Esok aku dah nak jadi isteri Azmi pejam celik-pejam celik aku dah nak kahwin lepas kitorang bertunang bulan depan terus nikah sebab orang tua kami yang nak cepatkan ,sekarang aku ada di rumah orang tua aku di Kuala Lumpur kami akan nikah dekat sini ada Kak Nurul,Kak Najah,Abang Hafiz dan anaknya Farhan rumah aku ni bilik dia banyak jadi tak kisah lah
Yelah diaorang mana ada saudara dekat sini nak duduk hotel jauh dari rumah aku pula tu, yang Azmi pula duduk dekat rumah saudara dia tak sangka dia ada saudara dekat KL ni.Aku duduk seorang di buaian di halaman rumahku.
"Siti buat apa duduk situ?" tanya Kak Najah yang baru sahaja datang
"Tak ada kak saja nak tengok pemandangan sebelum jadi isteri orang" kata aku, Kak Najah duduk di sebelah aku
"Akak tahu mesti Siti nervous kan sebab esok hari bersejarah kamu dengan Azmi"
"Siapa yang tak nervous kak?" kata aku dengan
"Biasa lah tu nanti lama-lama ok lah...tapi kan tak sangka jodoh korang memang kuat lepastu dah nak kahwin" kata Kak Najah
"Tu lah kak macam-macam yang jadi dulu ada hikmah dibalik semua nya"
"Terima kasih kak sebab selalu ada dengan Siti .Siti anggap akak macam kakak kandung Siti." kata aku lagi dan terus memeluknya ,Kak Najah membalasnya sambil mengusap belakang ku
"Sama-Sama Siti nanti dah kahwin jarang kita nak macam ni lagi sebab Siti dah kahwin" pelukan dileraikan
"Apa lah akak ni kita tetap macam ni juga"
"Yelah Siti..." akur Kak Najah
"Mana Kak Nurul dengan Abang Hafiz?" tanya aku pada Kak Najah
"Kak Nurul tu tengah sembang dengan mak kamu Abang Hafiz pula sembang dengan ayah dan abang kamu" katanya ,aku hanya oh kan je
"Boleh saya cakap dengan adik saya berdua?" tanya abang aku yang bernama Hakimi panggilan kimi yang baru sahaja datang
"Boleh" kata Kak Najah dan berlalu pergi ,Dia terus duduk di sebelah ku pula
"Kenapa abang?" tanya aku
"Tak ada apa-apa saja nak tengok adik abang yang tak lama lagi nak jadi bini orang ,apa pun kita mesti tak macam dulu" kata nya dengan nada yang sedih ,Masa pertama kali pergi madrasah abang aku tak dapat nak teman aku sebab dia masih belajar kat Universiti nak telefon jarang sebab terlalu sibuk sekarang alhamdulillah dah jadi polis
"Apa ni abang...Siti tak suka lah abang sedih macam ni Siti dah kahwin ataupun tak Siti tetap adik kesayangan abang selamanya" kata aku seperti kebudakan ,abangku tertawa tengok aku seperti budak kecil
"Dah besar dah adik abang ni...tahu-tahu dah nak kahwin " katanya dengan senyuman
"Tu lah orang suruh kahwin tak nak cari lah cepat abang! nak tengok juga kakak ipar Siti ,Abang ni hensem perempuan pun ramai dah beratur tapi ditolaknya"
"Abang tak ada fikir nak kahwin" katanya dengan selamba
"Tulah abang!" aku gelengkan kepala
"Siti....abang sayang sangat dekat Siti " kata nya dengan nada sedih lagi
"Siti lagi pun lagi sayang dekat abang!" dia ketawa
"Dah lah pergi tidur esok dah nak nikah" aku angguk. Kami pun masuk ke dalam rumah.
