Sepuluh

0 0 0
                                    

ISNIN, 17 OKTOBER 2022.

Fatin berjalan kaki daripada perhentian bas, menuju ke VP Enterprise. Dia masih berasa letih dan mamai. Nasib baik dia sedar hampir tiba di tempat kerja, jika terlepas tempat perhentian, dia terpaksa berjalan jauh dari perhentian bas yang sering tunggu. Fatin melihat jam di menara jam yang didirikan oleh Maljis Perbandaran Kuala Lumpur. Jam itu menunjukkan pukul 07: 20 pagi, " Awal lagi." guman dia sendirian. Fatin menutup mulutnya ketika menguap. Matanya masih kuyu dan mengantuk. Dengan perlahan, dia berjalan ke gerai di tepi jalan untuk membeli kuih karipap. Setelah selesai membeli, dia berjalan ke tempat kerja. Fatin melangkah masuk ke ruang lobi, kelihatan dua pengawai keselamatan memberikan senyuman dan mengucap selamat pagi. Fatin juga membalas ucapan selamat pagi kepada kedua-dua pengawai keselamatan itu. Kelihatan Yana berada di meja penyambut tetamu, sedang mengacau sudu di dalam mug yang pegang di tangannya. Yana masih mengantuk walaupun sudah lengkap bersolek.

" Hai, Yana." tegur Fatin. " Hai, Fatin." balas Yana sambil melambaikan tangannya dengan perlahan. " Dah makan ke?" tanya Fatin. " Aku makan ni je, Fatin.". balas Yana sambil menunjukkan bungkusan roti Gardenia. Fatin menangguk faham. " Yana, Aku naik dulu." kata Fatin. " Okay, hati-hati. " jawab Yana. Fatin berjalan ke ruang lift dan menekan butang. Lift tiba di depan matanya dan pintu dibuka. Dia melangkah masuk ke dalam. Setelah keluar dari lift, dia berjalan ke ruang pejabat. Dia melihat cahaya lampu menyala di pejabat, dengan perasaan hairan, dia terus melangkah dan membuka pintu.

Fatin berasa terkejut melihat wajah orang itu, bagaikan tidak percaya. Dia melihat orang itu dengan nafas terhenti. Kerana orang itu ialah lelaki yang dia nantikan setiap hari. Lelaki itu sedang leka menaip dan kemudian memandang dia. " Hai, Fatin."  kata lelaki itu. " H-Hai, Encik Amen."  balas Fatin dengan segan. Dia berjalan ke meja Amen dengan perlahan, " Encik Amen dah sihat?" tanya Fatin. " Dah." balas Amen. " Tangan Encik Amen dah sembuh? " soal Fatin. " Dah sembuh, cuma ada parut je." jawab Amen. Fatin menangguk faham, kemudian bertanya. " Encik Amen, nak kopi ke?"  Amen mengelengkan kepalanya, " Takpelah, saya dah bancuh sendiri." jawab Amen. Fatin tersenyum, menggaru kepalanya yang tak gatal. Merasa janggal dengan jawapan oleh Amen. " Kalau macam tu, saya minta diri dulu." kata Fatin, dia terus keluar daripada tanpa menunggu arahan Amen. Amen pula tercengang dengan karenah setiausahanya. Dia mahu beritahu bahawa dia memberikan sesuatu kepada Fatin sebagai ganjaran. Fatin masuk tandas dengan wajah merah padam, mencuci mukanya dengan air dan mengelap muka dengan tisu. Dia mengambil masa untuk tenangkan fikiran dan emosi. Dengan perlahan, dia melangkah keluar dengan laju, " Tak ada siapa nampak aku, tak ada siapa nampak aku."  Menyebut mantra berulang kali supaya tidak bertembung dengan Amen. Dia pergi ke tepi dinding dan menekan suis lampu. Cahaya lampu bernyala di setiap ruang. Fatin duduk di kerusi dan menghidupkan suis komputer. Sambil menunggu komputer hidup, dia makan kuih karipap dan minum air mineral. Setelah tugasan sudah selesai, dia melihat keadaan Amen di pejabat. Kelihatan Amen sedang sibuk berbual di telefon sambil menyelak muka surat di dalam fail. Fatin mengambil dompet di dalam laci dan turun ke bawah untuk keluar makan tengah hari.

Amen sedang leka memeriksa fail, kedengaran pintu diketuk. " Masuk." kata Amen. Pintu ditarik perlahan, Fatin masuk ke dalam. Dia meletakkan bungkusan  makanan di meja kaca, " Encik Amen, lapar tak? Saya ada belikan makanan. " kata Fatin.  Amen menoleh ke arah dia, dia melihat bungkusan di meja, kemudian dia memandang wajah Fatin. Fatin memberikan senyuman kepada dia. Entah kenapa dia teringat bagaimana Fatin melayan dia ketika dia dalam keadaan murung.  Bahkan Fatin juga menyuapkan makanan kepada dia. Amen merasa segan dengan setiausahanya, dia berdehem kerongkong. " Fatin, jemput duduk. Saya nak cakap sesuatu dengan awak."  Riak wajah dia berubah menjadi terkejut dan nervous. Dia berjalan dan duduk di kerusi. Amen melihat dan berkata, " Fatin, saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah atas usaha kamu selama waktu saya tiada di sini. Awak berjaya menyiapkan tugasan dengan sempurna. To be honest, I'm very admired with your effort and hardwork. I have a reward for you." kata Amen sambil menarik laci. Dia mengeluarkan sekeping sampul surat kepada Fatin. Fatin mengambil sampul dan melihat. " Bukalah." kata Amen. " Okay." Fatin membuka sampul surat dan mengeluarkan sekeping kad temu janji untuk rawatan spa terkenal. " Ini untuk saya ke, Encik Amen?"  tanya Fatin. " Yalah, untuk kamu. Saya nak awak berehat dan bergembira. " jawab Amen . Fatin tersenyum, dia membelek-belek kad temu janji itu. Amen memerhatikan wajah Fatin, dia kelihatan pucat sedikit walaupun sudah pakai solekan. Tubuh badan agak kurus, tidak terlalu kurus seperti penagih dadah. Minta maaf, Fatin. Aku buat kau menderita di sini dengan tugasan yang banyak.

Fatin memandang dia, " Thank you, Encik Amen. Saya rasa gembira sangat. " kata Fatin. " Baguslah, kalau kamu suka. Nanti pergi tarikh temu janji tu." balas Amen. " Ya, nanti saya pergi ke situ." balas Fatin sambil bangun dari kerusi. Dia berjalan kerusi dari pejabat.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now