Lapan

1 0 0
                                    

SELASA, 11 OKTOBER 2022.

Suasana malam semakin sibuk dengan kehadiran pengunjung sedang menjamah makanan di sebuah restoran. Yandy dan Hasrul berjalan keluar dari restoran, menunggu Marlon bayar bil dan bungkusan makanan. Setelah selesai bayar, dia berjalan menuju ke Range Rover yang diletakkan di tepi jalan. Yandy melihat bungkusan makanan itu dengan riak hairan. " Kau beli apa tu, untuk aku ke?" tanya Yandy. Hasrul juga memandang bungkusan itu dengan curiga. Marlon cepat-cepat membalas, " Bukanlah, ini untuk Wawan dengan Amen sekali. Aku saja beli untuk diorang."  Hasrul menangguk faham dan berkata, " Sayang betul kau dengan diorang berdua."  Marlon ketawa apabila mendengar kata-kata Hasrul, " Aku sayang diorang berdua tu macam adik-beradik, aku harap Amen cepat sembuh. " Yandy mencelah, " Cepatlah, buka pintu kereta. Aku rasa sejuk ni. Nampak gaya malam ni, hujan nak turun." kata Yandy. Mereka menutup mulut dan memasang telinga masing-masing. Deruan angin bertiup sederhana dan rasa sejuk mengena di tubuh mereka. Hasrul cepat-cepat memakai jaket hijau gelap di tangannya. Dia menanggalkan jaket itu ketika di restoran, kerana suasana restoran menjadi panas. Marlon mengeluarkan kunci kereta dan membuka pintu. Yandy dan Hasrul membuka pintu dan masuk ke dalam. Marlon memasangkan enjin kereta dan memandu ke apartment Wawan.

Setelah mereka tiba di apartment Wawan, Wawan sibuk melayan mereka sambil menhidangkan minuman. Amen duduk di sofa, berbual dengan mereka. " Dah sembuh luka tangan kau, Amen?" tanya Marlon. Amen menangguk, " Dah sembuh, cuma ada parut. Bila gerakkan tangan, ada rasa sakit sedikit." balas Amen. Marlon menangguk faham. Yandy bergurau, " Seronok ya, Amen? Bercuti lama? Lepas ni, giliran aku pulak bercuti."  Amen hanya mampu senyum sahaja lepas mendengar kata-kata Yandy. Wawan mencelah, " Sudah tu, Yandy. Dia perlukan rehat. " kata Wawan. Riak wajah Yandy menjadi masam, " Aku cuma bergurau je, tak payahlah nak serius sangat. Kau dengan Amen ada hubungan istimewa ke?' 
Marlon ketawa terbahak-bahak selepas mendengar kata-kata Yandy, manakala Hasrul hampir tersembur minuman di kerongkong, dia cepat-cepat menelan semula. Dia mengambil sehelai tisu dan mengelap bibirnya.

Wawan memandang Yandy dengan perasaan geram, dia mengenggam tangannya sambil menunjukkan di hadapan Yandy. " Kau nampak penumbuk ni! Kalau kau buka mulut, cakap benda bukan-bukan. Aku tumbuk muka kau! Jangan nak main-main dengan aku!" Hasrul mencuba menenangkan Wawan, " Cukuplah, Wawan. Tak payahlah nak bergaduh. Kita semua dah dewasa, tahu tak. Yan cuma bergurau je." Wawan memandang Hasrul, riak tidak berpuas hati kelihatan jelas di wajahnya. " Bergurau! Kau suka kalau orang lain buat cerita tak elok pasal kau?" soal Wawan. Hasrul menjawab, " Ya, aku tahu. Aku pun merasa masa kecil dulu.  And now, sit down and take a breath." arah Hasrul.
Amen menarik tangan Wawan dan menekan bahunya supaya dia duduk di sofa." Duduklah, Wan. Macam perempuan kau ni, emo sangat. Kita ada jiran sebelah, diorang pun nak tidur jugak.' kata Amen. Dia memandang pada Hasrul, " Macam mana dengan kerja? Ada apa-apa terjadi semasa aku tak masuk kerja?" tanya Amen. Marlon menjawab, " Hmm, setakat ni, tak ada benda mengejutkan dalam office. Macam biasa je, boring. Aku dengan Hasrul uruskan kerja kau. Kalau tak, tergapai-gapai secretary kau buat kerja. Kesian si Fatin tu, dia terpaksa bawak balik semua fail dengan kertas kerja, siapkan dekat rumah. Dah macam buat homework." jawab Marlon. Amen menjadi terkejut, kerana setiausaha sanggup siapkan kerja di rumah. " Kenapa dia buat dekat rumah, bolehkan bagi kerja dekat budak intern? Kenapa dia nak bersusah payah pulak?" soal Amen. Marlon mengeluh, " Sebab kaulah, Amen. Kau matikan telefon, Orang telefon kau, tak angkat. Mesej dengan emel, tak balas langsung! Dia risaukan kau, tahu tak! Kerja dekat office berlambak-lambak. Takkan biar dia buat kerja seorang diri. Nasib baik aku tolong dia. Kau tak prihatin dekat dia, tak kesian dengan Fatin, yang hampir mati gara-gara siapkan untuk kau!"  jawab Marlon dengan kasar.

