Dua belas

0 0 0
                                    

SABTU, 5 NOVEMBER 2022.

Amen membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam. Dia menanggalkan blazer kelabu, tali leher, meletakkan di tepi sofa dan duduk. Dia mengeluh sambil mengusap raut wajah. Amen merasa sangat penat, seluruh badannya lenguh terutamanya kaki yang sering memijak pedal minyak. Dia memandang lantai, terdapat mainan berselerak di situ. Wajah Amen berkerut apabila melihat mainan itu. Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan menghampiri dia, dia menoleh ke arah itu, kelihatan seorang bayi perempuan sedang memandang dia. Bayi perempuan kelihatan sangat comel, pipi labuh dan bulat, kulitnya gebu. Rambutnya pendek, mata bulat dan besar.Dia memakai gaun paras lulut berwarna ungu. Bayi perempuan menangkat kedua-dua tangannya seolah-olah minta didukung. Amen segera mendukung bayi itu, meletakkan di atas peha, dia tersenyum apabila melihat bayi itu. Amen mengusap perlahan pipi bayi, entah kenapa dia merasa gembira dan bahagia dengan bayi perempuan. Kedengaran suara menegur dia, " Oh, Abang baru balik?" Kelihatan Fatin berjalan ke arah sambil mendukung seorang bayi perempuan yang seiras bayi yang dia pegang. Amen menjawab " A'ah. Baru sampai. " Fatin duduk di sebelah dia, memandang dia. " Nak makan sekarang ke?" tanya dia. Amen berfikir sebentar, " Lepas mandi, baru abang makan." Fatin menangguk faham. Amen memandang bayi perempuan di dalam pelukan Fatin, Nampak sama muka diorang berdua ni, kembar ke?

Fatin melihat wajah dia yang sedang berfikir dan menjawab, " Ini anak kita berdua, yang abang pegang tu, nama dia Mariam. Yang saya pegang ni Marissa. Anak kita ni kembar, macam Abang dengan Amien." Dahi dia bertaut bila mendengar kata-kata dari Fatin. Fatin menjelaskan bagaimana membezakan antara Mariam dan Marissa.  " Mariam keluar dulu, Marissa keluar 5 minit kemudian. Kalau nak bezakan, tengok bibir diorang. Mariam ada bibir kecil macam saya, Marissa ada bibir tebal di bahagian atas, macam awak."  Amen melihat bibir Marissa, bibirnya serupa seperti dirinya. Fatin meletakkan Marissa di lantai, biarkan dia bermain dengan kereta mainan. Kemudian dia mengambil Mariam dari Amen, Amen masih memandang dia. Fatin melihat, " Kenapa? Tak percaya dengan takdir, yang saya berkahwin dengan awak? Ada dua orang anak perempuan?" tanya Fatin. Amen menangguk kepalanya, dia merasa sukar untuk percaya. Fatin meletakkan kedua-dua tangannya di pipi dia, " Saya tahu agak susah untuk terima. Sebab abang tak percaya dengan takdir. Tapi saya nak abang tahu, yang saya tetap sayang dengan abang."  Dengan perlahan, dia mencium pipi kiri Amen dan kemudian mencium pipi kanan. Dia memegang tangannya, " Saya janji takkan buat abang kecewa, ketika susah dan senang, saya tetap bersama dengan abang."

Amen membuka matanya, cahaya matahari menerangi ruang bilik tidur. Dia mengambil masa untuk hadam mimpi tadi. What the hell is that? Mariam and Marissa? Fatin? I married with my own secretary! No way in the hell. Dia pernah dengar cerita dari Hasrul tentang kawan lama berkahwin dengan setiausahanya. Dia tahu cinta itu wujud, cinta itu membuatkan seorang berjuang sungguh-sungguh untuk mendapatkan orang tercinta. Bagi dia, berkahwin dengan seorang yang bekerja dengan dia agak aneh dan janggal. Sudah tentu menjadi bahan bualan di pejabat. Dia tak suka dirinya menjadi bahan bualan antara pekerja, bergosip cuma membuang masa. Lebih baik menyiapkan tugasan.  Amen mengambil telefon, melihat jam. Waktu di skrin Blackberry menunjukkan 08:20 pagi. Dia meletakkan telefon di katil, memejam mata. Dia masih ingat wajah " dua anak perempuan dan isteri." Wajah Mariam dan Marissa sangat comel, dia merasa mahu mengusap dan mencubit pipi yang gebu. Manakala Fatin pula, ciuman di kedua-dua pipi membuat Amen membuka matanya. Dia mengusap pipi dengan jarinya, merasa ciuman itu masih berada di situ dan sentuhan jarinya menjadikan pipi merah padam dan hangat. Dia mengambil bantal dan menekup bantal ke muka, menjerit sekuat hati. Kemudian dia menumbuk bantal itu. Sebenarnya dia suka cara Fatin menunjukkan kasih sayang pada dia, sudah lama dia tak merasa kasih sayang dari sesiapa pun. Kali terakhir kasih sayang diberikan oleh ibu bapa sebelum mereka meninggal dunia. Amen bangun dari katil, dia mengambil tuala dan masuk ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi, dia memakai pakaian sukan. Dia membuka pintu dan melangkah keluar, bersedia untuk bersenam di taman.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now