Dua

6 0 0
                                    

SELASA, 27 SEPTEMBER 2022.

Wawan memandu kereta dengan perlahan, kerana laluan trafik yang sesak. Kenderaan semakin banyak dan menjadi lebih sesak. Wawan mengetuk stereng kereta dengan  perlahan, menunggu keadaan jalan raya menjadi lancar. Kedengaran bunyi hon kereta bertalu-talu. Dia merasa sangat menyampah dengan keadaan sesak, bunyi hon yang bising. " Hish, geramnya aku." Wawan memberikan isyarat sebelum keluar dari laluan dan membelok masuk ke jalan pintas. Jalan pintas itu menghala ke kawasan sekolah. Kereta Mustang berlalu di hadapan sebuah sekolah, Wawan melihat di hentian bas, kelihatan dua pelajar lelaki sekolah rendah berada di situ. Dia melihat waktu di skrin digital, waktu menunjukkan pukul 7:16 petang.  Entah kenapa dia merasa simpati kepada kedua- dua itu, kedua-dua pelajar kelihatan berusia lapan atau sembilan tahun. Mungkin kedua-dua pelajar itu ialah adik beradik. Dia segera memhentikan kereta di tepi jalan, melangkah keluar. Dia memberikan senyuman sebelum berkata," Hai, adik. Nak balik rumah ke?" tanya Wawan. Salah seorang dari mereka bangun dari tempat duduk, memandang dia sebelum dan membuka mulut. " Abang ni siapa?" tanya pelajar. " Oh, nama abang Wawan, panggil Abang Wan je."  jawab Wawan. Pelajar itu mejeling kepada dia," Amboi, budak zaman sekarang pandai jeling." bisik hati Wawan. Pelajar memandang dia dengan perasaan curiga," Kenapa abang tanya? Nak culik kitaorang ke?" soal pelajar. Riak terkejut kelihatan di wajah Wawan, " Eh, taklah..Abang tanya sebab nak hantar kamu berdua balik rumah. Bahaya duduk sini. " jawab Wawan dengan terus terang.

Wawan berjalan ke tempat duduk dan duduk, " Adik tinggal kat mana? Abang boleh hantarkan." kata Wawan. Pelajar yang bertubuh kecil memandang dia, kemudian dia menarik zip beg sekolah. Mengeluarkan sebuah buku pelajar dan menunjukkan pada Wawan. " Boleh Abang hantar kami ke alamat rumah ni?" minta pelajar. Wawan mengambil buku itu dan melihat. " Boleh je, kamu tahu yang mana satu rumah kamu?" tanya Wawan. "Tahu." balas pelajar yang mejeling dia tadi. " Baguslah kalau tahu, jom. Abang hantar kamu balik. " Pelajar itu memberikan senyuman kepada dia, kemudian menggalas beg sekolah di bahu.  Pelajar yang mejeling Wawan juga menggalas beg sekolah, Wawan membawa mereka ke kereta dia. Dia membuka pintu untuk mereka berdua dan masuk ke dalam. " Kamu berdua ni adik beradik ke?" tanya Wawan. " A'ah. Kitaorang memang adik beradik, saya abang. Yang ni adik saya. " jawab pelajar yang mejeling. " Oh... apa nama kamu?" tanya Wawan sekali lagi. " Nama saya Eijaz, adik saya namanya Eiman." kata pelajar itu. Wawan menangguk faham sambil memandu, kemudian melihat skrin digital. Jam menunjukkan waktu 7: 22 petang. Dia menoleh ke belakang, "Adik, lapar tak?" Kalau lapar, Abang belanja makan KFC, nak tak?" tanya Wawan. Eijaz dan Eiman memandang satu sama lain, dan membalas, "Nak. Nak makan KFC, Abang Wan belanja." minta Eiman. "Yalah, abang belanja." akur Wawan.

Setelah tiba di restoran KFC, Wawan membawa mereka ke masuk dalam dan memesan makanan di kaunter. Selepas membayar, mereka duduk di tepi tingkap. Mereka makan sambil berbual, " Eijaz, Abang nak tanya, boleh?" 
Eijaz menangguk kepalanya," Mak ayah kamu tak risau kalau kamu berdua balik lambat dari sekolah?" soal Wawan dengan lembut. Eijaz membalas dengan perlahan. "Mak tak kisah, kalau kitaorang balik lambat. Kadang-kadang, mak ambil. Kadang-kadang, dia tak ambil."  kata Eijaz. Eiman menambah " Kadang- kadang, mak dengan ayah keluar berhari-hari."  Wawan memandang mereka dengan riak terkejut. " Habis tu, siapa jaga kamu berdua kalau mak ayah keluar?" tanya Wawan. Eijaz memikir sambil mengunyah ayam, "Hmm, kitaorang jaga sendiri. Kadang-kadang, jiran datang menjenguk. Diorang bagi nasi dengan lauk lebih. Kitaorang belajar masak sendiri." balas Eijaz. Eiman cepat-cepat menangguk kepalanya, " Kitaorang boleh masak Maggi je, kalau masak lauk ada banyak kuah, kitaorang belum pandai lagi." kata Eiman.