Amen menunduk kepalanya, memandang ke lantai marmar. Dia mula berasa bersalah kepada setiausahanya. Perasaan bersalah dengan simpati mula mencengkam fikiran dia. " Kejamnya aku, aku biarkan dia dalam kesusahan. Dia sanggup bersusah payah untuk aku, sedangkan aku di sini, bersenang lenang. Makan dan tidur sepanjang hari. What the hell I doing on her?" bisik hati Amen. Dia mengetap bibirnya untuk menahan perasaan sedih, air mata sudah bertakung di matanya. Ketika Amen bergelut dengan perasaan, keadaan di ruang tamu menjadi sunyi. Yandy berbisik kepada Wawan, " Dia menangis ke?" tanya Yandy. Wawan mengelengkan kepalanya. " Aku tak tahu, mungkin kot." bisik Wawan. Hasrul memecah kesunyian itu, " Takpelah, Amen. Aku dah minta Fatin bahagikan tugasan dengan budak intern. Lepas ni, tak payahlah risaukan pasal kerja." pujuk Hasrul. Amen menangkat muka dan menangguk faham. Marlon bangun dari sofa, mengeliat badannya. " Aduh, penatnya badan ni. Kalau tak ada apa-apa, kitaorang nak balik dulu." kata Marlon. Selepas mereka pulang, Wawan mengemas meja dan mencuci cawan. Bungkusan makanan yang dibeli oleh Marlon sudah disimpan di peti sejuk. Belum mereka datang, Wawan dan Amen sudah makan malam. Amen berada di bilik air, sedang mengosok gigi. Selepas selesai mengosok gigi dan mencuci muka, dia melangkah keluar dari bilik air. Dia mengelap muka dengan tuala di lehernya. Dia duduk di katil, menarik laci dan mengeluarkan telefon BlackBerry. Amen menekan butang untuk menghidupkan semula telefon, skrin telefon mula bercahaya dan berbuny menandakan ada notification. Notification masuk bertalu-talu. Amen memeriksa rekod panggilan, ada 12 panggilan dari Fatin. 20 mesej dan 9 emel. Dia membaca semua mesej dan juga emel. Dia membuka emel yang terakhir.


From: fatinlaila@gmail.com
To: Amenfirdaus@hotmail
Subject: About operation's report.

Mister Amen,

I would to inform the whereabout operation file, I can't found the file. Please forgive my mistake, I had a lot paperwork to finish. The file used to be on your desk, I had asked to Mister Hasrul, he also doesn't see the file. Do you remember where you put the file? Please reply my email.

Your secretary,
Fatin.

Amen mencuba membalas emel itu, dia menaip beberapa patah perkataan. Kemudian dia memadam semula. Dia merasa keliru untuk membalas emel pada lewat malam, dia tak mahu menganggu Fatin yang sedang berehat. Dia masih ingat kata-kata Hasrul pada tempoh hari itu, bahawa Fatin mencintai dia. Sesungguhya Amen sendiri tak percaya, dia berharap bahawa kata-kata itu hanya gurauan. Dia menekan butang untuk menutup telefon, dia akan membalas emel pada esok dan memikir sesuatu sebagai balasan untuk setiausaha yang berkerja keras sepanjang ketiadaan dia di pejabat.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now