Dua puluh lima

0 0 0
                                    

ISNIN, 9 OKTOBER 2023.

Fatin berjalan di ruang tamu, dia merasa bosan di rumah. Dia sudah menonton TV, tapi tiada apa-apa yang menarik. Kemudian dia melihat sebuah pintu di sudut kanan. Dia pernah melihat beberapa kali, tapi Amen tak pernah memberitahu tentang apa-apa. Fatin berjalan perlahan dan meletakkan tangannya, memusing tombol pintu. Pintu dibuka dan dia melangkah masuk, kakinya memijak lantai simen sejuk. Tangannya meraba di dinding, mencari suis lampu. Setelah menekan suis lampu, cahaya lampu menerangi ruang itu. Ruang itu ialah ruang garaj yang besar. Ruang garaj mempunyai bau petrol dan pengilat kereta. Fatin melihat keadaan sekeliling, terdapat dua deretan kereta mewah, rak yang menempatkan botol minyak petrol dan pengilat kereta, kain mikrofiber, span dan baldi. Dia mengambil pengilat kereta yang berbentuk bulat, membelek-belek dan kemudian meletakkan semula di rak. Di sebelah rak, terdapat sebuah singki kecil untuk mencuci tangan. Fatin berjalan ke arah deretan kereta, terdapat pelbagai kereta di situ, Audi RS5, Lexus NX, BMW 330i M Sport, Mercedes Benz AMG, Aston Martin Vantage. Ada satu ruang untuk Mercedes CLA yang Amen gunakan pada setiap hari.

Fatin pergi melihat kereta yang menarik perhatian dia, Audi RS5. Dia melihat sekeliling kereta, dia mengusap perlahan di bahagian cermin hadapan. Fatin mahu membuka pintu kereta untuk melihat bahagian dalam, sudah tentu pintu sudah dikunci. Dia pergi ke rak untuk mencari kunci kereta, tapi tak jumpa. Fatin melihat kereta yang lain, ketika dia sedang leka menjenguk BMW, pagar garaj naik secara automatik, kereta Mercedes masuk ke dalam dan membelok untuk masuk ruang kosong. Fatin menangkat kepalanya, melihat Amen keluar dari kereta. Amen memandang dia, " Seronok tengok kereta saya?" tanya Amen. Fatin memberikan senyuman, " Awak ada banyak kereta, tapi saya tak nampak awak bawa ke pejabat." jawab Fatin. Amen tersengih, " Ini semua koleksi saya. Dah lama saya simpan duit untuk beli kereta, bila duit sudah cukup, saya beli sebagai ganjaran untuk diri sendiri." balas Amen. Dia berjalan ke arah Fatin dan meletakkan tangannya di bahu dia, dan berjalan bersama. " Sayang, dah makan?" tanya Amen. " Dah makan tadi." jawab Fatin. Amen menangguk kepalanya. Dia menutup suis lampu dan membuka pintu, melangkah bersama dengan Fatin.

Malam menjelma, suasana di taman menjadi sejuk dan nyaman. Amen berdiri di hadapan longgokan kayu api, daun kering dan ranting pokok. Dia menuang minyak petrol di atas longgokan daun tumbuhan kering, menyalakan pemetik api dan mencampak pemetik api ke unggun api. Api menjadi besar dan marak, cahaya jingga menerangi suasana malam. Di tepi Amen, terdapat beberapa barang diberikan oleh Suri ketika hari jadi, barang yang dibeli untuk Suri dan kanvas lukisan. Dia mengambil sebuah buku nota, menarik keluar halaman dan mengoyak menjadi serpihan kecil dan campak di unggun api. Dia terus mencampak beberapa barangan lain, Fatin melihat di tepi pintu, berjalan mendekati dia. " Amen." tegur Fatin. Amen menoleh ke belakang, " Ada apa, Fatin?" jawab dia dengan serius. Fatin berdiri di sebelah dia, " Awak nak bakar semua benda ni?" tanya Fatin. Amen menjawab, " Ya, saya nak lupa dia. Tak gunanya simpan semua benda ni, Kalau awak nampak, mesti awak tak suka. Saya nak mula hidup baru dengan awak, sayang. Hidup baru tanpa kenangan silam bekas kekasih." jawab Amen. " Macam mana kalau dia datang, pujuk awak kembali pada dia?" tanya Fatin. Amen mengeluh, " Saya suruh dia pergi jauh, sebab dia tinggalkan saya untuk lelaki lain." jawab Amen. Dia mengambil kanvas lukisan, membuka kertas pembalut dan melihat lukisan untuk kali terakhir. Fatin memerhatikan dia, tapi tak bercakap apa-apa. Dia tahu bahawa melupakan bekas kekasih mengambil masa, setengah orang mendapat melupakan dalam beberapa bulan, setengah orang mengambil masa bertahun-tahun. Amen mencampak kanvas lukisan di unggun api, api mula menjilat kanvas, sekeliling lukisan menjadi hitam, wajah Suri sudah mengelupas dan hancur. Amen menarik nafas dan menghembuskan, dia merasa lega, tiada perasaan sedih dan sengsara. Amen mengajak dia masuk ke rumah dan menutup pintu seperti menutup hatinya. Cukup sahaja Fatin seorang di dalam hatinya.

