Selepas solat isyak berjemaah bersama sebelum tu tunggu waktu isyak kena dengar ceramah dulu ,aku tercari-cari selipar aku sama juga Aisyah
"ah jumpa pun!" kata aku punya lah banyak selipar ,aku terpandang pintu bahagian lelaki semua keluar ,tiba-tiba aku terpandang wajah seorang lelaki ,aku tengok saja dia entah kenapa dengan hati aku, tiba-tiba je dia pandang aku ,aku cepat alihkan pandangan
"woi Siti tengok apa tu?!" aku terkejut
"Eee!! terkejut tau tak"
"awak pandang siapa tadi?" tanya Aisyah
"mana pandang siapa-siapa ,dah jumpa selipar kan, dah jom balik" kata aku sambil tarik tangan nya
Kenapa aku tak boleh tidur? kenapa teringat dia? aku tak boleh aku nak fokus belajar dulu ,ah tidur je lah
*****
Terasa badan aku digoyang aku buka mata aku perlahan"ya allah susahnya bangunkan kau Siti cepatlah jap lagi nak masuk waktu Subuh"
"aik cakap kau aku pula, kau bangunkan aku eh?"
"lebih selesa tak apa kan, dah lah pergi mandi dah lah nak bangunkan kau susah ingat bangun sendiri tapi tidur lena ye"
"ouh..Hahaha maaf aku memang macam ni lupa nak kunci jam ,k lah aku mandi dulu" kata aku Aisyah gelengkan kepala
*****
Tibanya di masjid semua senyap yelah azan kan suara yang sama aku dengar merdu je ,aik tak pula halang dengan kain ,aku cuma nampak belakang dia je ,azan pun terhenti dia toleh kebelakang aku terkedu lelaki yang aku tengok semalam dia lah yang azan ,sumpah merdu ,eii Siti istighfar"oh..baru aku tahu kau tengok Azmi eh?" ouh..nama dia Azmi
"mana ada" kata aku
"yelah tu? siapa je yang nampak dia semua dah terpikat dah suka"
"tak lah aku cuma tengok je rupa-rupanya dia lah yang azan "
"Semua perempuan kat sini semua minat kat dia, eh sesetengah juga lah sebab suara dia merdu bila bersholawat lagi lah merdu" aku cuma ouh.. Kan je
"kau tak minat dia ke?" tanya aku
"Tak langsung"
"yeke?"
"Sumpah!"
"yelah aku tanya je kan tak payah sampai main sumpah ,muka serius sangat tu"kata aku
"yelah mana tau kau tak percaya" aku terpandang dia lagi ,tiba-tiba dia pandang aku lagi ,aku terus tundukkan kepala
*****
Bismillah..hari pertama aku masuk kelas aku dari tadi berkepit dengan Aisyah je aku mana lah kenal orang selain diaAda ustazah masuk..
"Asalamualaikum" kata Ustazah
"waalaikumusalam!" jawab kami serentak ,aduhh ustazah tu cakap bahasa arab pula manalah aku faham ni lah aku nak belajar perlahan-lahan
"kata ustazah baca surah Ar-Rahman 1-10 ,kau tahu tak?" bisik Aisyah tahu je aku tak faham, yang sebut surah Ar-Rahman yang aku faham
"tahu" kami pun baca bersama-sama
*****
Alhamdulilah dah seminggu aku dekat sini banyak benda aku belajar ,hafal surah lepastu kena ingat maksud dia sekali ,hadis, percakapan bahasa arab,kisah rasul dan nabi, tulisan jawi dan ceramah boleh lah aku belajar sikit-sikitSekarang aku dekat bilik kejap lagi baru ada kelas lagi
"Kak Najah tak ada kelas ke?" tanya aku ,Kak Najah satu bilik dengan aku satu bilik dia campur umur berapa pun, boleh kurang aku rapat dengan dia aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri yelah aku kan anak tunggal
"Ada tapi lambat lagi" aku ouhh je
Paling aku suka kat sini semua harus berdikari semua benda kena buat sendiri kalau dekat rumah aku buat sama-sama dengan mak aku ,yang lagi aku suka semua sama-sama makan bersama macam-macam lagi dengan kawan semua orang kat sini semua peramah dan baik bila aku lalu je semua senyum
*****
Selepas kami rehat makan sama-sama lagi kadang-kadang kongsi"Siti ... Aisyah nak ikut tak nanti?" tanya Kak Najah
"pergi mana?!" tanya kami berdua serentak
"keluar nak beli apa yang patut!"
"Akak dah bagi tahu ustazah ke?" tanya Aisyah
"Dah lepas makan kita pergi" kalau kat sini boleh je keluar dari sini tapi kena minta izin dulu sebab kalau ada apa-apa kan susah kat sini juga kena bertanggungjawab
Kami berjalan kaki bersama dekat je kedai dia banyak pula tu kedai macam-macam beli pun boleh ,semua dah bayar kami pun nak balik ,waktu nak balik tu ada sekumpulan lelaki berjalan aku tak nak pandang tapi terpandang ,ada dia!! tapi tak pandang pun,Kak Najah dan Kak Nurul kawan baiknya dah jalan kedepan aku dengan Aisyah lah berdua
"Asalamualaikum" tiba-tiba je seorang lelaki dari diorang datang
"waalaikumusalam" jawab kami
"awak orang baru kan?nama awak siapa?"katanya dia cakap dengan aku ke?
"ada apa?" tanya Aisyah pula
"saya tanya dia" aku diam saja
"haah dia orang baru nama dia Siti" kata Aisyah aku dah tepuk dahi dia boleh pula cakap lelaki tu senyap
"Dah tu je kan wasalam" kata Aisyah tarik tangan aku
"Aisyah kau kenapa cakap kat dia nama aku?!"
"Aku nak cepat malas nak cakap dengan dia ,aku terbagitahu" aku diam saja pura-pura merajuk
"Alahh Siti minta maaf lah aku tak sengaja"
"yelah-yelah jom masuk" kata aku
"apa nama dia?"
"kawan dia bagitahu nama dia Siti" dia dengar terus tersenyum
Bersambung...
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...