Wawan memandang kanak-kanak itu sambil bersandar di kerusi. " Budak-budak ni ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa dan makan mi segera untuk mengalas perut. Tak ubah macam aku masa kecil dulu." bisik fikiran Wawan. Dia memikir sejenak dan bangun dari kerusi. " Tunggu sini ya, Abang nak telefon kawan sekejap. " minta Wawan. Eijaz dan Eiman menangguk kepala dan masih mengunyah makanan. Wawan pergi ke sinki untuk mencuci tangannya dan melangkah keluar untuk membuat panggilan. Dia mendial nombor itu dan menunggu panggilan. " Hello."  " Hello, Amen. Ni aku, Wawan. Nak tanya, dekat rumah perlindungan tu, ada kekosongan tak?" tanya Wawan. " Kekosongan? Untuk apa?" soal Amen. " Aku... Nak ambil anak angkat." jawab Wawan. " Anak angkat? Kau biar betul, Wawan?" soal Amen. " Betullah, Aku jumpa dua budak-budak dekat sekolah, aku belanja diorang makan, Aku tanya dekat diorang, mana mak ayah? Mak ayah diorang tu tinggalkan diorang selama berhari-hari. Kau tahu tak, diorang tu makan apa? Diorang cuma makan Maggi je, untuk mengisi perut!" jawab Wawan dengan tegas. Kedengaran suara Amen menjawab," Sejak bila kau buat kerja amal, Wawan? Tak pernah pulak kau berminat dengan benda macam ni." kata Amen. " Entah, Amen. Aku rasa kesian kat diorang tu." Suara Wawan menjadi serak, dia mencuba menahan air mata dari mengalir, kerongong menjadi ketat dan sukar untuk bercakap. "Aku... aku nampak diri aku dalam diorang, aku selalu fikir kenapa mak ayah tinggalkan aku seorang diri kat rumah, apa salah aku pada diorang, apa dosa aku lahir dekat dunia ni?" soal Wawan. Amen mampu menutup mulut bila mendengar kata-kata Wawan. Dia merasakan simpati pada kawan baik, " Aku mencuba tolong kau, tapi kau buat aduan kat Jabatan Kebajikan Masyarat, dan bagi bukti yang kukuh." kata Amen.  Wawan membalas," Aku boleh buat begitu, cuma perlukan masa." " Suara Amen membalas di hujung talian, " Kau yakin ke,Wawan? Ambil anak angkat bukan perkara main-main. kata Amen. Wawan mengusap wajahnya,  "Aku kesian tengok diorang tu, aku tak nak diorang jadi macam kita semua. Diorang perlu kasih sayang, bukan ditinggalkan dekat rumah."
" Okay, Aku faham. Nanti aku cuba uruskan." balas Amen. " Okay." balas Wawan sebelum mematikan panggilan. Dia masuk semula dan duduk di kerusi." Dah habis makan?" soal Wawan.

