Empat

1 0 0
                                    

KHAMIS, 29 SEPTEMBER 2022

Cuaca di Kuala Lumpur masih gelap dan mendung. Awan gelap menutupi langit dan hujan membasahi dengan lebat. Hasrul berdiri di tepi tingkap, memandang pemandangan. Cahaya kilat memancar dari jauh, Hasrul cepat-cepat menutup tingkap. Ketika dia kecil, dia merasa takut dengan kilat. Ibu selalu memeluk dan memujuk dia. Apabila Hasrul mengimbau kisah lalu, dia merasa rindu pada ibunya. Hasrul mengambil telefonnya di meja, perasaan menjadi belah- bagi. " Nak telefon mak sekarang atau petang nanti?" guman dia sendirian. Hasrul meletakkan semula telefon. Dia mengambil fail dokumen dan memeriksa untuk memastikan setiap butiran tepat.

Amen menanggalkan cermin mata di meja, dia mengusap kedua- dua mata. Dia merasa sangat mengantuk dan letih. Dia tak dapat tidur lena kerana mimpi ngeri kembali semula. Ketika dalam perjalanan, dia nyaris melanggar lampu isyarat merah dan sebuah kereta BMW. Nasib baik dia sempat menekan brek, jika tidak, dia mendapat saman dan tuntutan bayaran kereta. Amen tertanya-tanya kenapa mimpi itu kembali, dia merasa sangat benci kepada Mak Su dan Hanani. Kedua- dua perempuan itu membuatkan kehidupan dia dengan Amien menderita seperti tinggal di nereka. Dia pernah terfikir untuk membalas dendam kepada mereka dengan mengupah pekerja menyeksa mereka berdua, tetapi dia sentiasa sibuk dengan tugasan di VP Enterprise dan sebagai orang kanan pada Yandy dan Hasrul. Apabila memikir semula, dia merasa sedih, menahan dan menyimpan segala perasaan kerana takut Mak Su menghantar Amien ke rumah anak yatim jika dia membuat kesalahan semasa tinggal di situ. Bagi Amen, Amien ialah satu-satunya ahli keluarga di dunia ini. Sekiranya Mak Su memisahkan mereka berdua, dia tak mampu hidup tanpa Amien. Amien juga sebahagian darah daging dia juga. Air mata mengalir di pipinya, Amen menunduk kepalanya dan menekup bibirnya untuk mengelak bunyi tangisan didengari oleh orang lain. Amen menarik laci di sebelah kiri dan mencari sesuatu.

Semua pekerja sudah keluar untuk waktu tengah hari, hanya Fatin masih berada di pejabat, sibuk menaip papan kekunci. Dia menoleh ke sebuah fail putih di mejanya, " Alamak, aku lupa nak hantar dekat Encik Amen. Matilah aku, kalau dia marah."guman Fatin sendirian. Dia mengambil fail dan bangun dari kerusi. Dia berjalan ke pejabat, mengetuk pintu dengan perlahan. " Encik Amen? Boleh saya masuk?" tanya Fatin. Tiada sebatang jawapan dari Amen, Fatin memandang dengan curiga. " Encik Amen? Saya masuk ya." kata Fatin sambil menolak pintu. " Encik Amen, saya minta maaf. Saya lupa bagi fail ni kat Encik, Jangan potong gaji saya... " Suara Fatin menjadi perlahan apabila melihat sesuatu. Dia cepat-cepat letakkan fail itu di meja, bergegas di sebelah Amen. " Encik Amen, apa Encik buat ni? Kenapa buat macam ni?" soal Fatin dengan panik. Dia memandang bahagian pergelangan kiri Amen dipenuhi darah yang mengalir di kerusi dan lantai. Tangan kiri diseluti dengan darah hingga bahagian jari, Fatin melihat tangan kanan mengenggam pisau pemotong kertas yang masih ada kesian darah. dia cuma perlu mengambil dengan perlahan. Ketika mengambil pisau itu, riak wajah Amen menjadi muram. Fatin mencari sehelai tisu dan membalut pisau itu. Dia memujuk Amen untuk mencuci tangan di bilik pantri. Ketika membawa Amen ke bilik pantri, Fatin sudah menutup pintu supaya tiada siapa boleh masuk ke pejabat Amen. Fatin membuka paip air di sinki, dia melipat lengan baju dan mencuci luka dengan perlahan. Dia mengusap lengan Amen dengan air sejuk. Darah tetap mengalir selepas dicuci, dia memeriksa luka itu, kelihatan luka agak dalam. Fatin mengambil beberapa helai tisu dan mengelap tangan Amen sehingga kering. Fatin menarik laci, mengeluarkan dua helai tuala Good Morning, sehelai untuk membalut supaya tangan tidak dijangkit dengan kuman, dan sehelai lagi untuk mengikat supaya balutan menjadi kemas. Fatin memandang Amen dan memujuk," Encik Amen, kita pergi ke klinik ya. Nanti luka cepat sembuh." Amen masih diam membisu, tak balas sebarang pertanyaan dari Fatin. Dengan perlahan, dia mengenggam tangan kanan Amen dan memimpin dia seperti seorang ibu mengajar anak berjalan. Selepas keluar dari lift, mereka berjalan melalui pintu berdekatan meja penyambut tetamu.

