Dua puluh lapan

3 0 0
                                    

RABU, 6 MAC 2024.

Suri memhentikan keretanya di hadapan rumah banglo. Rumah itu milik bekas kekasih, Amen. Dia membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta, berjalan ke pagar. Pagar rumah diukir dengan indah, terdapat corak awan larat di sekeliling pagar. Di hujung kanan, terdapat pagar kecil digunakan untuk membuang sampah tanpa membuka pagar yang besar. Suri memberikan salam, " Asalamualaikum, Amen." Keadaan di situ sangat senyap, kereta Mercedes juga tidak di depan pintu masuk. Dia memberikan salam beberapa kali sebelum pintu dibuka oleh wanita muda. " Walaikumusalam." balas wanita itu. Suri mula merasa kekok dengan perempuan itu, perempuan itu melangkah keluar dan memakai kasut. Dia berjalan ke arah Suri, ketika dia melangkah, Suri melihat rupa paras perempuan itu. Dia kelihatan cantik seperti orang Timur Tengah, hidung mancung, kulitnya cerah, matanya besar dan rambut hitam bersinar dan beralun seperti ombak. Bibirnya merah berkilat seperti buah delima. Dia memakai gaun labuh warna ungu gelap dan sedikit solekan. Suri memandang dia dengan kagum, jika orang tanya pada dia, adakah awak pernah nampak biadadari? Sudah tentu dia mengatakan ya pada mereka.

" Awak cari siapa?" tanya perempuan itu. Suara itu membuatkan Suri terkejut, dia kenal suara itu, suara milik orang gaji Amen. Dia melihat perempuan sekali lagi, pakaiannya kelihatan mewah dan mahal. Terdapat seutas rantai loket di lehernya. Suri merasa malu dengan dirinya kerana memakai cardigan biru, t-shirt dan seluar jean. Selekeh betul pakaian aku ni! " Awak datang sini, cari siapa?" tanya perempuan itu. Suri berdehem kerongkong, " Boleh saya jumpa dengan Amen? Awak ni siapa, orang gaji dia ke?" tanya Suri. Belum sempat Fatin membalas, suara Amen sudah menjawab. " Dia isteri saya." Amen berjalan ke arah mereka berdua dan meletakkan tangannya di bahu Fatin. " Kenapa awak datang sini?" soal Amen dengan tegas. Mata Suri terbeliak bila mendengar kata-kata dia, dia bagaikan tak percaya. Adakah Amen bergurau dengan dia? Amen memandang "isteri" dan berkata sesuatu pada dia. Fatin menangguk kepalanya dan masuk ke dalam rumah. Kemudian Amen memandang Suri dengan serius. " Kenapa awak datang sini? Saya ada hutang dengan awak ke?" soal Amen. Suri menelan alir liur dan berkata, " Saya rindu dengan awak, Amen. Saya nak kembali pada awak." Wajah Amen berkerut bila mendengar kata-kata dia. " Untuk apa awak kembali pada saya? Mana pergi boyfriend awak tu, apa nama dia, Irsyad kan? " tanya Amen. Suri mampu berdiam diri bila disoal oleh Amen. Kemudian dia membalas, " Irsyad dengan saya dah putus. Amen, saya nak kembali dengan awak. Boleh awak bagi saya satu peluang?"
Amen mengelengkan kepalanya, " Sorry, tak ada peluang untuk orang yang dah khianati saya. Pergilah balik rumah, jangan tunjuk muka dekat sini lagi. " balas Amen dengan dingin. Kemudian dia berjalan ke pintu, Suri memandang dia dengan perasaan geram, dia tak mahu berputus asa. Dia menarik nafas, memhembuskan. Suri membuka mulut dan mengatakan sesuatu dengan sekuat hati. " Awak tak mahu dengan saya, Amen?" soal Suri. Amen mengeluh perlahan dan menoleh ke belakang. " Suri, awak dah lupa apa yang awak buat pada saya? Awak tinggalkan saya untuk lelaki lain!  Cuba tengok belakang saya ni, saya dah upah orang untuk buat rumah banglo, segala barangan dalam rumah untuk awak, Suri. Tapi awak tak menghargai cinta saya, saya sanggup buat apa saja untuk awak. Sekarang awak nak saya terima awak semula? Jangan haraplah! Saya tak ambil bekas daripada sisa orang lain!" pekik Amen pada Suri. Air mata sudah mengalir di wajah Suri, dia mengetap bibirnya. Dia terus melangkah pergi, Suri mengenggam pagar dan mengoncang sekuat hati, memanggil Amen. " Amen, jangan tinggalkan saya! Saya masih sayang pada awak, jangan tinggalkan saya! Amen!"  Amen tak pedulikan panggilan Suri.

