Tujuh

3 0 0
                                    

ISNIN, 10 OKTOBER 2022, AMIEN.

Aku berjalan keluar dari lift, berjalan menuju kereta Mazda untuk pulang ke rumah. Aku membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin kereta. Sementara menunggu enjin menjadi panas, aku memeriksa telefon. Terdapat satu mesej dari Amen, mesej ditulis SELAMAT ULANG TAHUN, AMI.
Aku tersenyum ketika membaca, nampaknya abang aku tak lupakan aku. Aku teringat pada gadis yang aku  memberikan nombor telefon kepada Amen, adakah dia dalam keadaan elok sahaja? Entah kepada aku teringat pada dia, dia nampak muda dari aku. Maklumlah usia aku sekarang ni dah meningkat, dah masuk umur 30 tahun. Aduh, rasa tua sangat, patut dah ada anak dengan bini. Aku pernah terfikir bahawa aku akan jadi bujang sampai akhir hayat, tak ada perempuan mahukan aku.

Sudahlah, aku tak mahu fikir pasal jodoh. Tapi sumpah, aku merasa sunyi bila orang sekeliling kelihatan lebih bahagia daripada aku. Tambah-tambah lagi diorang yang sibuk mengusik aku, ehh, panas hati aku dibuat dengan soalan cepus emas. " Bila nak jemput kitaorang makan nasi minyak, Amien?"  " Bila kau nak kahwin?"  Geramnya aku bila dengar kata-kata itu. Aku meletakkan tangan di stereng kereta dan menurunkan brek tangan. Aku memandu kereta keluar dari kawasan parking lot, menuju ke jalan raya. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, aku memandang ke kanan, kelihatan seorang lelaki muda sedang mengayuh basikal. Aku terus memandang lelaki itu, dia memakai baju t-shirt lusuh, seluar sukan dan selipar. Entah kenapa dia mengingatkan aku pada Amen. Dia pernah juga mengayuh ke tempat kerja, bekerja di kedai runcit Pak Mat. Bila waktu petang, dia pulang dengan basikal itu. Basikal itu pemberian ayah sebelum dia meninggal dunia. Aku masih ingat kenangan silam itu.

"Dasar budak tak guna! Kau memang menyusahkan aku, kau dengan abang kau sama je!" tengking Hanani sambil menunding jari pada aku. Aku pun membalas, " Manalah aku tahu pasal duit yang hilang. Jangan-jangan kau bagi duit kat pakwe kau yang tak ada kerja."  Hanani memandang aku dengan wajah bengis, dia menjadi marah selepas mendengar kata-kata hinaan yang keluar dari mulut aku. Memang betul, dia ada boyfriend paling tak berguna dalam dunia ni. Tak ada kerja, tak ada simpanan untuk masa depan. Agaknya kalau diorang kahwin, tak sampai setahun perkahwinan diorang dah bercerai. Mungkin dalam lima bulan. Aku memberi senyuman mengejek, dia merenung aku sambil mengenggam penumbuk.

Aku terus masuk ke bilik tidur dan mengunci pintu. Aku baring di katil, memejamkan mata untuk tenangkan fikiran. Alangkah bagusnya kalau mak dengan ayah masih ada di dunia. Kami tak perlu menghadap Mak Su dan Hanani,dimarahi oleh mereka. Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk dengan kuat, Abang dah balik ke? Aku membuka mata dan bangun dari katil. Berjalan ke pintu dan membuka kunci. Aku menarik pintu lebih luas, belum sempat aku bercakap, pipi aku ditampar oleh seorang. Aku berasa pedih di pipi kiri, aku melihat kelibat di hadapan aku. Bukan abang aku, tapi perempuan sial itu. Mak Su merenung tajam kepada aku, biasanya aku menjadi takut dengan renungan mata dia. Aku mula rasa marah dengan mereka, " Kenapa Mak Su tampar saya?"  soal aku. Mak Su memcecak pinggang dengan kedua-dua tangannya. " Memang patut kau kena tampar! Dasar budak tak mengenang budi! Berani kau curi duit anak aku, sekarang kau mesti ganti balik! " Aku membalas, " Buat apa aku ganti balik? Anak kesayangan kau tu hilangkan duit. Suruhlah dia bekerja untuk ganti duit daripada asyik makan. Badan besar macam kerbau. " Mak Su mendengus marah dan menarik rambut aku dengan kuat. Aku mejerit kesakitan, aku menepis tangan Mak Su. Tak guna lagi untuk hormat mereka sebagai saudara-mara, tak guna lagi untuk tinggal sini. Aku benci dengan mereka, benci tinggal dalam rumah ni. Aku benci melihat mereka setiap hari. Aku mengambil sebuah pasu bunga hiasan yang dibeli di Pantai Lumut dan hempaskan di lantai. Pasu itu pecah menjadi ribuan seperihan di lantai kayu. Tanpa berkata apa- apa, aku terus turun ke tanah. Aku nampak Abang mengayuh basikal dengan laju, kemudian dia lompat turun dari basikal tanpa menghiraukan keadaan basikal masih yang terjatuh di tanah. Dia segera mendekati aku dan bertanya keadaan. Aku mengadu kepada dia bahawa aku ditampar oleh Mak Su disebabkan duit yang hilang. Amen memujuk aku bahawa dia tak pernah meragui aku.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now