Dua puluh empat

0 0 0
                                    

SABTU, 7 OKTOBER 2023.

Fatin berjalan di sekeliling rumah, dia merasa bosan.  Amen sudah keluar dari awal pagi. Ke mana dia pergi, dia sahaja tahu. Fatin membuka pintu bilik air, melangkah masuk. Dia melihat bakul kain, membuka dan mengambil pakaian. Dia keluar dari bilik air, pergi ke ruang khas untuk mesin basuh. Kelihatan seperti bilik, ruang membasuh mempunyai sebuah mesin basuh, rak kabinet menempatkan serbuk pencuci, cecair peluntur, pelembut pakaian dan beberapa baldi. Di penjuru kanan, terdapat sebuah sinki. Sinki itu diperbuat daripada keluli, berbentuk segi empat panjang dan agak dalam. Fatin merasa sukar kerana dia mahu mencuci pakaian dia secara berasingan daripada pakaian Amen. Tapi proses itu mengambil masa yang lama. Dia mengalah, dia mengasingkan pakaian berwarna putih dan pakaian dalam. Pakaian itu akan dicuci dengan tangan. Pakaian yang berwarna dimasukkan dalam mesin basuh dengan pakaian Amen sekali. Dia mengambil serbuk pencuci dan masukkan ke dalam slot untuk pencuci kain. Kemudian dia menutup slot pencuci kain, menutup mesin basuh dan menekan butang.  Mesin basuh mula berbunyi, skrin bernyala dan kedengaran aliran air masuk ke dalam mesin basuh. Fatin mengambil pakaian dan letakkan di sinki. Dia meletakkan getah penyumbat di lubang sinki, meletakkan serbuk pencuci di pakaian dan membuka paip air.

Setelah siap mencuci pakaian, dia membawa keluar dan menyidai di penyidai pakaian. Sementara menunggu pakaian di dalam mesin basuh siap, dia menyapu daun kering di taman, mencabut bunga dan sayuran sudah kering. Fatin mengambil hos air dan menyiram pokok bunga dan menyiram sayuran di tepi taman. Kemudian dia menyidai pakaian dari mesin basuh. Fatin masuk ke dalam rumah, pergi ke dapur dan minum segelas air. Dia merasa agak penat dengan kerja rumah, mengambil rehat selama 5 minit. Fatin membuka peti sejuk, melihat sesuatu untuk makan. Dia melihat di bahagian sejuk beku, terdapat sebungkus udang mentah. Dia mengambil dan membuka, untuk memeriksa sama ada udang itu boleh digunakan. Udang itu kelihatan masih segar, Fatin memikir sesuatu, kemudian satu idea muncul. " Buat sambal udang. Harap Amen suka dengan masakan aku." guman dia sendiri.

Fatin meletakkan udang di tepi sinki, kemudian dia mengambil periuk rice cooker, masukkan dua cawan beras. Sekiranya ada baki nasi, boleh buat nasi gorang. Dia membasuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker. Dia menghidupkan suis dan menekan butang di rice cooker. Fatin mengambil bahan untuk membuat sambal udang, dan mengupas kulit udang di sinki.  Setelah siap masak, dia pergi mandi dan tukar pakaian baru. Dia mengambil pakaian yang sudah kering, dibawa masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan pakaian di sofa, mengambil alat kawalan jauh dan menekan butang. Dia melipat pakaian sambil menonton TV. Ketika dia sedang melipat pakaian, dia tidak sedar bahawa Amen sudah pulang dan membuka pintu. " Saya dah balik."  Fatin menoleh ke pintu, " Oh, Awak dah balik."  kata Fatin. Amen tersenyum bila mendengar suara dia, mata dia terbeliak nampak Fatin melipat pakaian. " Awak lipat pakaian saya sekali?" tanya Amen. Dia melihat pakaiannya sudah siap, Fatin menangguk kepalanya, "A'ah. Saya tak ada benda untuk dibuat. Jadi saya buat kerja rumah, lepas tu masak lauk sedikit." balas Fatin. Amen memandang dia dengan teruja. " Awak masak? Masak lauk apa?" tanya Amen. Fatin membalas," Masak sambal udang je. Awak dah makan ke?" soal Fatin.
Amen mengelengkan kepalanya, " Belum.' kata Amen. Fatin senyum, ' Pergilah mandi, nanti saya hidang makanan." Amen menangguk kepalanya dan naik tangga. Sementara dia mandi, Fatin pergi ke dapur, mengambil pinggan dan cawan dan meletakkan di atas meja makan. Dia menceduk lauk ke dalam pinggan dan nasi ke dalam mangkuk, bawa ke meja makan. Dia menuang minuman sejuk dalam cawan, meletakkan di tepi pinggan. Amen turun tangga dan pergi mencuci tangannya. Kemudian dia pergi ke meja makan, duduk bertentang mata. Fatin sudah menceduk nasi di pinggan dan meletakkan di depan Amen. Kemudian dia menceduk nasi untuk dirinya, duduk di kerusi.

