Empat belas

0 0 0
                                    

AHAD, 7 MEI 2023, THE MINES EXHIBITION CENTER

Sudah lapan bulan berlalu, masa yang dinantikan telah tiba. Setelah berlatih berbulan-bulan, segala usaha keras menjadi. Muzik video sudah dikeluarkan pada hari Isnin, sempat mengadakan sebuah showcase untuk pihak media. Amien melihat kelibat peminat di ruang atas. Kehadiran peminat yang berada di dalam dewan membuat dia merasa sebak dan terharu. Amien menahan air mata daripada mengalir, " Jangan nangis, nanti rosak make-up. " Dia menoleh ke belakang. Kelihatan seorang wanita memandang dia, wanita memakai baju kemeja hijau, seluar jean dan kasut tumit rendah. Rambutnya pendek paras leher. Dia memakai lanyard di lehernya dan tertera nama Nadia di dalam kad pekerja. " Saya terharu sangat dengan peminat, Nadia. Tak sangka ramai yang datang. Management kata event ni untuk 200 orang. Tapi ticket dah habis dijual. Diorang minta buka slot untuk peminat yang terlepas. " kata Amien. Perempuan yang dipanggil Nadia itu, mengambil kotak tisu dan memberikan pada Amien. Amien mengambil kotak tisu, mengelap matanya. Nadia mendekati cermin di ruang meninjau, kelihatan krew pentas sedang bersiap-sedia untuk persiapan akhir. Beberapa orang ahli jawatankuasa ditempatkan di sekitar tempat duduk penonton, mereka akan memastikan peminat dapat berhibur dengan sempurna.

Di tengah pentas, terdapat sebuah gambar Amien yang beri senyuman manis, duduk di kerusi, memakai blazer putih, t-shirt biru gelap dan seluar slack hitam. Ada tulisan yang tertera di gambar itu, AMIEN FIRDAUS, FALLING IN LOVE, THE FIRST FAN MEETING.  Kedengaran satu suara menegur mereka," Dah siap, semua?" Amien dan Nadia menoleh ke belakang. Kelihatan Johari berada di pintu. " Dah." balas Amien. " Baguslah, sekarang kita mula baca doa." Johari memulakan bacaan doa, memohon kepada Maha Esa supaya acara berjalan lancar, tiada perkara buruk berlaku kepada mereka semua. Setelah selesai bacaan doa, seorang jurugaya mendekati Amien memberikan sentuhan akhir. Dia menyapu warna coklat gelap di bahagian kelopak mata dengan berus solek. Sedikit lip gloss warna merah jambu sapu di bibirnya. " Okay, dah siap." kata jurugaya sambil memberikan sebuah cermin. Amien mengambil cermin dan melihat wajahnya. Setelah berpuas hati dengan solekan, dia memberikan semula cermin itu.

Ken memanggil dia. " Cepatlah, Amien. Kita ada show untuk fans, nanti diorang bising mana kau pergi." Amien tersenyum mendengar bebalan Ken. " Yalah, Aku datang." Amien mengikut Ken dan dua orang penari ke belakang pentas dengan laluan tangga dari ruang meninjau. Bila tiba di belakang pentas, krew pentas memberikan arahan kepada dia supaya persembahan berjalan lancar. Lampu- lampu dipadamkan, suasana dewan menjadi gelap gelita. Amien mula berasa gementar dan jantungnya berdegup laju. Tangannya yang memegang mikrofon mengigil, mikrofon terlepas dari tangan. Salah seorang penari menyedari dan cepat-cepat menangkap mikrofon. Dia memberikan pada Amien, " Bang, mikrofon terjatuh."  Dia memandang wajahnya dan memanggil Ken. " Ken, muka Amien pucat. " Ken segera mendekati kawan baiknya. " Amien, kau tak apa-apa?" Amien mengelengkan kepalanya. " Aku rasa nervous, rasa nak muntah. " Ken membawa dia duduk di kerusi, mengambil udara. Ken memanggil salah seorang penari, " Ammar, ambil air mineral untuk dia." Penari yang dipanggil Ammar pergi mengambil botol minuman, kemudian datang semula kepada Ken. Dia berikan pada Ken, Ken menghulurkan botol pada Amien. Setelah minum beberapa teguk, Amien menarik nafas dan menghembuskan, untuk tenangkan fikiran. " Kau okay, Amien ?" tanya Ken. Amien menangguk kepalanya. " Boleh perform depan fans? Kalau tak, Kita tangguh dulu." kata Ken. " Aku tak nak tangguh, fans dah lama tunggu. Aku tak nak kecewakan diorang semua, aku buat persembahan untuk diorang jugak." jawab Amien. Ken memandang dia dengan teliti. Dia pertimbangkan semula permintaan Amien. " Okay, aku bagi kau rehat 5 minit, lepas tu, naik atas pentas." arah Ken. Amien menangguk faham. Ken meninggalkan kawasan itu, berjumpa krew pentas untuk meminta tangguh selama 5 minit.