Fatin bangun dari sofa ketika Amen membuka pintu, kemudian dia menutup pintu dengan geram. " Macam mana dengan dia?" tanya Fatin. Amen mengeluh, meraut muka dengan tangannya. Fikirannya runsing dengan Suri. Dia memandang Fatin, " Saya penat, malas nak layan karenah dia." balas Amen. Kemudian dia naik tangga, masuk ke bilik tidur dan memhempaskan pintu sekuat hati. Bunyi pintu dihempaskan oleh Amen membuatkan Fatin tersentak. Dia sudah kenal perangai Amen, lebih baik jangan menganggu dia ketika marah. Fatin keluar berjalan ke taman bunga dan menyiram pokok bunga. Sementara itu, Suri mula menangis teresak di pagar. Amen sudah berubah hati dan mempunyai seorang isteri. Isteri yang mampu mendengar kata dia, sentiasa setia hingga ahkir hayat. Suri merasa cemburu ketika memikirkan tentang isteri Amen. Dia mengenggam tangannya dan " Aku takkan mengaku kalah dengan dia." Dia mengelap air mata dengan jari, kemudian pergi pagar kecil. Mungkin tuah membelahi dirinya, pagar kecil itu tidak berkunci. Suri masukkan tangannya di celah pagar dan membuka selak pagar. Dia menolak pagar lebih luas dan melangkah masuk. Dia berjalan ke pintu dan mengetuk beberapa kali. Kemudian dia berjalan ke kiri, mengadap taman bunga. Kelihatan Fatin berada di situ, sedang menyiram pokok bunga. Dia menyoal Fatin, " Mana Amen?" Fatin menoleh dan melihat Suri. " Apa awak buat dekat sini? Pergi sekarang sebelum saya panggil Amen!" balas Fatin dengan tegas. Suri tak mahu berganjak, masih bertanya tentang dia. Fatin menutup paip air dan meminta dia pulang. Dia berjalan ke sebuah bangsal untuk menyimpan hos getah. Tiba-tiba dia merasa dirinya seperti ditolak dengan kuat, terbaring di atas tanah. Dia mendengar suara Suri, " Bagi tahu aku sekarang, dekat mana kau simpan dia?" soal Suri. Fatin membalas, " Aku takkan lepaskan dia pada perempuan macam kau! Langsung tak menghargai dia di depan mata, bila dia tak ada, baru sekarang nak cari dia balik!" balas Fatin dengan marah.  Tak jauh dari bangsal, kelihatan beberapa batu bata merah di situ, dengan perlahan Fatin mengambil seketul dan bangun. Dia melihat Suri mencuba membuka pintu hampir ruang makan, dia berlari ke arah Suri dan memukul di bahagian kepalanya dengan batu bata dengan kuat.  Suri mengerang kesakitan dan memandang Fatin, " Apa kau buat! Kau nak bunuh aku ke?" soal Suri. Fatin memandang dia dengan serius, dia merasa mahu bunuh perempuan itu dengan tangan sendiri, dia tak peduli jika tangannya menjadi kotor dengan darah atau masuk penjara. Fatin tak lepaskan Amen kepada orang lain.

Darah mengalir di muka dan leher Suri, Fatin melihat dengan puas hati. " Kau nak Amen semula, kau kena langkah mayat aku dulu." kata Fatin sambil menunding jari pada Suri. Suri masih menahan sakit dengan menekap tangannya di kepalanya. Kemudian Fatin menarik rambutnya dan menampar muka Suri. Suri menjerit sekuat hati, " Baguslah, jerit kuat-kuat! Dekat sini, tak ada siapa boleh tolong kau!" balas Fatin. Fatin merasa benci melihat Suri ketika dia datang bertanya tentang Amen. " Dengar sini, perempuan! Aku nak kau dengar betul-betul! Semua benda terjadi sebab kau! Kalau kau tak putuskan dengan Amen, dia tak perlu menderita." Fatin hampir mengatakan yang dia telah diculik oleh Amen, tapi dia memutuskan untuk berdiam diri. Sekiranya dia memberitahu pada Suri, apa akan terjadi? Sudah tentu dia tidak dapat melihat Amen lagi. Dia melepaskan genggaman di rambut Suri, dengan perlahan, dia menangkat kain gaun dan mengambil sepucuk pistol yang diletakkan bersama getah cerut di peha. Pistol di tangannya milik Amen, dia jumpa di dalam laci meja kerja di dalam perpustakaan bersama beberapa butir peluru.  Fatin menyimpan pistol itu sebagai kecemasan dan berlatih secara senyap tanpa pengetahuan Amen.  Dia mengacukan pistol ke arah Suri, sebelum sempat dia membuka mulut, kedengaran suara Amen menegur. " Fatin, apa kamu buat dengan Suri! Mana kamu dapat pistol tu?" Amen berjalan laju dan merampas pistol dari tangan Fatin. Amen melihat dia dan kemudian mengelengkan kepalanya. Dia melihat keadaan Suri dan mengeluarkan sehelai sapu tangan, mengelap kesan darah. Fatin mampu melihat keadaan mereka dengan cemburu dan sedih, pemandangan yang sungguh menyakitkan hati!