Fatin menolak pintu klinik dan membawa Amen masuk. Kelihatan seorang jururawat menjenguk di kaunter. " Ya, ada apa, Puan?" tanya jururawat itu. Fatin segera menjelaskan," Ini boss saya, tangan dia ada luka. " " Luka? Sebab terjatuh? Accident? " tanya jururawat. " Bukan, dia toreh tangan dengan pisau. " balas Fatin. Riak wajah jururawat terkejut, " Banyak darah ke? Dah balut tangan dengan kain?" Fatin menangguk, "Sudah. Saya dah cuci dengan balut tangan dia."  Jururawat memberikan senyuman supaya Fatin tak menjadi panik. " Baguslah, tolong bagi kad pengenalan. " kata jururawat. Fatin memberikan kad pengenalan pada jururawat, jururawat mendaffar nama dan nombor kad pengenalan di dalam sistem dan memberikan nombor giliran kepada Fatin. " Ambil nombor ni, nanti doktor akan panggil. Sekarang doktor sedang sibuk merawat pesakit lain." Fatin mengambil nombor dan membawa Amen ke tempat duduk. Keadaan di klink tak begitu sibuk, cuma ada beberapa pesakit. Setelah menunggu 20 minit, kedengaran suara " 2046, bilik tiga." Fatin bangun dari tempat duduk dan membawa Amen ke bilik tiga. Pintu dibuka dan mereka melangkah masuk. Seorang doktor lelaki sedang mengemas meja, " Sekejap ya, tolong duduk dulu. Nanti saya merawat Puan." kata doktor itu. Fatin memujuk Amen untuk duduk hampir doktor. Doktor itu berkulit sawo matang, memakai cermin mata. Rambut disikat rapi, dia memakai kemeja ungu gelap. Dia memandang Fatin dan bertanya soalan. Fatin menjelaskan segala-segala pada doktor itu. Doktor mencatat di buku nota sambil mendengar kata-kata Fatin. Selepas mencatat, dia meletakkan pen di meja. " Puan, saya akan memberikan dia ubat bius dan jahit luka. " Fatin menangguk faham. Doktor itu menanggalkan sarung tangan getah, memakai sarung tangan yang baru. Dia menarik laci yang mengandungi peralatan. Dia mengeluarkan sebatang picagari yang berbalut, sebatang jarum dalam bungkusan plastik lutsinar, bekas keluli, penyepit kecil, bebola kapas dan cecair pembasmi kuman, jarum dan benang. Dia mengambil tangan kiri Amen dan membuka balutan tuala Good Morning, memeriksa luka. Dia memandang Amen, " Encik Amen, saya akan jahit luka, kalau rasa sakit, beritahu saya." kata doktor. Amen menangguk perlahan.  Kemudian dia membuka bungkusan plastik picagari dan jarum, memasang jarum di picagari. Doktor itu mengambil sebotol kaca bersaiz kecil, jarum itu dimasukkan ke dalam botol kaca mengandungi ubat bius. Omboh picagari ditarik perlahan dan ubat bius sudah berada di dalam picagari.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now