Enam belas

0 0 0
                                    

SABTU, 26 OGOS 2023.

Wawan memandang cermin di hadapan, dia mengusap rambutnya dan memastikan keadaan rambut kemas. Dia menarik nafas beberapa kali. Wawan melihat pantulan diri di cermin, " Kau boleh buat, Wawan. Kau boleh buat." guman dia sendiri. Dia menyebut beberapa kali untuk menyakinkan diri. " Kau okay tak, Wawan?" Kedengaran suara menegur dia, Wawan menoleh ke belakang. Hasrul berdiri di pintu sambil memeluk diri. Wawan menangguk kepalanya. " Okay, cuma nervous. Siapa tak nervous pada hari perkahwinan sendiri?" balas Wawan. " Aku tak pernah berkahwin, tapi aku faham perasaan kau. " jawab Hasrul sambil mendekati dia. Hasrul meletakkan tangannya di bahu Wawan, kemudian menepuk beberapa kali. " Semoga kau berjaya, aku berharap kau dengan Dila bahagia selalu. Kau layak miliki kebahagiaan seperti orang lain, sudah lama kau menderita." Wawan menetap bibirnya, menahan sebak di dada. Hasrul mula merasa menyesal kerana menyebut kisah silam, dia tiada niat berbuat begitu. " Aku minta maaf, Wawan. Aku tak sengaja sebut." kata Hasrul. 

" Aku tahu, memang dah lama aku menderita. Aku sangka selama ni, tak ada siapa mahukan aku. Mak ayah aku entah ke mana diorang pergi, entah masih hidup atau mati. Sedikit pun diorang tak ambil peduli pasal aku, tak pernah melawat aku masa tinggal rumah anak yatim."  jawab Wawan. Ketika Wawan mengimbau kisah silam, Hasrul melangkah ke tingkap untuk melihat pandangan. Sebenarnya dia bukan melihat pandangan di luar tingkap, dia bergelut dengan perasaan sedih. Hasrul juga memahami perasaan Wawan, dia juga ditinggalkan oleh ayahnya. Seolah-olah lenyap di muka bumi, tiada surat atau panggilan telefon. Untuk meneruskan kehidupan, ibu Hasrul bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah, Hasrul juga bersekolah di tempat sama. Dia dan ibunya bangun lebih awal, bersiap sedia untuk menghadiri sekolah. Membawa bekal makanan yang dimasak oleh ibu, ada kala Hasrul mendapat makanan lebih daripada pengurus kantin. Makanan tidak habis dijual berikan Hasrul untuk dibawa pulang. Ibu bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka, pada waktu malam, dia menyiapkan tempahan menjahit. Kadang-kala Hasrul menyedari, bahawa bukan semua orang suka dengan dia. Ketika berjalan ke sekolah, Hasrul terdengar perbualan pelajar-pelajar lain. Masing-masing berbisik antara satu sama lain, mengatakan sesuatu tentang dirinya yang tidak mempunyai seorang bapa. Ada rakan sekelas bersimpati dengan keadaan dia, memberikan duit raya dan kuih selepas seminggu bercuti raya.
" Semuanya okay ke?" Kedengaran suara bertanya di bilik persalinan. Hasrul dan Wawan menoleh ke pintu, kelihatan Yandy, Marlon dan Amen berada di situ. " Kenapa lama sangat? Keluarga pengantin perempuan dah sampai. Cepat bersiap." kata Marlon. " Yalah" balas Hasrul. Marlon mula menbebel ketika turun tangga bersama Yandy. " Jangan bersiap lama sangat, nanti diorang fikir kita ni tak ada adab pulak. Tak sambut kehadiran diorang." Yandy menangguk kepalanya ketika mendengar syarahan Marlon, dia tak mahu ada salah faham antara keluarga pengantin perempuan.

Amen melangkah masuk dan memandang mereka berdua. "Nak aku tolong ke?" tanya Amen. " Ya." kata Hasrul. " Tolong beri kata-kata semangat untuk kawan kau ni. Jangan sampai dia tarik diri sudah."  Wawan memandang mereka dengan muka pucat lesi. " Aku rasa nervous, rasa nak batalkan acara hari ni." kata Wawan. Hasrul memandang dia dengan riak serius. " Kau jangan memandai-memandai batalkan majlis. Kalau kau buat macam tu, siapa nak ganti tempat kau? " soal Hasrul.

