Dua puluh tiga

0 0 0
                                    

JUMAAT, 6 OKTOBER 2023

Fatin memandang dinding bilik tidur, sudah beberapa lama dia berkurung di sini? Dia mengira dengan jarinya, dia membuat kesimpulan bahawa dia berada di bilik itu lebih kurang seminggu. Tangan kiri masih sakit dan bahagian bahu menjadi kebas kerana digari di palang katil. Fatin merasa bosan dan mahu keluar dari bilik ini, tapi setiap kali dia memberitahu, lelaki bertopeng itu tidak membenarkan dia keluar. Seolah-olah dia tahu rancangan Fatin untuk mencari maklumat dan melarikan diri. Lelaki bertopeng datang setiap hari dengan memberikan makanan dan mememani dia ketika menggunakan bilik air.
Pintu dibuka dan lelaki bertopeng melangkah masuk. Fatin tak menoleh ke arah dia ketika lelaki bertopeng masuk. " Sayang, tengok ni. Saya bawa makanan untuk awak." kata lelaki itu. Dia meletakkan dulang di katil dan membuka gari tangan dengan kunci yang sering dibawa dalam poket. Fatin mengusap tangannya, dan melihat makanan di dulang. Sepinggan nasi putih, kari ayam dalam mangkuk bercorak bunga telaga biru, dan secawan air suam. Sebenarnya dia tak ada selera makan, tapi dia paksa dirinya makan untuk menambah tenaga. Lelaki duduk di katil, melihat Fatin. " Kenapa, sayang? Tak mahu makan ke?" tanya lelaki itu. Fatin mahu menangguk kepalanya, tapi dia takut buat begitu, takut lelaki di depan matanya menjadi marah dan memukul dia. Bukankah semua lelaki mempunyai sifat panas baran?

Fatin mengambil cawan dan minum perlahan, kemudian dia mengambil sudu, menceduk seketul ayam, pecah-pecah isi ayam dan bergaul dengan nasi. Dia menyuapkan ke mulut dan mengunyah. " Sedap kan kari ayam? Saya masak sendiri tau." kata lelaki bertopeng itu. Fatin menangguk kepalanya, " Sedap sangat." balas Fatin. Sebenarnya dia tak sangka lelaki itu pandai masak, selama ini dia sangka lelaki pergi beli di warung sahaja. Fatin juga boleh masak, tapi tak sebagus seperti masakan mak di rumah. Lelaki bertopeng ketawa ketika mendengar pujian dari Fatin, dia meletakkan tangannya di kepalanya dan mengucup dahi perlahan. " Terima kasih, sayang. Nanti saya masakkan lauk sedap-sedap untuk awak." jawab lelaki bertopeng. Fatin menjadi kaku ketika dia mencium dahi, rasa sungguh aneh. Setelah selesai makan, Fatin meletakkan cawan di dulang. "Saya dah makan." kata dia. " Bagus, sebenarnya saya ada kejutan untuk kamu, mesti awak nak tahu siapa saya, kan?" jawab lelaki itu. Fatin menangguk kepalanya, dia ingin siapa lelaki itu di sebalik topeng. Adakah dia mengenal lelaki sebelum ini?

Lelaki itu bangun dari katil, kemudian letakkan tangannya di topeng porcelain, tundukkan kepala dan menanggalkan dengan perlahan. Dia menangkat wajahnya dan memandang Fatin. " Hello, sweetheart, do you miss me?" tanya lelaki itu. Mata Fatin terbeliak apabila melihat wajahnya, dia kenal lelaki itu. " Encik Amen?" Amen tersenyum bila melihat reaksi Fatin. " Semua ni rancangan awak ke?" soal Fatin dengan terkejut. Dia merasa tak percaya dengan semua ini. Fatin tak menyangka lelaki yang dia cintakan selama 4 tahun yang menculik dan mengurung dia. " Awak yang hantar surat dengan gambar tu, Encik Amen?" Amen mencebik bibir bila dia menyebut " Encik Amen" . " Sayang, tak payah panggil saya Encik Amen, sebut Amen. Encik Amen tu panggilan dekat pejabat je" balas Amen. Dia mengambil dulang dan keluar dari bilik. Kemudian dia kembali dan membuka gari tangan. Dia memegang tangan Fatin, " Jom ikut saya, sayang." Fatin memandang tangannya yang dipegang oleh Amen, dia pernah berangan-angan berjalan dengan Amen sambil pegang tangannya. " Yalah." jawab Fatin. Dia membawa Fatin keluar dari bilik dan berjalan ke ruang dapur. Ruang dapur bersaiz sederhana dan lengkapi dengan ketuhar elektrik, kabinet dapur yang tinggi. Mereka berjalan ke ruang tamu dan naik tangga. Kemudian Amen membawa dia ke sebuah bilik, " Ini bilik tidur, sayang." kata Amen sambil membuka pintu. Fatin melangkah masuk dan melihat keadaan. Bilik itu kelihatan kemas, katil empuk dihiasi dengan cadar berwarna biru gelap, beberapa bantal dan selimut tebal. Terdapat langsir menutupi tingkap dan juga sebuah pintu hampir dengan tingkap. " Macam mana, suka tak?" tanya Amen.
" Suka." balas Fatin. Amen memberikan senyuman lebar, " Situ bilik air, pergilah mandi." kata dia sambil menunjukkan pintu di tingkap. " I'm have to make a call." kata Amen sebelum keluar dari bilik. Kemudian dia mengunci pintu.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now