Pada waktu malam.....
"Siti....." Kak Najah menegurku, aku terus mengelap air mata
"Siti kenapa menangis?" tanya nya dan duduk di sebelah
"Siti akan tinggalkan semua ni kak" air mata mengalir semula
"Akak fikir kamu akan keluar dengan adanya bahagia tapi tidak" Kak Najah juga mengalirkan air mata
"Tak apalah kak....dah takdir Siti, tapi kak Siti perlukan masa untuk lupakan Azmi sebab banyak kenangan Siti dengan dia" Kak Najah terus memeluk ku, aku membalasnya
"Dah lah kak kita tidur esok kan Siti dah nak pergi" kata aku dengan melepaskan pelukan, Kak Najah angguk
*****
"Siti pak cik kau dah datang dekat luar madrasah!" kata Aisyah, aku mengangkat beg, tiba-tiba ditahan dengan Kak Najah
"Biar akak yang tolong angkat" kata Kak Najah
"Tak apa Siti boleh bawa sendiri" kata Kak Najah ambil beg di tangan aku
"Akak bawa ye, jom!" kami keluar dari bilik kami turun dari tangga, tiba-tiba ramai perempuan menunggu aku keluar, mereka menangis?
"Terima kasih pada semua yang ada di sini, saya bahagia sangat dan saya juga nak minta maaf pada semua kalau saya pernah sakitkan hati kamu semua ataupun salah cakap, saya tak kan lupakan kamu semua sebab kamu semua yang selalu sokong saya" aku pula mengalirkan air mata, aku lihat Aisyah, Kak Najah dan Kak Nurul juga menangis
"Jom Siti!" kata Kak Nurul aku berjalan menuju ke pagar mereka mengikuti aku dari belakang ,sampai di pagar aku terlihat ustazah, ustaz dan kumpulan, aku salam pada ustazah
"Ustazah dan ustaz maafkan Siti kalau ada salah silap, ampunkan Siti ya Terima kasih ilmu yang pernah diajarkan oleh ustazah dan ustaz berikan pada saya selama ini" kata aku, mereka juga berasa sedih
"Kamu tak ada salah dengan ustazah pun Siti" kata ustazah Farhana ,aku tersenyum
"Abang Hafiz, Abang Ahmad,Abang Rizal, Abang Imran,Azmi dan yang lain terima kasih bersama dengan Siti selama 2 tahun Siti akan ingat sampai bila-bila dan tetap menyampaikan sholawat pada semua orang, teruskan istiqomah ya" kata aku mereka angguk dan bersedih ,aku pergi pada Aisyah, Kak Najah dan Kak Nurul
"Kak dan Aisyah terima kasih kerana terima Siti selama ini dan bertahan dengan perangai Siti ,Siti akan rindu korang" aku peluk mereka, mereka juga balas dan mengalirkan air mata
"Abang Hafiz!" panggil aku
"Ya Siti!" jawabnya
"Tolong jaga tunang abang ni Kak Najah,jangan sakitkan hati Kak Najah" dia angguk
"Kak Nurul jaga diri ya ,Siti doakan supaya Kak Nurul jumpa lelaki yang boleh bahagiakan Kak Nurul" Kak Nurul tetap mengalirkan air matanya tanpa henti
"Aisyah jadi isteri yang baik buat Azmi jangan melawan sebab syurga di telapak kaki suami dan Kak Najah juga" Aisyah terus memeluk aku
"Siti aku minta maaf aku pengkhianat!" dan melepaskan pelukan
"Aisyah kau kenapa cakap macam tu kau bukan pengkhianat dah memang tu jodoh kau" kata aku
"Jaga diri tau!" dia angguk
"Siti kita dah boleh pergi" kata Pak Ngah aku dan aku mengambil beg dari Kak Najah,aku pergi pada Pak Ngah, aku lihat Azmi dia terus mengelap air matanya apapun aku tetap nampak, aku pergi padanya
"Azmi jaga Aisyah buat Aisyah bahagia dan sayangkan dia ,jangan buat dia kecewa" kata aku ,Azmi tunduk ke bawah
"Assalamualaikum semua Siti minta diri dulu" kata aku
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...