Dua puluh tujuh

1 0 0
                                    

KHAMIS, 18 JANUARI 2024.

Fatin mengunyah nasi dengan perlahan, Amen memandang dia dengan hairan. " Kenapa? Tak sedap ke lauk yang saya masak?" tanya Amen. Fatin mengelengkan kepalanya, " Sedap, cuma ada benda yang menganggu." balas Fatin. " Apa dia?" soal Amen. Fatin mengambil masa sebelum menjawab. " Amen, kalau saya tanya, jangan marah. Betul ke awak tak berhubung dengan Suri?" tanya Fatin. Soalan dari Fatin membuatkan Amen hampir tersedak, dia cepat-cepat mengambil cawan dan minum. Setelah minum air, dia berdehem kerongkong. " Kenapa awak cakap macam mana tu? Saya dah lama tak berhubung dengan dia, kali terakhir masa dia minta putuskan hubungan. Itu je." jawab Amen. Fatin memandang dia dengan serius, " Sebenarnya, masa awak keluar, cari barang dapur. Dia datang ke sini." Amen menjadi terkejut dan matanya terbeliak. " Dia datang? Kenapa awak tak cakap dengan saya awal-awal?" soal Amen. " Saya tak nak fikiran awak terganggu dengan dia, okay. Dia datang sini, cari awak." balas Fatin. " Cari saya buat apa? " soal Amen. Fatin mengeluh perlahan, " Mungkin dia nak pujuk awak kembali pada dia." kata perlahan. Amen mengunyah daging perlahan sambil berfikir, bagaimana dia tahu tentang rumah banglo ni? Ada orang lain yang beritahu pada Suri, tak mungkin. Yang tahu tentang rumah ni hanya Amen sendiri. Melainkan Suri mengupah penyiasat persendirian dan memberikan maklumat peribadi kepada mereka.

Fatin menceritakan tentang kehadiran Suri pada Amen. Dia sedang leka menyapu halaman rumah dan mendengar suara memberikan salam. " Asalamualaikum, Amen. " Fatin berhenti menyapu lantai jubin, meletakkan penyapu di tepi dinding. Fatin berjalan menuju ke pagar rumah, " Walaikumusalam." balas Fatin. Kelihatan seorang wanita berdiri di depan pagar, di belakang wanita itu, terdapat sebuah kereta Proton. Dia memandang wanita, wanita itu memakai t-shirt, seluar jean dan kasut sandal. Fatin melihat wanita itu, dia merasa pernah lihat wajahnya, dan segalanya muncul semula. Wanita ialah bekas kekasih Amen, Suri. Fatin berdehem kerongkong, " Ya, cari siapa?" tanya Fatin. " Hmm, Amen ada dalam rumah?" tanya Suri. Fatin mengelengkan kepalanya," Sorry, dia tak ada dalam rumah. Dia keluar. " balas Fatin. Suri memandang dia dan bertanya sekali lagi. " Saya minta maaf, Amen memang tak ada." jawab Fatin. Suri tak mahu mengalah, " Tapi kereta dia ada, kan? Saya kenal nombor plat kereta dia. " kata Suri sambil menunding jari di belakang Fatin. Fatin menoleh ke belakang, melihat Mercedes CLA di depan pintu masuk. Tak guna! Kenapa aku tak perasaan kereta dia ada dekat sini? Dia bawa kereta yang lain? Fatin menoleh ke hadapan, melihat Suri senyum. Senyuman itu seolah-olah mengejek dirinya. " Amen keluar dengan kereta lain, kalau tak ada apa-apa urusan, awak pergi balik." Suri menjadi terkejut, " Awak kan orang gaji dia, takkan awak tak tahu ke mana dia pergi?" kata Suri. Orang gaji kau kata! Fatin mahu melawan, tapi dia mencuba berlagak tenang. " Amen pergi ke Sarawak, ada business meeting. " jawab Fatin. " Bila dia balik, esok ke?" soal Suri. Fatin mengelengkan kepalanya. " Saya tak pasti, dia akan beritahu bila dia akan pulang." Suri memberikan kad pada Fatin dan meminta menghubungi setelah Amen pulang. " Awak simpan kad dia ?" tanya Amen sambil bangun dari kerusi dan mengemas meja makan. " Tak, saya dah buang kad tu" kata Fatin sambil mengambil lauk dan bawa ke dalam peti sejuk. Setelah selesai mencuci pinggan, mereka berdua duduk di sofa, Fatin memandang TV dengan muka masam, bibirnya dimuncungkan petanda dia sedang merajuk. Amen memandang dia, tangannya mengusap rambut Fatin. " Sayang, merajuk ya?" tanya Amen. Fatin tak membalas, masih menonton TV dengan muka berkerut dan memeluk dirinya.

Amen mengusik dia, " Mulut tu muncung macam itik, quack quack." Dia ketawa kerana suka mengusik Fatin. Fatin menjeling pada dia, kemudian tengok TV. Amen meletakkan jari di bibirnya dan mengusik Fatin.
Hujung bibir Fatin sudah tersenyum dan dia ketawa. " Jangan marah, sayang" pujuk Amen. Fatin memandang dia, " Tukar kereta awak tu, saya tak nak tengok bekas kekasih awak datang ke sini, kata pernah naik kereta awak." balas Fatin dengan masam. Amen memandang dia dengan terkejut. " Tukar? Pasal kereta pun awak nak merajuk?" soal Amen. Fatin memberikan jelingan mata kepada dia, Amen menangkat tangannya mengaku mengalah. " Yalah, yalah. Nanti saya guna kereta Aston Martin tu bila keluar." jawab Amen. Fatin menarik nafas dan menghembuskan, dia menangguk kepalanya. Amen memandang dia, " Awak masih marah dengan saya lagi?" tanya Amen. Fatin membalas, " Dah kurang, lepas ni saya tak nak tengok muka dia lagi dekat rumah ni." 
Amen menjawab, " Kalau dia datang lagi, biar saya uruskan. Jangan risau sangat."  Fatin memberikan senyuman pada Amen, " Okay, suruh dia pergi ke tempat lain." minta dia pada Amen.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now