Fatin menaiki tangga dan melihat bilik di hujung koridor, pintu bilik itu terbuka sedikit. Amen pernah memberitahu bilik tu ialah bilik kosong. Dia mendekati bilik itu, pegang tombol pintu untuk menutup. Ketika ingin menutup, dia memandang sesuatu. Fatin menolak pintu lebih luas, dia melangkah masuk. Kelihatan sebuah kabinet kaca diterangi dengan cahaya lampu, terdapat patung mannequin tanpa kepala memperagakan gaun pengantin berlengan panjang, potongan A line, dihiasi dengan corak sulaman lace di bahagian lengan dan dada. Manakala bahagian bawah diperbuat dengan kain organza putih, terdapat corak lace di hujung gaun. Gaun pengantin agak labuh dan meleret ke lantai. Fatin berjalan ke belakang kabinet untuk melihat lebih dekat, bahagian belakang gaun terdapat deretan butang, Fatin menjadi teruja dan tertanya-tanya, gaun pengantin milik siapa? Seolah-olah menanti dia bersuara, Amen bersandar di dinding dan memerhatikan dia. " Gaun pengantin tu untuk awak, sayang." Fatin menoleh ke arah dia, " Untuk saya? " tanya Fatin. Amen menangguk kepalanya dan mendekati dia. Pandangan mata dia menjadi khayal, fikiran obses kembali semula, Amen menarik dia ke pelukan, Fatin menjadi terkedu. " Saya tak hidup tanpa awak, sayang. Saya betul-betul cintakan sayang." kata Amen. Dia lepaskan pelukan, dan berjalan memasang suis lampu. Cahaya lampu menerangi ruang, kelihatan ada banyak gambar memenuhi ruang dinding. Fatin memandang gambar-gambar itu dengan gerun dan tidak percaya, tidak percaya yang bahawa Amen mampu berlakuan begitu, memecah masuk rumah sewa untuk mengambil gambar ketika dia tidur. Jika Fatin tahu bahawa Amen pernah tidur sebelah dirinya di katil yang sama, sudah tentu Fatin melarikan diri dan tidak kembali semula.

Amen masih leka melihat reaksi Fatin, dia tersenyum bangga dengan " hasil kerja". Fatin memandang dia sambil mengelengkan kepalanya. " Amen, kenapa awak buat begini? Kenapa awak tak terus terang dengan saya?" tanya Fatin dengan keliru. Amen menjawab, " Bukan segalanya sudah jelas? Saya cintakan awak, saya gilakan awak. Saya sanggup buat apa saja untuk awak, Fatin." Fatin merasa tertekan kerana Amen tidak memahami perasaannya, " Cinta awak kata? Awak buat hidup saya dalam ketakutan! Setiap hari saya rasa risau dengan diri sendiri! Kalau saya tahu semua ni kerja awak, saya tinggalkan awak!" balas Fatin dengan kasar. Amen merasa sedih dengar kata-kata Fatin, kata-kata itu menghiris hatinya. Dia menarik laci ketika Fatin memarahi dirinya dan melulut di depan Fatin. Kepalanya menunduk memandang lantai kayu, Fatin meminta dia bangun. " Apa awak buat, Amen? Bangun, Amen! Saya kata bangun!" Di tangannya terdapat sebilah pisau kecil, Amen membuka butang kemeja, menangkat kepalanya dan memandang Fatin. " Bukan awak kata hari tu, tak mahu berpisah dengan saya? Sekarang awak nak tinggalkan saya? Awak tak faham perasaan saya, saya sanggup mati kerana awak, sayang." Dia menangkat tangannya yang memegang pisau dan melalukan pisau di dada. Darah mula mengalir di dada, membasahi perut dan seluar. " Amen!" teriak Fatin. Dia mengambil beberapa helai tisu daripada kotak tisu di meja. Dia menekan tisu di dada Amen, supaya darah berhenti mengalir. " Jangan buat benda bodoh depan saya, Amen! Saya tak nak kehilangan awak." Fatin mengambil pisau dari tangannya dan membaling ke arah penjuru bilik.
Wajah Amen berkerut menahan kesakitan, " Sekarang awak faham perasaan saya? Kenapa saya sanggup masuk ke dalam rumah awak? Sebab saya cintakan awak, awak buat saya jadi hilang akal." Fatin terdiam bila mendengar kata-kata itu, " Amen, tolong jangan takutkan saya dengan semua benda ni." Fatin mula menangis teresak, dia meletakkan kepalanya di bahu Amen.

Amen meletakkan tangan di rambut dia dan mengusap perlahan. " Awak dah janji dengan saya kan? " tanya Amen. Fatin memandang dia dengan wajahnya merah, air mata mengalir di pipi. " Memang saya dah janji dengan awak, tapi tak payah cederakan diri." balas Fatin. " Tapi awak kata nak tinggalkan saya? " soal Amen. Fatin mengelengkan kepalanya, " Tak! Saya takkan buat macam tu, saya cuma marah sebab awak tak nak faham perasaan saya." kata Fatin sambil mengesat matanya. Kemudian dia melihat luka di bahagian dada, darah sudah berhenti. Dia membawa Amen ke bilik air untuk mencuci luka dan menampal pembalut. Setelah selesai, dia mengambil pisau dan sembunyikan di tempat lain. Amen sudah tidur di katil, Fatin menutup pintu bilik dan melangkah masuk ke bilik tidur untuk memejam matanya.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now