" Ya, aku tahu. Tapi aku nervous gila, sampai kaki mula mengigil." jawab Wawan. Amen menepuk bahu Wawan, " Apa kata, kau cuba tarik nafas dulu. Duduk, tenangkan fikiran." kata Amen. Wawan mengikut arahan dia dan duduk di kerusi. Setelah beberapa minit, dia bangun dari kerusi. Wawan merasa lega, fikiran menjadi tenang. "Okay, aku dah bersedia." kata Wawan. Hasrul menangguk kepalanya. " Macam tulah, Wawan yang aku kenal tak putus asa. " jawab Hasrul sambil menepuk belakang lebih kuat daripada tepukkan Amen di bahu. Amen mampu tersengih seperti kerang busuk. Mereka turun ke bawah untuk berjumpa keluarga Dila. Selepas bersalam-salaman, Wawan dan Dila duduk berhampir dengan Tok Kadi. Setelah lafaskan akad nikah, mereka keluar untuk menjamu selera. Amen menjadi teruja ketika melihat nasi minyak. " Akhirnya, dapat makan nasi minyak hari ni."  guman dia sendirian. Setelah sudah mengambil makanan, ibu Hasrul mendekati anaknya. " Asrul." panggil ibu. Hasrul menoleh ke arah ibunya. " Ada apa, mak?" tanya Hasrul. " Saja, nak duduk dengan kamu." balas Ibu.  Ibu Hasrul memakai baju kurung biru muda dengan tudung berwarna putih. Dia duduk bersebelahan dengan anaknya. " Mak, dah makan?" soal Hasrul. " Dah, makan bubur jagung. Rajin betul kawan-kawan kamu datang, tolong mak dengan persiapan kahwin ni." jawab ibu.  " Ya, Asrul tahu." Hasrul memanggil diri sebagai Asrul ketika bersama ibunya. Asrul itu panggilan manja ketika dia kecil.
Ibu Hasrul memandang Wawan dan Dila di meja makan, mereka saling bersuap makanan, manakala Hasrul melihat sekeliling. Mencari kucing kesayangan ibu.

Ibu mengeluh perlahan, " Kesian betul dengan Wawan, ada mak ayah tapi tak ambil peduli pasal anak.  Betul ke dia tinggal rumah anak yatim sampai umur 18 tahun?" tanya Ibu. Hasrul menangguk kepalanya. Ibu bertanya lagi. " Wawan tu tak mahu cari mak ayah balik?  Macam mana kalau diorang cari dia?" soal ibu. Hasrul memandang wajah ibunya, " Kalau betul, ibu bapa sayangkan anaknya, kenapa tinggalkan dia seorang diri tanpa penjaga? Seorang anak sedang sakit, tinggalkan selama berhari-hari? Itu kasih sayang atau abaikan tanggungjawab, mak?" soal Hasrul kepada ibunya. Hasrul tahu ibunya tiada mempunyai sebarang jawapan untuk soalan, tapi dia mahu ibu memahami perasaan Wawan yang diabaikan, bersendirian di rumah anak yatim. Melihat anak yatim yang lain diambil oleh keluarga angkat. Sudah tentu, dia merasa sedih dan cemburu.

