Satu

4 0 0
                                    

ISNIN, 26 SEPTEMBER 2022.

Langit mendung menhiasi di kawasan Kuala Lumpur, rintik-rintik hujan mula membasahi jalan raya dan laluan pejalan kaki. Yana berdiri di depan pintu kaca VP Enterprise, melihat keadaan. "Dah seminggu hujan, sejuk betul." guman Yana sendirian sambil memeluk tubuhnya. Dia berjalan ke bilik pantri untuk mengambil botol makanan ikan dan memberi kepada ikan koi. Setelah selesai, dia mencuci tangan dan kembali membuat tugasan.

Sementara itu, Amen merenung pemandangan di tingkap, mengimbau mimpi ngeri semalam. Suara Mak Su yang memarahi dia dan Amien, mengatakan bahawa mereka cuma satu beban dan menyusahkan, terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk menjaga mereka. " Aku benci tengok korang berdua! Korang berdua sepatutnya mampus dalam kemalangan tu! Kau tahu berapa banyak duit belanjakan untuk menjaga korang berdua. Kalau ikut hati aku, aku biarkan korang merempat dekat tepi jalan, jadi pengemis. Aku tak ingin menjaga kau berdua!" marah Mak Su. Wajah dia yang bengis membuatkan mereka takut ketika kecil.

Suara Mak Su membuatkan Amen merasa sangat marah. Dengan perasaan geram, dia mengambil cawan yang diisi dengan kopi dan baling ke dinding. " Arghhh!" Cawan seramik itu pecah berkecai di dinding dan cecair berwarna gelap mengalir perlahan sehingga ke lantai. Bilik pejabat selubung dengan aroma kopi, kedengaran pintu diketuk, " Encik Amen, Encik tak apa-apa ke? Boleh saya masuk?" tanya Fatin. Amen mengusap muka dan mengeluh," Tak ada apa-apa, Fatin. Saya cuma tergelincir je, tak perlu risaukan pasal saya. Boleh ambil mop dengan surat khabar?" minta Amen. " Kejap, nanti saya ambilkan." kata Fatin. Amen mendengar bunyi tapak kasut melangkah pergi, dia mengutip kepingan cawan seramik dan meletakkan di meja. Fatin kembali dengan membawa sebatang mop dan surat khabar. Dia membuka pintu, "Ini yang Encik Amen minta." kata Fatin sambil melangkah masuk ke dalam pejabat. Amen mengambil mop daripada dia, dan mengelap lantai. Fatin melihat keadaan, " Encik Amen tergelincir tadi?" tanya dia. " A'ah. Memang betul. Tapak kasut dah haus, kena tukar yang baru." jawab Amen dengan tenang, dia menutup perbuatan dengan penipuan. Fatin mengambil kepingan cawan dengan perlahan dan meletakkan di surat khabar. " Jangan sentuh, nanti jari awak luka, macam mana awak nak menaip?" ujar Amen. " Takpe, saya ada plaster. Tak payah nak risau." balas Fatin. Amen memuncungkan bibir, " Hmm, suka hati awaklah, Fatin. Jangan mengadu dekat saya, kata jari saya luka." kata Amen.

Fatin mengutip kepingan dan membalut dengan surat khabar. Dia memandang Amen, " Sudah siap ke, Encik Amen? " tanya Fatin. " Sudah." balas dia dengan memberikan semula mop kepada setiausaha. Fatin mengambil dan berjalan keluar dari pejabat. Amen duduk semula di kerusi dan melihat skrin komputer untuk membalas email daripada Hasrul.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now