Eijaz memjawab, " Dah." Manakala Eiman masih menghisap tulang ayam. Wawan memandang pinggan mereka, " Diorang betul-betul lapar " bisik hati dia. " Sudah habis makan, pergi cuci tangan. Lepas tu, kita balik rumah." arah Wawan. Eijaz dan Eiman bangun dari kerusi dan pergi ke sinki. Selepas selesai mencuci tangan, mereka menggalas beg sekolah dan melangkah keluar. Setelah mereka sampai di sebuah rumah teres, Eijaz dan Eiman membuka pintu kereta dan keluar dari kereta. Wawan juga keluar dan melihat keadaan sekeling. Rumah itu kelihatan usang dengan warna cat dinding pudar, menjadikan suasana rumah suram. Eijaz pergi ke rumah sebelah dan memberikan salam. Kedengaran suara wanita membalas salam, pintu rumah dibuka. Seorang wanita tua berjalan menggunakan tongkat, dia berjalan perlahan mendekati pagar dan membuka. Dia menyerahkan kunci rumah kepada Eijaz. Eijaz mengambil kunci itu dan membuka mangga di pagar rumah. Wanita itu memandang Wawan," Kamu ni siapa?" tanya wanita itu. Wawan cepat-cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam wanita itu. Dia membalas salam dan memegang tangan Wawan. Wawan merasakan tangannya lembut dan hangat. " Saya Wan, saya hantar budak-budak ni balik rumah." kata Wawan. Wanita menjawab, ' Oh... Begitu. Makcik ni Che Normah, tapi budak-budak ni panggil makcik ni nenek." kata wanita . Wawan memandang wanita yang dipanggil Che Normah, dia memakai baju kurung Kedah dan kain batik berwarna hijau gelap. " Makcik dah lama tinggal sini?' tanya Wawan. " Oh... Dah lama makcik tinggal sini, dekat 20 tahun." balas Che Normah sambil melepaskan tangan Wawan. Wawan menangguk faham dan kemudian bertanya soalan, " Che Normah, saya tanya sikit, boleh?"  " Boleh, apa salahnya, Apa dia? "  " Hmm, betul ke mak ayah budak-budak ni tinggalkan diorang sendiri?" soal Wawan. Che Normah mengelengkan kepalanya dan menunduk memandang jalan. " Ada anak, dibuat macam tak ada anak. Pergi keluar berhari-hari tanpa beritahu siapa-siapa. Langsung tak ada rasa bertanggungjawab dengan anak sendiri. Kalau Che Normah tak bagi makanan, dah mati budak berdua tu, kamu tahu." kata Che Normah dengan geram.Wawan memandang wajah dengan riak terkejut, Che Normah menambah, " Pernah sekali Eijaz terkurung dalam bilik air, nasib baik anak Che Normah dengar dia menangis. Dia beritahu dekat mak cik. Kami terpaksa pecahkan pintu rumah, sebab mak bapak tak tinggalkan kunci rumah pada kami., Itulah orang kahwin kena belajar ilmu rumah tangga, bukannya buat anak, lepas tu menyusahkan jiran- jiran. Kalau tak nak anak, makan ubat perancang." jawab Che Normah sambil menahan perasaan marah sambil mehentak tongkatnya di atas jalan. Dia menyedari bahawa Wawan masih memandang, wajah Che Normah menjadi merah padam dan berdehem kerongkong, "Minta maaf, Wan. Mak cik sudah lama bersabar dengan mak ayah budak-budak ni, diorang langsung tak ambil peduli pasal anak sendiri. Banyak kali mak cik tegur, tapi diorang tak hiraukan teguran mak cik dengan anak mak cik. Sampai bila nak biarkan anak terabai, sampai anak dah besar, Lepas tu masuk kumpulan gangster?" Kata-kata Che Normah itu menikam hati dia, seolah-olah dia mengetahui kisah silam Wawan. Dia tahu siapa aku sebenar? Wawan terdiam bila mendengar kata-kata Che Normah. Nasib mereka juga sama seperti aku.  "Mak cik nak tengok budak-budak dulu." kata Che Normah.

Che Normah pergi masuk ke dalam untuk melihat keadaan Eijaz dan Eiman. Wawan juga masuk ke dalam, kelihatan Eijaz dan Eiman baru selesai mandi dan memakai baju tidur.

Che Normah meminta mereka membuka beg sekolah dan mengajar Eijaz dan Eiman membuat kerja sekolah. Wawan melihat keadaan sekeliling, seperti di bahagian luar. Suasana rumah itu kelihatan suram dan sepi, dia memandang Che Normah yang sibuk mengajar. " Che Normah, Saya balik dulu. Nanti saya datang lagi. " kata Wawan sambil menghulurkan tangannya pada Che Normah. " Yalah, terima kasih sebab hantar Eijaz, Eiman balik rumah. Che Normah risau kalau budak-budak ni hilang." balas Che Normah. Wawan mengeluarkan dompet dan memberikan RM800 kepada Che Normah, " Che Normah, ambil duit ni. Buat belanja sekolah dan keperluan."kata Wawan. Che Normah cepat-cepat menolak," Tak payahlah, buat menyusahkan kamu pulak." balas Che Normah. Wawan terus mendesak," Ambilah, untuk Eijaz dengan Eiman."  Che Normah mengeluh dan mengambil duit itu.  Eijaz dan Eiman bangun dari sofa dan salam tangan Wawan. " Abang Wan, nak balik ke?" tanya Eiman. " Ya, abang nak balik rumah. Jumpa lagi." jawab Wawan sambil melangkah keluar dan memakai kasut. Dia berjalan perlahan dan nampak sesuatu di peti surat. Kelihatan bil air di situ, dia mengambil dan menyimpan di poket seluar. " Abang bayarkan untuk kamu berdua." guman Wawan sendirian. Dia membuka pintu kereta dan memandu meninggal kawasan itu.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now