Dua puluh

0 0 0
                                    

SELASA, 26 SEPTEMBER 2023.

Setelah selesai mesyuarat tahunan, Hasrul menarik nafas lega. Dia sudah letih mendengar perbentangan laporan daripada semua jabatan. Apa yang dia mahu sekarang, berehat sebentar. Dia bangun dari kerusi, berjalan keluar dari pejabat untuk menghirup udara. Hasrul berjalan ke ruang lift dan menekan butang. Selepas keluar dari lift, dia berjalan menuju ke sebuah taman bersaiz sederhana. Dia menolak pintu kaca yang tertulis " No Entry, For Employee Only.". Hasrul berjalan dan duduk di sebuah bangku kayu, taman itu direka dalam bentuk bulatan, mempunyai kubah kaca untuk tujuan pengudaraan. Sekeliling taman itu dilengkapi dengan tingkap kaca, pokok hiasan dan bunga melur. Dia menoleh ke kiri, kelihatan bunga melur berkembang dengan elok. Hasrul menangkat tangannya dan memetik sekuntum bunga melur. Dia menghidu bunga itu sambil memejam matanya, perasaan rindu mula terbit di fikiran. Dia merasa mahu pulang ke kampung halaman. Hasrul membuka matanya, " Mak, Asrul rindu dengan kampung. Boleh kita balik ke kampung?" guman dia sendirian.

Amen keluar dari pejabat, mencari setiausahanya. " Fatin. " panggil dia. Fatin menoleh ke arah dia, " Ada apa, Encik Amen?" tanya Fatin. Amen menggaru lehernya, dia merasa kekok dengan Fatin. " Hmmm, boleh saya pinjam telefon awak? Telefon saya dah mati, saya terlupa nak cas telefon." kata Amen sambil menunjukkan skrin Blackberry yang gelap. Fatin menangguk faham, dia mengambil beg tangannya dan memberikan telefon Samsung kepada Amen. Amen mengambil telefon itu, " Terima kasih, Fatin. Nanti saya bagi balik dekat awak." jawab Amen. Dia masuk semula ke pejabat, duduk di sofa, menekan nombor Yandy untuk bertanya soalan. 

Fatin sedang mengemas meja, bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Jam di skrin komputer menunjukkan pukul 21:46 malam. Dia berharap bahawa bas masih ada, jika tidak, dia pulang dengan naik teksi. Setelah keluar, Fatin berjalan laju, menuju ke perhentian bas. Kakinya mula lenguh dan sakit di bahagian pergelangan kaki. Namun, dia bertahan kesakitan untuk balik rumah secepat mungkin. Fatin cepat-cepat mengambil tempat duduk apabila tiba di perhentian bas, dia mengeluh perlahan. Setelah tunggu bas selama 20 minit, seorang wanita yang berusia memandang dia dan bertanya, " Nak, sekarang dah pukul beberapa? Dah lama mak cik tunggu, sepatutnya anak datang ambil." Fatin membalas " Kejap, makcik." Dia menyeluk tangannya ke dalam poket seluar, dia merasa poket seluar kosong. Kemudian dia seluk di bahagian kanan pula, juga tiada. Fatin merasa wajahnya menjadi pucat lesi. Wanita itu masih memandang dia, " Kenapa, nak?" tanya wanita itu. " Saya rasa tertinggal telefon dekat pejabat." jawab Fatin.  " Oh, kesiannya. Cuba pergi pejabat, mungkin masih ada lagi." kata wanita itu. Fatin terus bangun dari tempat duduk, berjalan semula ke VP Enterprise. Dia berjalan di kawasan parking lot, kelihatan sebuah kereta Porsche di situ. Fatin melangkah masuk dan menekan butang lift. Lift naik ke tingkat 6, dia keluar dan mengambil telefon di atas meja. Fatin meninggalkan pejabat setelah sudah ambil telefon. Dia pandang semula kawasan parking lot, kereta Porsche sudah tiada.

Suasana di jalan raya agak sunyi sikit ketika dia berjalan, Fatin menerus berjalan seperti biasa. Tiba-tiba dia merasa tangannya ditarik oleh seorang, Orang itu menekup tangan di mulut supaya tidak mejerit, kemudian dia memeluk tubuh dia untuk elakkan melepaskan diri. Fatin cuba meronta dalam pelukan, dia mengigit tangan orang itu dan tendang di bahagian lulut. Orang mengerang kesakitan dan Fatin lari sekuat hati. Ketika berlari, dia menjerit meminta tolong. Tetapi sudah terlambat, orang itu berlari ke arah dia, dan menekup wajahnya dengan sapu tangan yang berbau seperti bahan kimia. Fatin meronta-ronta untuk lepaskan diri, menyebut sesuatu seperti " Lepaskan aku " Orang itu menekup wajahnya dengan lebih kuat dan Fatin mula merasa kepalanya menjadi pening. Matanya mula menjadi mengantuk dan dia hampir rebah di jalan raya, dia mendengar suara seorang lelaki. Orang itu segera menangkap tubuh dia dan berbisik " Tidurlah, sayang."


Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now