" Asrul minta maaf kalau sakit hati mak, tapi memang betul. Wawan tak berminat nak mencari mak ayah, sebab dia dah tahu jawapannya. "  " Macam mana dia tahu?" tanya Ibu. Hasrul membalas " Wawan ada bagi tahu, setiap bulan dia tulis surat untuk mak ayah dia, tapi tak pernah balas.  Kalau diorang tak balas surat dia, maksudnya diorang tak sayang dengan anak sendiri."  kata Hasrul. " Mungkin dia salah tulis alamat rumah?" balas Ibu. Hasrul mengelengkan kepalanya. " Wawan ada tunjuk kat Asrul, surat dihantar semula oleh posmen. Semua surat dicop dengan " Dipulangkan " . Hasrul mengeluh perlahan, " Sudahlah, mak. Jangan sedih pasal Wawan. Doakan dia dengan isteri dia bahagia selalu." kata Hasrul. Ibu menangguk kepalanya. Hasrul meletakkan tangannya di atas tangan ibunya, kemudian mengenggam perlahan. " Asrul cuma ada mak sahaja dekat dunia ni, kalau mak tak ada, ke mana Asrul nak pergi?" kata Hasrul sambil menahan sebak. Ibu mengusap rambut Hasrul, " Mak kan ada depan mata kamu, mak takkan pergi ke mana-mana." balas Ibu. " Asrul tak boleh hidup tanpa mak, umpama tak ada arah tujuan." balas Hasrul. Ibu menahan sebak ketika mendengar kata-kata Hasrul, selama ini dia bersusah payah membesarkan anak tanpa suami. Dia menahan caci maki oleh orang sekeliling yang takutkan dengan status dia sebagai ibu tunggal. Di pandangan mereka, dia seorang janda yang mahu menggoda suami mereka dan merampas kebahagiaan rumah tangga.

" Sebenarnya mak nak cari isteri untuk Asrul, mak nak kamu bahagia macam orang lain. Andai kata mak pergi dulu....."  Belum sempat ibu mengatakan sesuatu, Hasrul sudah memekik. " MAK, JANGAN CAKAP MACAM TU! ASRUL TAK NAK MAK PERGI DULU!"  Dia mengenggam kedua-dua tangan ibunya dengan kuat hingga tangannya bergetar. Hasrul mengelengkan kepalanya, " Jangan pergi, mak. Asrul takut, Asrul takut sangat." kata Hasrul dengan air mata mengalir di pipi. Mata ibu terbeliak melihat wajah anaknya. Dia memujuk Hasrul, " Shhhh, shhh, jangan sedih. Mak ada dekat sini.". pujuk ibu. Dia menarik keluar dari genggaman tangan anaknya, kemudian mengusap rambutnya. Amen datang ke meja mereka sambil membawa sekotak tisu. " Makcik, ambil tisu ni."  " Terima kasih, Amen." kata ibu mengambil kotak tisu dari tangan Amen. Amen menangguk kepalanya dan kemudian berjalan laju meninggalkan mereka. Dia merasa kerongkong menjadi ketat dan menahan sebak, manakala Yandy dan Marlon cuba mengawal raut wajah mereka supaya tidak diketahui oleh orang lain. Mereka merasa sedih kerana melihat ketua mereka meluahkan perasaan. Mujurlah keluarga Dila sudah masuk ke dalam rumah untuk berehat dan berbual.  Kalau tak, keadaan menjadi riuh rendah.  Siapa sangka yang ketua mafia juga mempunyai perasaan.

Wawan merasa gembira melihat keluarga Dila menerima dia sebagai menantu, sebelum ini dia risau kalau keluarga Dila tak terima dia kerana tidak mempunyai ibu bapa. Segala urusan perkahwinan diuruskan oleh ibu Hasrul, pakaian perkahwinan juga dijahit dengan hasil tangan ibunya. Wawan bersalam dengan bapa Dila, bapa Dila tersenyum melihat kelakuan sopan Wawan. Setelah berbual-bual, keluarga Dila pulang ke rumah dengan membawa buah tangan, meja dan kerusi sudah dikemaskan. Hasrul dan ibunya, Marlon, Yandy dengan Amen sudah pulang ke rumah. Dila memandang suaminya, " Kita pergi honeymoon bila?"  " Esok. Kita pergi ke Terengganu, Pulau Redang. " balas Wawan.  Dila menjadi teruja lepas mendengar, " Kita pergi mandi dekat pantai." Wawan menangguk kepalanya dan mengambil tangan Dila, mencium perlahan. " Dila, saya gembira dapat kahwin dengan kamu. Lepas ni, saya takkan kecewakan awak." kata Wawan. Dila memberikan senyuman pada suaminya.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now