Dua puluh enam

1 0 0
                                    

SELASA, 2 JANUARI 2024.

" Kita nak pergi ke mana, Amen?" tanya Fatin pada Amen yang sedang memandu. Amen mengalihkan pandangan dari skirn GPS dan memandang dia. " Adalah, rahsia." balas Amen. Fatin memandang dia dengan curiga, " Okay." jawab Fatin. Amen memandu seperti biasa, Fatin mengeluh perlahan sambil memandang pepohonan di tingkap. Amen mencuri pandang dia dan bertanya, " Bosan ya, sayang? Nak pasang muzik?" Fatin menangguk kepalanya, dia sudah jemu memandang pokok setiap hari.  Amen menyentuh skrin, mencari playlist yang disimpan dalam Spotify. Dia memainkan sebuah lagu dan alunan muzik  memenuhi ruang kereta. Fatin memandang dia dan bertanya, " Lagu siapa tu?"  Amen menjawab, " lagu The Weeknd dengan Lana Del Rey,  Prisoner."

Amen menyanyi perlahan sambil mengetuk stereng kereta. Fatin membiarkan dia menyanyi asalkan dia gembira. Setelah dia selesai menyanyi, Amen bertanya pada dia, " Nak dengar lagu lain?" Fatin sentuh skrin dan mencari lagu. Alunan irama bermula setelah dia menekan play. Amen memandang skrin, " Cheryl Cole, Parachute?" soal Amen. Fatin menangguk kepalanya. Amen memberikan senyuman,  mereka berdua bergilir-gilir menukar lagu. Setengah jam kemudian, Amen memanggil dia dan menuding jarinya untuk tunjukkan sesuatu.  " Fatin, tengok tu."  Fatin memandang ke arah yang Amen tunjukkan, kelihatan sesuatu yang berkilauan di depan mata. Kemudian segalanya menjadi jelas, mereka sedang melalui kawasan empangan air. Empangan itu sangat besar dan indah. Permukaan empang menjadi berkilauan kerana cahaya matahari. Fatin memandang kawasan empangan dengan perasaan kagum dan teruja. " Nak berhenti ke? Kita boleh ambil gambar." kata Amen.  Fatin membalas sambil memberikan senyuman. " Nak." Amen terus memhentikan kereta di tepi jalan, keadaan di situ agak sunyi. Mereka berdua keluar dari kereta dan melihat pemandangan. Amen mengeluarkan telefon dari poket seluar, meminta Fatin duduk di pembahagi jalan. Fatin memgemaskan pakaian sebelum dia mengambil gambar. Selepas gambar diambil, Amen mengambil sesuatu di kereta. Fatin melihat dia dengan hairan, tak lama kemudian dia kembali dengan sebuah kotak kecil. " Ini untuk awak, sayang." kata Amen sambil memberikan pada dia. Fatin mengambil dan membuka kotak itu, mata dia menjadi besar. Kelihatan seutas rantai di dalam kotak, rantai itu mempunyai loket berbentuk bujur dan berwarna perak. Loket itu mempunyai ukiran kemas, di tepi loket mempunyai klip untuk membuka loket. Fatin membuka loket itu, terdapat gambar Amen dan ukiran ditulis di bahagian kiri loket.


My dear, Fatin Laila. I love you untill end of my life.




Fatin memandang loket dengan  terharu, dia mahu menangis tapi dia cuba kawal emosi. " Amen, terima kasih. Saya suka rantai ni, cantik sangat."

Amen memandang dia dengan penuh kasih sayang. Dia mencium perlahan di dahi Fatin.  " I'm glad you like that necklace."  Kemudian dia mengambil rantai itu dan memakaikan di leher Fatin. Dia mengusap pipi Fatin, " Saya gembira bila setiap kali pandang kamu, sayang. Kamu dah curi hati saya." kata Amen.

Keihklasanku 2 : AmenWhere stories live. Discover now