Sembilan belas

0 0 0
                                    

JUMAAT, 8 SEPTEMBER 2023.

Pintu bilik dibuka dan dia melangkah masuk ke dalam, Kemudian pintu ditutup dan dikunci, Dia menekan suis lampu, cahaya lampu menerangi ruang bilik. Dia berjalan ke sebuah meja dan duduk di kerusi. Lelaki itu melihat beberapa keping gambar yang baru dicetak di pencetak gambar, dia mengambil gambar dan mengusap perlahan. Gambar itu menunjukkan seorang wanita sedang berjalan di ruang pejabat, setiap kali dia menatap wajah wanita yang telah mencuri hatinya, dia merasa teruja dan gembira. Kalau boleh, dia mahu memiliki wanita itu, dia tidak peduli apa orang katakan pada dia. Dia mahu wanita itu menjadi kekasihnya dan dia harus menerima cinta dari lelaki itu, tidak boleh menolak.

Lelaki meletakkan gambar di meja, melihat kepingan gambar yang lain. Gambar yang menjadi kegemaran ialah gambar gadis itu sedang tidur. Dia mengusap dan kucup perlahan di bahagian wajahnya, dia mengucup gambar agak lama. Kemudian dia melepaskan gambar dan mengambil pita lekat dan beberapa gambar lain. Dia berjalan ke dinding, menampal gambar-gambar di situ. Setelah selesai, dia berundur ke belakang dan menikmati " pandangan yang indah." Begitu banyak gambar-gambar wanita di dinding, setengah gambar diambil dari jarak jauh, setengah diambil dengan jarak dekat. Dia melihat gambar-gambar itu setiap hari, dia mahukan gadis itu juga. Umpama seorang penagih dadah yang perlukan dadah untuk hilangkan ketagihan. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk gadis itu, bahkan dia sanggup bukitkan bahawa dia memang mencintai dia. Jika gadis itu meminta dia bukitkan, dia sedia membelah dadanya dan memberikan jantungnya kepada dia. Dia menarik nafas, dan memandang ke satu sudut di bilik itu. Dia melihat sebuah kabinet kaca yang berbentuk segi empat panjang, dirikan secara menegak. Lelaki itu tersenyum apabila melihat kabinet kaca, dia mendekati kabinet itu dan meletakkan tangannya di situ.

" Tunggu ya, sayang. Saya carikan hadiah yang sesuai dengan awak. Tak lama lagi awak jadi milk saya dan saya jadi milik awak. Awak tak boleh lari daripada saya, sayang." kata lelaki itu. Dia menurunkan tangannya di kabinet dan berjalan ke pintu. Dia menutup suis lampu, membuka selak pintu dan melangkah keluar dari bilik itu. Kemudian dia mengunci semula pintu itu.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now