Setelah mengambil nafas, dia menaiki tangga ke pentas. Ken yang berada di tepi, memberi isyarat untuk memberitahu bahawa persembahan akan bermula. Lampu LED dinyalakan, sorakkan peminat memenuhi ruang dewan itu. Irama muzik beralun di pembesar suara. Sebuah cahaya terang di hadapan matanya, dia memberikan senyuman dan menangkat mikrofon kepada bibirnya. Dia berkata," Let's make noise!" Sorakkan peminat semakin kuat apabila mendengar suara dia. Setelah menyanyi beberapa buah lagu, Amien duduk di kerusi. Dia mahu berbual dengan peminat, krew memberikan beberapa mikrofon kepada peminat untuk bertanya soalan. Amien menjawab soalan dari peminat dengan senang hati. Ada juga peminat bertanya soalan bersifat peribadi. " Bila awak nak kahwin?" tanya seorang peminat perempuan yang memakai cermin mata. Amien meletakkan jari di dagu sambil berfikir. Macam mana nak jawab soalan ni? Dia menangkat mikrofon di bibirnya dan menjawab. " Kenapa tanya soalan macam tu? Awak nak berkahwin dengan saya ke?" tanya Amien. Peminat itu terkejut mendengar soalan. " Ya atau tidak?" soal Amien. Peminat menjawab " Ya." " Okay, Ada bawa borang kahwin? Kalau ada, kita kahwin malam ni." balas Amien. Peminat-peminat bersorak kuat selepas mendengar kata-kata dia. Ada jugak peminat mengeluh kerana tak mendapat Amien.  " Lepas tangan lagi."

Peminat yang bertanya soalan tadi menekup muka yang menjadi merah padam dengan tangannya. Dia duduk semula di kerusi, beberapa peminat duduk sebelah mengucapkan tahniah dan mengusik. " Kenapa? Malu ke? Tak payah malu dengan saya, saya pun manusia." jawab Amien. Peminat yang duduk sebelah gadis bercermin mata berteriak, " Dia kata tak bawa borang kahwin!" Mata Amien terbeliak selepas mendengar kata-kata itu, dia berpura-pura merajuk. " Sampai hati awak, awak tanya bila saya nak kahwin. Saya ajak kahwin, awak tak mahu. Kalau macam ni perangai fans saya, saya rela bujang sampai mati. Biar saya ambil anak angkat, bela kucing. Kalau saya bercinta dengan artis perempuan, nanti awak semua jelaous. " balas Amien. Dia bangun dari kerusi, untuk mengeliat kerana kakinya sudah lenguh. Ketika dia mengeliat, suara memanggil namanya dan melaungkan soalan. Amien menangkat mikrofon, " Siapa sebut nama saya tu? Nak tanya pasal apa?"  Dia duduk semula di kerusi. " Abang suka makan apa?" Suara itu bergema. " Abang suka makan apa? Abang suka ni..... Bihun sup dengan sambal kicap. Kalau waktu hujan, makan bihun sup panas-panas memang sedap." jawab Amien sambil menangkat ibu jarinya. " Abang boleh makan tambah-tambah."  kata Amien.

Setelah setengah jam berlalu, Amien melambaikan tangannya kepada peminat-peminat. " Nanti kita jumpa lagi." Ada peminat menahan air mata, mengesat tisu di wajah masing-masing. Mereka juga sayang pada Amien dan dia juga sayang dengan mereka. Amien menahan sebak di dada, kerongkong merasa ketat. Suaranya bergetar ketika bercakap. " Jangan sedih, kita boleh jumpa lagi. Siapa yang ambil gambar saya, simpan elok-elok. Jadikan satu kenangan untuk kita semua." Amien turun pentas untuk mendekati peminat-peminat. Seorang peminat mendekati dia dan memberikan sejambak bunga. Amien mengambil sambil mengucapkan terima kasih. Beberapa peminat memberikan dia hadiah, buku skrap mengandungi gambar dan artikel majalah, pakaian, jambangan bunga, lukisan. Amien menerima dengan senang hati. Selepas selesai acara, dia kembali ke bilik hotel. Ken mengikuti dia sambil membawa hadiah dari peminat. Amien membuka pintu bilik, memberikan ruang untuk Ken masuk. Kemudian dia meletakkan hadiah di atas katil. Ken mengatakan " Good job, Amien. Acara berjalan lancar. Lega hati aku, risau kalau kau pengsan atas pentas." Amien ketawa. " Aku okay je, cuma nervous. Tak payah untuk risau sangat." Ken menangguk kepalanya dan menepuk bahu Amien. " Aku pergi dulu, rehatlah Amien." " Thanks, Ken." balas Amien. Ken terus keluar dari bilik dan menutup pintu semula. Amien menarik nafas. Dia melihat hadiah di katil, " Lepas mandi, baru tengok hadiah." guman dia sendirian. Selepas mandi dan memakai pakaian baru, dia membuka hadiah, membaca buku skrap dan melihat lukisan daripada peminat. Amien merasa terharu, air mata mengalir di pipi. Dia mengesat dengan tisu. Dia meletakkan semua hadiah di meja dan menutup lampu.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now