Ketika waktu makan, Amen memuji masakan Fatin. Fatin tersenyum bila mendengar pujian dari dia. Mereka makan dengan keadaan senyap, selepas makan, Amen mencuci pinggan dan cawan. Fatin menyimpan pakaian di bilik tidur. Dia mengambil pakaian Amen dan membawa ke bilik Amen. Dia membuka pintu, bilik itu agak luas. Katil dihiasi dengan cadar biru gelap, bantal empuk dan selimut tebal. Fatin berjalan ke rak pakaian dan meletakkan di situ. Dia terlihat sesuatu yang berada di bahagian belakang rak, dia menarik keluar dengan tangannya. Kelihatan sesuatu berbentuk segi empat panjang dan dibalut dengan kertas yang sudah bertukar warna kekuningan, dia membuka dengan perlahan. Kertas pembalut dibuka dan dia memandang objek itu. Objek itu ialah sebuah kanvas lukisan, kelihatan seorang perempuan muda sedang duduk di bangku taman. Perempuan itu duduk dengan sopan dengan memakai gaun labuh berwarna ungu dan bersenyum. Kedua-dua tangannya diletakkan di peha dan rambut panjang kelihatan bersinar di bawah cahaya matahari. Dia kelihatan cantik bersama latar belakang di taman bunga yang dihiasi dengan pokok bunga kertas sudah menjalar di tembok batu. Fatin percaya yang lukisan tidak dilukis dengan  menggunakkan rumah ini. Rumah ini juga rumah banglo, Amen ada menanam pokok bunga kertas, tapi pokok ditanam di tanah. Bukannya menjalar di tembok. Fatin memandang di satu sudut lukisan, kelihatan perkataan ditulis, My beloved Suri. Suri? Siapa dia ni?  Kemudian dia mendengar bunyi tapak kaki sedang menaik tangga. Fatin cepat-cepat membalut kanvas lukisan semula dan meletakkan di belakang rak pakaian. Fatin berlari ke pintu, membuka dan Amen berada di depan pintu. Amen memandang dia dengan hairan, " Kenapa ni?"   Fatin mengelengkan kepalanya, " Saya rasa haus, nak minum air."  kata Fatin. Amen memberikan laluan untuk dia, dia menurun tangga dengan perlahan supaya Amen tidak menyesyaki apa-apa. Dia mengambil cawan dan menuang air mineral daripada peti sejuk, meneguk perlahan. Fatin masih tertanya-tanya dengan identiti Suri.

