Prolog

5 0 0
                                    

JUMAAT, 23 SEPTEMBER 2022.

Fatin memandang lelaki di hadapannya, " Adik kembar kepada Amen Firdaus?" Aku salah dengar ke?" bisik hati dia. Dia memandang lelaki itu, dia mempunyai iras rupa sama dengan Amen, hanya membezakan antara mereka berdua ialah warna rambut mereka. Amien melambaikan tangannya kepada perempuan itu,  "Hello, can you hear me?"  Fatin tersentak dari lamunan," Yes, I can hear you." balas Fatin. Amien memberikan senyuman manis, dan memandang sekeliling. " Boleh saya jumpa dia?" tanya Amien.

Fatin menjadi panik, " Sebenarnya, Encik Amen tak ada pada hari ini. Dia tak sihat. Boleh Encik datang semula pada hari Isnin?" tanya Fatin. Amien berfikir sebentar."Hmm, saya pun ada urusan penting pada Isnin juga, tak sangka pulak dia tak ada hari ni. Saya dah lama tak berjumpa dengan dia, saya tak ada nombor telefon dia. jawab Amien. " Macam mana Encik tahu dia bekerja di sini?" tanya Fatin. " Oh, dia pernah bertanya khabar dengan saya pada tahun lepas. Lepas tu, kami terputus hubungan." balas Amien. Fatin menangguk faham dan berkata, " Apa kata Encik berikan nombor telefon pada saya, nanti saya berikan kat dia.' ujar Fatin. ' Boleh, apa salahnya." balas Amien. " Okay, ikut saya." minta Fatin. Amien mengikuti dia ke kaunter, Fatin memberikan  sebatang pen dan notepad kepada Amien. Amien menulis nombor telefon dan menyerahkan pen kepada dia. " Nanti tolong bagi kat dia, ya." minta Amien.

Fatin mengambil semula notepad dan pen, " Ya, saya bagi kat dia bila dia datang." balas Fatin. Amien menangguk faham, " Kalau macam tu, saya minta diri dulu, bye." kata Amien sambil melambai tangannya. Fatin membalas lambaian pada Amien." Bye." Amien mengundur ke belakang dan melangkah keluar dari ruang lobi. Fatin melihat notepad, mengoyakkan  kertas yang mengandungi nombor telefon Amien dan menyimpan ke dalam poket seluar. Dia pergi ke ruang lift untuk memberitahu Aliya tentang arahan Hasrul.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now