Tujuh belas

0 0 0
                                    

ISNIN, 4 SEPTEMBER 2023.

Fatin berjalan pulang daripada perhentian bas daripada tempat kerja. Dia mempunyai gaji yang banyak, tapi lebih suka naik bas untuk pergi kerja. Dia berjalan ke rumah sewa. Setelah buka pagar dan memberikan salam. Fatin berpaut di dinding sambil menanggalkan kasut, dan meletakkan di lantai. Pintu dibuka oleh seorang perempuan, dia mempunyai rambut pendek dengan gaya rambut seperti lelaki, memakai jaket denim, t-shirt hijau dan seluar jean. " Walaikumusalam." balas perempuan itu. Fatin memandang dia, " Kau tak kerja hari ni, Ika?  tanya Fatin sambil melangkah masuk. Perempuan yang dipanggil Ika atau namanya Zulaika, menjawab " Kerja, tapi shift malam. Kejap lagi aku pergi."
Fatin menangguk faham, kemudian memandang sekeliling. " Mana Hayati? Bukan dia ada pagi tadi?" tanya Fatin. Ika menggaru kepalanya, " Hayati balik kampung sekejap, mak dia masuk wad."  Fatin duduk di sofa, " Masuk wad? Sakit apa?"  Ika mengelengkan kepalanya, " Aku pun tak tahu, Adik dia telefon, aku ada dengar sikit perbualan. Lepas tu, dia masuk bilik, kemas-kemas baju dia. Hayati keluar dari bilik, minta aku hantar dia dekat stesen bas."  Fatin menangguk kepalanya. Ika memberitahu dia bahawa dia sudah menyediakan lauk dan nasi, minta Fatin menyimpan makanan lebih kalau tak habis.

Ika masuk ke bilik dan tak lama kemudian dia keluar dari bilik, dengan menggalas sebuah beg di bahu. " Fatin, aku nak pergi dulu, jaga rumah ni elok-elok. Kunci semua tingkap dengan pintu." arah Ika.  " Yalah." balas Fatin. " Nanti aku balik pukul 8:00 pagi."arah Ika. Fatin memahami pekerjaan Ika sebagai operator di kilang . Ika bekerja selama 12 jam, dari pukul lapan malam hingga awal pagi. Ika membuka pagar dan masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin dan memandu keluar dari rumah. Fatin melambai tangannya pada Ika, kemudian menutup pagar. Dia masuk ke rumah semula dan menutup pintu. Fatin berjalan ke bilik, mengambil tuala untuk mandi.

Setelah selesai mandi dan makan malam, Fatin mengunci pagar dengan mangga. Kemudian dia menutup semua tingkap dan pintu, dia masuk ke bilik tidur. Fatin baring di katil, mengambil selimut yang dilipat dan balut dengan badannya. Fatin memejam matanya, matanya menjadi berat. Dia menutup mulutnya ketika menguap. Dan akhirnya dia sudah tidur lena. Tanpa dia sedar, ada seorang sedang membuka pintu dan melangkah masuk. Dia berjalan ke bilik Fatin, memandang dia sedang tidur. Orang itu mendekati dia, baring di sebelah Fatin. Dia meletakkan tangannya di kepala, mengusap rambut dengan perlahan. " Letih ya, sayang? Awak bekerja keras untuk menyara keluarga awak.  Kalau kahwin dengan saya, tak perlu bersusah payah. Tak perlu angkat jari, minta apa-apa dengan saya." kata lelaki itu. Dia melihat wajah Fatin, dia tahu yang Fatin takkan dengar dan membalas kata-kata. Dia mencium rambutnya, " Wanginya, mesti pakai syampu Rejoice. " Dia menghidu bau rambutnya sekali lagi. Lelaki itu meletakkan tangannya di wajahnya, dan mengucup wajah Fatin dengan perlahan. Dia menarik nafas lega kerana sudah lama dia impikan saat ini. Sejak dia jatuh hati pada Fatin, dia mahu merasai dan membelai tubuh Fatin. Dengan perlahan, dia merangkul pinggang dengan tangan kiri, manakala tangan kanan menarik kepala Fatin ke arah dia. Dia memejam matanya dan tidur di sisi Fatin.

Setelah tidur dalam beberapa jam, dia membuka matanya. Dia mengusap raut wajah dan melihat di sebelah. Fatin masih tidur, guman sesuatu dengan perlahan. Lelaki itu mengeluarkan telefon dari poket seluar, dan mengambil gambar beberapa kali. Dia melihat waktu di skrin telefon, waktu menunjukkan hampir pukul lima pagi. Lelaki itu mengeluh perlahan selepas melihat waktu, dia tak mahu tinggalkan wanita idaman hati, tapi dia terpaksa pergi sebelum ditangkap oleh rakan serumah. Dia mendekati Fatin dan berbisik, " Jaga diri elok, sayang. Jangan bekerja kuat sangat, nanti saya risau. Saya cintakan kamu, Fatin. Nanti saya datang lagi." kata lelaki itu. Dia mencium di bahagian dahi sebelum bangun dari katil. Sebelum dia pergi, dia memandang idaman hati dengan perasaan sayu. Dia berjalan ke pintu, membuka pintu dan melangkah keluar, dia mengunci pintu semula dengan kunci pendua yang ditempah. Lelaki itu memandang sekeliling sebelum panjat tembok pagar. Memastikan tiada orang melihat dia keluar dan panjat tembok. Setelah keadaan senyap dan sunyi, dia panjat dan melompat dari tembok. Dia berjalan laju untuk mengelak dari ditangkap. Lelaki itu berharap dapat melihat Fatin sekali lagi.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now