Mereka menonton TV selepas makan malam, Fatin mencuri pandang wajah Amen, dia mahu bertanya tenang lukisan itu. Tetapi dia merasa risau  kalau Amen menjadi murung. Amen memandang dia, " Kenapa? Ada apa-apa dekat muka saya ni?" tanya Amen . Fatin mengelengkan kepalanya, dan bertanya. " Petang tadi, saya simpan baju awak. Saya nampak kanvas lukisan dekat belakang rak, saya tengok sekejap je. Jangan marah dengan saya. siapa Suri tu?" tanya dia. Amen memandang dia dengan serius, " Awak tengok lukisan tu, Fatin?" soal Amen. Fatin menangguk kepalanya. Amen merasa mahu menegur dia, tapi dia tak mahu bertikam lidah dengan perempuan yang membuatkan dia menjadi obsess. " Sebenarnya Suri tu bekas kekasih saya, saya pernah upah seorang pelukis, minta dia lukiskan gambar dia. Lukisan tu untuk hari jadi Suri, sebagai hadiah. Semasa itu, saya bahagia dengan dia. Saya sanggup buat apa sahaja untuk dia." kata Amen. Fatin diam seribu bahasa bila mendengar penjelasan dia. Amen memandang siling dan mengerakkan kepalanya  untuk melihat sekeliling ruang tamu, kemudian dia ketawa perlahan dan terus senyap. " Saya beli lot tanah dan mengupah kontraktor untuk bina rumah ni. Kononnya nak tinggal dekat sini selepas kahwin, ada dua tiga orang anak. Segala benda dalam rumah ni untuk Suri. Tapi sayangnya, hubungan kami tak kekal. " jelas Amen.  Fatin bertanya, " Awak masih cintakan dia, Amen?"  Amen merasa mahu menipu pada Fatin, tapi dia tak mahu berbuat begitu. Amen menjawab, " Ya, memang saya masih ada rasa cinta dan sayangkan pada dia. Tapi saya mahu lupakan tentang dia, saya tak mahu fikir pasal dia lagi."  Ketika dia bercakap, Fatin merasa cemburu. Dia mengigit bibirnya untuk menahan perasaan itu. Bagi Fatin, dirinya seperti Puan de Winter daripada sebuah novel gothik terkenal, Rebecca. Perasaan cemburu dan kurang senang menjadi membara bila mendengar kata-kata Amen mengatakan semua barangan dalam rumah untuk Suri sahaja. Dia memandang Amen, adakah dia mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Maxim de Winter? Suami kepada Puan de Winter dan Rebecca. Ya, kedua-dua mereka kaya dan mempunyai rumah sendiri, Maxim mempunyai sebuah rumah agam dipanggil Manderley, manakala Amen memiliki rumah banglo. Kedua-dua mereka mempunyai kisah silam dalam percintaan. Puan de Winter merasa sedih dan malu dengan diri sendiri kerana mendengar kata-kata dari pembantu- pembantu rumah. " Rebecca seorang perempuan paling cantik yang pernah saya lihat. Rebecca sangat menawan, dia mahir menembak dan berlayar kapal." Fatin merasa hidupnya kelam dibayangi oleh Suri, walaupun dia sudah berpisah dengan Amen.  " Kenapa awak gigit bibir tu? Nak goda saya ke?" tanya Amen dengan senyuman nakal. Fatin melepaskan bibirnya dengan cepat dan mengelap dengan tisu. " Saya bukan nak goda awak, saya cemburu." jawab Fatin.  " Cemburu? Buat apa awak cemburu, sayang?" tanya Amen. Fatin memandang wajah dia dengan tepat,  " Saya tak mahu ada orang lain dalam fikiran dengan hati awak, Amen. Saya tak suka!" jelas Fatin dengan suara kuat. Dia cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangannya, dia tak pernah tinggikan suara di depan Amen. Amen memandang dia dengan perasaan terkejut seolah-olah Fatin mengatakan sesuatu dalam bahasa Sepanyol.  Fatin berdeham kerongkong, kemudian dia menjelaskan pada dia. " Saya tak suka kalau awak masih ingat pada bekas kekasih awak. Kalau awak masih cintakan dia, cari dia balik.  Bukan saya, kalau awak nak lupakan dia, lebih baik awak bakar lukisan tu dengan barang yang awak beli untuk dia."  kata Fatin.
" Okay, kalau tu awak nak daripada saya, saya boleh buat. Tapi saya perlukan bukti daripada awak, Betul ke awak cintakan saya selama empat tahun?"  kata Amen . Muka Fatin menjadi merah padam bila mendengar kata-kata itu. " M-Macam mana awak tahu pasal tu?" soal Fatin. Amen ketawa, dan mengatakan   bahawa Hasrul yang memberitahu ketika dia sakit. Fatin merasa menyesal kerana memberitahu tentang perasaan pada Hasrul.
Amen meletakkan tangannya di pipi Fatin, " Betul ke apa yang Hasrul cakapkan tu? Saya nak dengar dari mulut awak sendiri, boleh ya, Fatin?" minta Amen. 

Fatin berfikir seketika, dia memandang Amen. " Saya cintakan awak, Amen. Saya tak mahu berpisah dengan awak."  Amen senyum dan mencium dahi. Dia merasakan bahagia bila Fatin meluahkan perasaan. Ketika Hasrul memberitahu dia, dia tak percaya. Selepas memerhatikan Fatin dari jauh selama beberapa bulan, dia telah jatuh cinta dan menjadi obsess dengan Fatin. Dia mencari maklumat tentang dia, mengikuti dia dari belakang. Tiada siapa boleh memisahkan dia dari Fatin, tiada siapa boleh rampas Fatin dari genggaman dia.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now