Sebelas

0 0 0
                                    

AMIEN, SELASA, 18 OKTOBER 2022.

Aku mengesat peluh di dahi, dan merenung pantulan diri di cermin. Irama lagu masih bermain di pemain audio. Ken memanggil aku, " Amien, berapa lama kau nak tenung cermin tu?"  Aku menoleh ke belakang, dan pandang dia. " Kejap, bagi aku rehat dulu. Dah lama tak menari, sakit betis aku."  Ken hanya menangkat bahunya, " Okay, whatever. Yang penting, buat dengan betul. Kalau salah sikit pun, aku tak nak dengar soalan from management. Nanti kau kecam dengan netizen, netizen suka kecam orang, salah sikit, kecam orang. Boikot itu, boikot ini. Macamlah diorang tu sempurna sangat, Cubalah nyanyi sambil menari, aku nak tengok siapa yang bagus, siapa yang semput dulu!" bebel Ken. Aku menangguk kepala aku, setuju dengan bebalan Ken. Aku malas nak bertikam lidah dengan dia. " Biarlah diorang tu, Ken. Aku tak kisah pasal diorang, janji aku dapat nyanyi atas pentas." balas aku. Cuba tenangkan hati Ken,  raut wajah dia berubah, menjadi lembut. Ken menggaru lehernya, " Yalah, aku faham maksud kau, Amien. Tapi apa diorang cakap tu, buat aku terasa. Kita habiskan masa, tenaga untuk comeback. Sedap mulut je, mengata orang lain. Macamlah diorang tu alim sangat. " kata Ken. " Sudahlah, jangan pedulikan diorang. Jom, berlatih lagi." pujuk aku. Aku menarik tangannya dan membawa dia ke ruang tengah, aku memandang dia. " Kita mula sekali lagi."

Setelah selesai latihan menari, aku mengeluarkan beg dari kabinet. Aku melangkah keluar dari bilik latihan. Menuju ke tandas, di tandas ada sebuah bilik mandi. Aku masuk ke dalam dan mengunci pintu. Bilik mandi bersaiz sederhana, berlantai jubin berwarna merah jambu. Aku meletakkan beg di penyangkut di dinding. Aku menanggalkan pakaian dengan kasut sukan, meletakkan di sudut tepi supaya tidak terkena air. Aku mengeluarkan gel mandian, pencuci muka dari beg, berjalan ke pancuran air. Aku memasang pancuran, dan air mengena di tubuh aku. Aku merasa lega, kesan peluh melekit sudah hilang. Aku menuang gel mandian di tapak tangan dan mengosok leher. Ketika mandi, perasaan keliru mula selubung fikiran aku. Aku merasa risau dengan comeback, bagaimana kalau sambutan kurang bagus? Setiap kali membuka media sosial, ada peminat bertanya tentang perkembangan kini. Ada bertanya bila aku akan bernyanyi semula. Nama aku tak begitu terkenal seperti artis yang tersohor. Pernah dalam beberapa tahun lepas, aku tercalon dalam Anugerah Juara Lagu. Tapi sayang, aku tak dapat mara ke separuh akhir. Aku juga merasa kecewa, ada ramai pesaing yang hebat dan mempunyai pengalaman. Aku mengeluh. Aku berasa mahu menarik diri dari comeback kerana ragu-ragu. Tapi aku sudah bayar kepada Warner Music. Aku memejam mata, menyebut " Aku tak boleh tarik diri, Aku tak boleh tarik diri." Menyebut dalam minda berulang kali. Aku membuka mata, dan menarik nafas untuk tenangkan fikiran.

Aku mengambil tuala, mengelap tubuh hingga kering. Aku memakai pakaian baru dan kasut sukan. Aku mengeluarkan sebotol minyak wangi, sembur sikit di tangan dengan leher.  Pakaian yang dibasahi dengan peluh, aku masukkan ke dalam beg. Aku melangkah keluar dari tandas, menuju ke ruang lobi. Beberapa pekerja menegur aku, dan aku membalas teguran mereka. Aku mengeluarkan kad pekerja untuk mengimbas kad. Aku berjalan keluar, ke kawasan parking lot. Aku mengeluarkan kunci kereta dan membuka pintu. Aku masuk dalam kereta, menukar kasut sukan dengan kasut kulit. Aku menghidupkan enjin dan memandu keluar. Aku berhenti di sebuah restoran untuk mengisi perut.
Aku mematikan enjin kereta dan melangkah keluar. Setelah mengunci, aku berjalan ke restoran. Aku nampak seorang yang pernah lihat sebelum ini, dia berada di sebuah meja, sedang memesan sesuatu dengan pelayan restoran. Perempuan itu memakai baju kurung hijau muda, tudung hitam dan mengenakan sedikit solekan. Aku mendekati ke meja itu, " Hai, awak yang ambil nombor telefon saya dekat VP Enterprise?" tanya aku. Dia memandang aku dengan riak terkejut. " Oh, awak adik Encik Amen. Nama awak Amien, kan?"  Aku menangguk kepala, tak sangka dia masih ingat nama aku setelah sebulan lepas. " Ya, betul. Saya Amien, adik kembar Encik Amen. Boleh saya duduk sini?" tanya aku. Dia menangguk kepalanya. Aku terus menarik kerusi dan duduk. Aku bertanya namanya kerana aku masih ingat wajahnya. Dia menyebut namanya, " Fatin."  Aku menangguk kepala, " Minta maaf, sebab tak sempat tanya nama awak. " Fatin tersenyum. " Encik Amien, dah makan ke?" tanya Fatin. " Belum" balas aku. Aku memanggil pelayan dan memesan makanan. Setelah pelayan membawa makanan kami, kami makan sambil berbual. Fatin meletakkan sudu garfu di pinggan, dia menghirup minuman sejuk. Dia memandang aku dengan riak berfikir.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now