Lima

4 0 0
                                    

SELASA, 4 OKTOBER 2022.

Hasrul sedang leka menaip dokumen di komputer. Kedengaran bunyi pintu diketuk. " Masuk. " kata Hasrul. Pintu dibuka, Aliya melangkah masuk ke dalam. " Encik Hasrul, ini untuk Encik." kata Aliya sambil meletakkan sekeping sampul surat bersaiz A4 di meja. " Terima kasih, Aliya." balas Hasrul. Aliya memberikan senyuman dan melangkah keluar dari pejabat. Hasrul mengambil sampul surat dan mengeluarkan is kandungan. Dia melihat isi kandungan dan membaca.

Amien Firdaus Bin Muhd Nazmi
Tarikh Lahir: 08.10.1992
Tempat Lahir: Hospital Tanjung Karang
Alamat Rumah: Lot 93, Lorong 22/12
Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 011- 34667283
Bank: Malayan Bank (Maybank)
Nombor Akaun: 163457
Pekerjaan: Penyanyi, penulis lirik, komposer di bawah naungan syarikat Warner Music Malaysia.
Pendidikan: Sekolah Kebangasaan Kuala Selangor
Sekolah Menengah Kebangasaan Kuala Selangor
Akademi Seni Budaya dan Kebangasaan (ASWARA)
Fakulti Muzik
   Bapa: Muhd Nazmi Bin Abdullah
 Tarikh Lahir: 10 Januari 1978  Meninggal dunia pada 20 Mac 2003
   Ibu: Nor Salina Binti Suhaimi      

            Tarikh Lahir: 27 Julai 1985
 

  Meninggal dunia pada 20 Mac 2003


Abang : Amen Firdaus Bin Muhd Nazmi.
Tarikh Lahir: 08 Oktober 1992
Alamat Rumah: Unit 9F, Jalan Ampang, M-City 55000, Kuala Lumpur
Nombor telefon: 019- 54726877.
Email: Amenfirdaus@hotmail


Hasrul menyelak beberapa keping gambar bersaiz 8R yang diambil oleh penyiasat pendirian. Dia melihat salah satu keping gambar, kelihatan Amien sedang berjalan keluar dari pintu utama Warner Music. Seperti abangnya, dia memakai pakaian ringkas dan kemas. Amien memakai blazer biru gelap, t-shirt dan seluar jean.  Hasrul menatap raut wajah Amien, ada iras Amen di mata dan hidung. Ketika Fatin memberitahu tentang Amien, dia tak percaya. Hasrul pernah mendengar bahawa Amen mempunyai seorang adik, tapi dia tak mengatakan adiknya ialah kembar pada dirinya.

Hasrul menyelak sekeping gambar, kelihatan Amien sedang membuka pintu kereta Mazda sambil menjawab panggilan telefon. Entah kenapa pandangan mata Amien seolah-olah pandang tepat pada lensa kamera. Seperti dia tahu bahawa dia memerhatikan oleh seorang. Hasrul mula berasa risau, jika perkara diketahui oleh mereka berdua. Bagaimana kalau Amien mengadu kepada abangnya dan Amen menjadi marah kerana perbuatan ini dilakukan secara rahsia. Hasrul memberikan nombor telefon Amien kepada kawan lama bernama Joe dan meminta dia untuk periksa latar belakang dan mengikuti Amien. Joe juga pernah menjadi undercover ketika bekerja dengan Shahrul. Joe mempunyai karisma dan peramah, senang untuk bergaul dengan pihak musuh,  menggunakan sifat peramah dan mecungkil rahsia dan kelemahan mereka. 

Joe juga keluar dari kumpulan Shahrul selepas cedera di kaki akibat ditembak. Selepas sembuh dari kecederaan, dia menggunakan duit simpanan dan menggunakan kebolehannya untuk membuka sebuah agensi penyiasat pendirian. Memberikan perkhidmatan untuk masyrakat. Hasrul merasakan lega kerana Joe sudi membantu dia. Seperti biasa, dia memasukkan sejumlah wang ke akaun bank milik Joe di talian sebagai tanda terima kasih.  Selepas selesai masukkan wang, dia keluar dari pejabat untuk makan tengah hari.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now