*****
"Dah jom pergi masjid pihak lelaki dah sampai kat sana!" kata Abang aku
"Tengok ni make up dah cair" kata mak su, Mak su ni yang siapkan aku dan pakaikan aku make up juga make up aku ni cair sebab kami tadi buat drama semunya menangis
"Tak apalah mak su sikit je ni" kata aku
"Sikit je?!" kata nya dan terus tepek bedak dekat muka aku, Aku memang tak suka pakai make up tebal ni. Kami pun bergegas masuk ke dalam kereta
Dalam perjalanan ke masjid.....
Jantung aku dari tadi tak berhenti degup laju
"Siti Insya Allah semua akan baik ok" kata Kak Nurul yang cuba tenangkan aku mungkin dia faham mana taknya aku dah macam cacing kepanasan
Tiba di masjid semuanya dah berkumpul akad nikah akan berlangsung, aku pun duduk Azmi memandang ku dengan senyuman akad nikah dimulakan ayahku yang menjadi wali aku
"Muhammad Azmi bin Muhammad Alif....."
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Siti Nur Sarah dengan mas kahwin seperangkat alat solat di bayar tunai!"
"Saya terima nikahnya Siti Nur Sarah dengan mas kahwin seperangkat alat solat dibayar tunai!""Macam mana saksi?"
"Sah!"
"Sah! alhamdulillah!" kami semua membaca doa air mata aku jatuh seperti mimpi aku dah jadi isteri kepada Azmi
Azmi senyum dan datang padaku dia mengambil cincin dan ingin menyarungkan cincin pada jari manis ku tapi aku menggigil sebab ni kali pertama aku menyentuh lelaki selain dari ayah dan abangku semua dah memandang aku
"Maaf" kata aku pada Azmi dengan perlahan dan aku terus angguk menandakan Azmi akan terus menyarungkan cincin ke jari manis ku .Azmi mencium dahiku dengan lama giliran aku pula menyarungkan cincin ke jari nya gementar aku dah hilang aku pun cium tangan nya .Aku dan Azmi menyalam orang tua kami aku pun peluk pada Kak Najah dan Kak Nurul mereka menitiskan air mata gembira .Siti juga gembira melihat aku dan Azmi menjadi suami isteri.
Selepas tu pun kami perjalanan balik ke rumah aku...
Entah kenapa aku jadi sangat malu dan pendiam
Sampai di rumah.. kami pun masuk ke dalam bilik aku means bilik kita
"Awak mandi lah dulu..." kata aku pada Azmi dan memberi nya tuala
"Ok kita solat asar sama-sama ye" aku angguk Azmi pun masuk ke bilik air ,selepas itu Azmi pun keluar hanya bertuala aku terus pejam mata aku
"Siti.... kita kan suami isteri" kata Azmi aku membuka mata perlahan lahan
"Saya mandi dulu!" kata aku dan terus masuk ke dalam bilik air ,aku pun tutup pintu dan bersandar di pintu 'aduh tu pun kau nak malu Siti...Azmi kan dah jadi suami kau' kata dalam hati aku
Selepas mandi dan bersiap aku pun keluar tak ada orang kalau aku tahu baik pakai baju dekat sini je, tengah aku ambil telekung pintu terbuka Azmi pun masuk tiba-tiba dia seperti patung lepas nampak aku,aku pergi padanya
"Awak" kata aku dia pun tersedar
"Maaf" katanya mungkin dia terkejut sebab aku tak pakai tudung
"Saya minta maaf sebab tak pakai tudung"
"Kenapa pula awak nak minta maaf saya kan suami awak dan awak isteri saya lagipun awak cantik sangat hari ni" aku senyum padanya
"Awak pergi mana tadi?" tanya aku
"Minum air"
"Kenapa tak cakap? kalau tak saya ambilkan" kata aku
"Tak apa awak saya boleh ambil sendiri lagipun awak tengah mandi ,awak dah siap ke?"
"Dah" kata aku sambil mengangguk
"Jom kita solat"
*****
"Assalamualaikum waramatullah..." selepas kami memberi salam dan baca doa, aku pun salam tangan Azmi dan Azmi pula mencium dahiku
Bersambung.....
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...