kak Najah!  kenapa kak?" tanya aku

"Akak ada benda nak cakap ni... " kata Kak Najah

"Kita cakap dekat dalam dulu lah" Kak Najah angguk, kami pun masuk  ke dalam rumah dan duduk di sofa ruang tamu

"Akak nak minum apa-apa tak?" tanya aku lagi

"Eh tak apa!" aku angguk

"Kak Najah nak cakap apa??"

"Azmi datang rumah akak tadi, dia minta tolong akak suruh bagitahu kamu yang dia nak jumpa Siti sekarang lepastu akak kena teman kamu jumpa dengan Azmi takut timbul fitnah pula"

"Nak jumpa Siti? memang nya ada apa?" tanya aku dengan pelik

"Nanti Siti tahu sendiri!" katanya

"Sekarang Siti siap-siap .Akak tunggu"
"Patut lah akak dah lawa-lawa ni..." aku ketawa dan Kak Najah juga

"Ada-ada je kamu ni" Kak Najah geleng kan kepala nya sambil tertawa perlahan

"Siti nak siap dulu!" Kak Najah angguk, aku pun masuk  ke dalam bilik untuk bersiap-siap

Beberapa minit kemudian...

"Akak Siti dah siap!" kata aku ,Kak Najah terus bangun dan terkejut

"Ya Allah Siti cantiknya!" aku tertawa

"Ada-ada je akak ni Siti biasa je lah memang macam ni kan" Kak Najah hanya senyum

"Dah jom kak!"

"Jom!"

*****

Kami pun sampai di
sebuah restoran...

"Kak kita nak jumpa Azmi dekat sini?" tanya aku pada Kak Najah

"Ye dekat sini lah mesti Azmi ada dekat dalam akak hantar Siti ye" kami berjalan ingin ke dalam restoran .Aku terus menahan tangan Kak Najah

"Kak sebenarnya ada apa?" tanya ku

"Nanti Siti tahu sendiri .Dah jom!" aku terpaksa akur .Kami pun masuk dan ada Azmi duduk di sebuah meja ,aku dan Kak Najah pergi padanya

"Assalamualaikum!" kata Kak Najah

"Waalaikumusalam..." katanya dan senyum

"Siti saya ada benda nak cakap dengan awak..." aku angguk

"Kita duduk" katanya lagi.Aku pun duduk dan dia juga

"Akak tunggu dekat belah sana sebab ni peribadi" kata Kak Najah dan berlalu pergi duduk di sebuah meja yang lain nya .Aku menjadi bingung sebenarnya ada apa?  itu yang bermain di fikiran aku

"Awak nak cakap apa sebenarnya?" tanya aku

"Saya harap awak boleh terima.. " kata Azmi .Aku menjadi pelik .

"Ada apa ye?" dia terus mengambil sesuatu dari poket nya

"Siti sudi tak awak jadi isteri sah saya?" katanya sambil menunjuk kan cincin .Aku sangat terkejut

"Ni tak main-main kan? "

"Tak Siti... saya serius nak jadikan awak jadi isteri saya yang sah.Saya harap awak boleh terima saya dan Siti dalam hidup awak" katanya dan meletakkan cincin di atas meja lalu memberi pada ku .Aku tak tahu perasaan rasa ingin menangis ataupun gembira

"Maafkan saya Azmi .Saya tak boleh terima" itu perkataan keluar dari mulut aku. Entah mengapa itu yang keluar dari mulut aku, aku baru sedar yang aku ingin kahwin dengan Azmi suami Aisyah .Aku mengembalikan cincin nya

"Tapi kenapa Siti?"

"Saya minta maaf! sebab saya merasa tak kan saya nak kahwin dengan suami sahabat saya sendiri" kata aku

"Asal awak tahu.. sebelum Aisyah meninggal dia suruh saya untuk kahwin dengan awak dia kata sebab awak pasti masih pendam perasaan dengan saya lepas dia cakap macam tu dia terus pergi untuk selamanya" Aku terkejut mendengar kata-kata Azmi

"Lagipun saya ikhlas nak awak jadi isteri saya Siti..." aku tunduk kan kepala. Aku tak tahu nak cakap apa.

"Dia rasa bersalah dengan awak dan sudah mengecewakan awak Siti... Ni surat untuk awak!" Azmi mengulurkan sepucuk surat .Aku ambil

"Tu surat terakhir dari Aisyah untuk awak!" aku terus membuka dan membacanya

Kepada: sahabatku Siti

Assalamualaikum Siti sahabatku! semasa kau baca surat ni aku dah tak ada lagi di bumi ni.  Sebelumnya Siti aku minta maaf sangat dengan kau sebab aku merampas kebahagiaan kau ,aku tahu dah lama yang kau suka kan Azmi kenapa kau sembunyikan dari aku? hahaha walaupun kau tak bagitahu, tapi aku tetap tahu .Aku terpaksa kahwin dengan Azmi sebab ini keinginan orang tua aku Siti... Aku nak ucap terima kasih sebab kau menjadi sahabat yang paling baik untuk aku terima kasih buat aku bahagia dengan kau, aku akan ingat selama lamanya kenangan kita bersama. Hahaha aku menangis pula tulis surat ini. Mesti kau dah jumpa dengan anak aku nama dia pun Siti sama macam kau muka dia sama kan dengan aku. Siti aku harap kau jadi isteri pada Azmi sebab Siti tiada kasih sayang seorang ibu aku harap kau menjadi seorang ibu untuk nya tolong jadi ibu untuk anak aku. Kau tahu tak Azmi masih sayangkan kau dia tak kan lupakan kau sebab kau cinta pertama dia untuk selamanya, aku tahu sampai sekarang kau masih sayang kan Azmi sebab aku kenal kau Siti .Aku tahu kau akan datang balik dekat madrasah Siti... sebab kau nak sangat mengajar dekat madrasah kan. Siti masih aku mengandungkan Siti 7 bulan aku jumpa doktor yang aku ada kanser rahim salah satu aku dan anak ku akan pergi ,doktor menyarankan aku untuk gugur kan Siti kalau tidak nyawa aku terancam tapi aku rela demi anak aku .Siti aku harap kau boleh terima Azmi untuk menjadi suami kau tolong jadi seorang ibu untuk Siti. Percaya lah Azmi masih sayangkan kau.Aku berharap sangat kau boleh menerima Azmi dan Siti dalam hidup aku!

Daripada: Aisyah sahabatmu

Air mata aku mengalir tanpa henti semasa membaca surat dari Aisyah

Kak Najah terus datang memegang bahu ku

"Kenapa Siti?" tanya Kak Najah, aku terus memberi surat dari Aisyah pada Kak Najah .Kak Najah pun membacanya dan reaksi nya sangat terkejut

"Azmi bagi saya masa... Assalamualaikum" kata aku dan berlalu pergi sambil menarik tangan Kak Najah

"Waalaikumusalam..." jawab Azmi dengan lemah

Di dalam kereta...

Air mata aku tetap mengalir teringat surat yang ditulis oleh Aisyah

"Sabar lah Siti... akak tahu ni berat untuk kamu.. "

"Kenapa ni semua boleh terjadi kak?" tanya aku

"Allah lebih berkehendak Siti. Mungkin ini takdir kamu!

"Akak pasti Azmi seorang lelaki yang baik untuk kamu Siti... Fikir-fikir dulu ye dah jangan menangis" aku angguk dan terus menyeka air mata

Bersambung...

Aku Mencintaimu Kerana Allah Where stories live. Discover now