Fatin mengambil sebilah pisau kecil yang berada di peha, kemudian meletakkan di lehernya. Amen mula berasa ada sesuatu tak kena dengan Fatin, dia menoleh melihat dia sudah memegang pisau di leher. " Sayang, jangan buat benda bukan-bukan. Turunkan pisau dari leher." pujuk Amen pada Fatin. Suri tercengang-cengang bila mendengar panggilan sayang dari bekas kekasih. Fatin mengelengkan kepalanya, " Tipu, awak tipu! Saya tahu yang awak masih cintakan dia lagi" kata Fatin. Dia menahan air mata, pemandangan mata menjadi kabur. Amen segera menjauhkan diri dari Suri, berjalan perlahan arah dia sambil memujuk, "Tak, sayang. Saya takkan buat macam tu."
Fatin masih tak mahu percaya kata-kata itu, " Kalau awak masih sayang, awak mesti pilih salah satu antara saya dengan dia." kata Fatin. Amen terkejut dengan permintaan dia. " Pilih saya atau dia, Amen." minta Fatin. Suri mengambil kesempatan untuk mempergaruhi dia, " Pilih saya, Amen. Saya takkan buat awak kecewa lagi. Perempuan tu gila! Dia pukul saya, kita kena hantar dekat hospital! Tak boleh biarkan dia terlepas!" Fatin masih memandang dia, " Saya atau dia, Amen?"  soal Fatin. Ketika bekas kekasih bercakap, Amen memerhatikan gerak geri Fatin, supaya dia tidak bertindak meluru. Kemudian dia sedar bahawa Fatin mempunyai sifat posesif. Mungkin kerana mencintai dia secara senyap dan kehadiran bekas kekasih membuatkan sifat itu muncul.

Amen berkata " Saya pilih awak, sayang. Saya tak mahu lepaskan kamu untuk orang lain." Kemudian dia mengambil pisau di tangan Fatin dan membaling ke arah hutan. Dia memeluk Fatin dan mengusap rambutnya. Fatin menghidu bau minyak wangi yang dia gunakan, bau seperti limau mandarin dan kayu gaharu.  Kemudian dia melepaskan pelukan, dan berjalan ke arah Suri. Dia bercakap sesuatu pada Suri dan memujuk supaya melupakan dia. Amen membawa dia masuk ke dalam untuk membalut luka dan memberikan sekeping cek bernilai beberapa ribu ringgit pada Suri sebagai ganti rugi. Setelah 20 minit kemudian, Suri melangkah keluar dari rumah banglo dan memandu kereta meninggalkan kawasan itu. Fatin masih berada di taman, memandang pokok bunga di situ. Air  mata mengalir di pipi, masih tak percaya apa yang berlaku pada dirinya. Dia masih hidup, pernah sesaat ketika Amen mengambil pistol dari tangannya, terdetik jika Amen mengambil dan menembak dirinya kerana bertindak meluru. Bertindak dengan bodoh dan mengikut perasaan. Dia masuk dalam rumah dan mengurung diri di bilik. Hanya keluar untuk makan setelah dipujuk oleh Amen. Fatin makan bubur nasi dan air suam ketika makan. Amen memandang dia dengan risau, ' Sayang, malam ni tidur dekat bilik saya. " pujuk Amen. Selama tinggal di situ, dia tak pernah tidur di bilik Amen. Setelah selesai menggosok gigi, dia mengambil sebiji ubat tidur dan baring di sebelah Amen. Amen mengusap pipi dan dia merasa mengantuk, memejam matanya untuk tidur.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now